Thursday, July 30, 2009

♥♥ 5 Perkara Jer ♥♥

Untuk makluman dan amalan kita bersama..

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha untuk mendapatkannya:
1- وجه جميل
1: Wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2: Duit yang banyak

3- صحة قوية
3: Kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5: Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
Senang saja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda Rasullah s.a.w,

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat Subuh, tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat Zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat Asar, tiadalah padanya kekuatan badan
dan siapa yang tinggalkan solat Maghrib, tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak, tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
Sampaikanlah daripada Rasulullah s.a.w. itu walaupun satu ayat



Wednesday, July 29, 2009

~~Bawa Pulang Jenazah Dari Luar Negara~~

Aku terima Tazkirah ini dalam email dan aku kongsikan bersama² temanku untuk renungan kita bersama

Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US , hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary) . Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah...

Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.. Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akandisedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground ).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US , bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..? !". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada
taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita
kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

Tuesday, July 28, 2009

~~Appoinmen Doktor~~

Semalam pagi aku gi kerja seperti biasa. Hubby cuti semalam sebab ganti yang dia kena keje masa hari pendaftaran hari tuh. Hubby hantar aku dan anak seperti biasa. Lepas itu dia ke LHDN untuk setel hal income taxnya.

Petang plak aku ada appoinmen ngan doktor. Aku mintak hubby aku dtg jemput aku dalam pukul 3 ptg. Aku jumpa doktor kat PPUM je iye laah senang sebab staf UM dapat perkhidmatan percuma di situ. Kira beruntung gak laa keje gomen nie dan kebetulan plak keje ngan UM so everything ditanggung termasuk suami, anak dan ibubapa. Tapi yg tak bestnya kalau jumpa doktor kat PPUM nie iyelah kena tunggu lama laa.. itu je kelemahannya.. iyelah kalau ke swasta mmg laa... cepat tapi mahal laa kan.

Bayangkan aku dah daftar dalam pukul 3.30.. pukul 5.30 baru aku dapat jumpa doktor..tapi tak pe laa janji dapat jumpa doktor. Lepas jumpa doktor gi ambik gi farmasi ambik ubat. Nasib baik laa farmasi tutup pukul 7 ptg. Kalau tak kena laa dtg esok aje..Lepas selesai ambil ubat baru laa balik umah ambik anak aku...

Sorri laa tak n3 bergambar plak....hehehe.... lagi pun tak de aktiviti menarik pun....yang nak dikongsikan..


Monday, July 27, 2009

~~Kenduri Lagi Minggu Ini~~

Hari sabtu aku tak kemana² cuma hubby je ngan anak aku ke Wangsa Maju. Malam tuh weols oder pizza jer sebab maleh nak kuar.

Pizaa yang weols oder malam sabtu tuh


Hari Ahad plak, ikut hubby ke majlis perkahwinan kawan ofis dia di Setiawangsa. Jumpa Kak Yong sekeluarga. Lepas itu, weols semua ke Keramat umah Kak Yang saja lepak sana.. sebab dah lama juga aku tak kesana..



Ini laa pengantin.. Raja Sehari

Siap ada persembahan tarian.. lagik kelasss gitu..






Sempat berposing ngan Pengantin

hehehe Wajib tayang makanan yang dijamu hari tu...

Aku dan Kak Yong..sempat bergambar..

Anakku, Mizan dan Razin.. di rumah Kak Yang

Pukul 7 ptg baru berangkat balik dan sebelum sampai umah singgah le..kat pasar malam beli Laksa dan mee hoon soto..



Friday, July 24, 2009

~~Jamuan Makan~~

Tengahari tadi ada jamuan makan kat ofis aku ni. Jamuan ini adalah disponsor oleh Azally (naik pangkat jadi Pembantu Teknik atau nama baru skrg nie... Penolong Jurutera), Kak Noraizan.. murah tul rezeki dia..baru nie dia..dah naik pangkat pas tuh dia ada ambik periksa PTK..jadi dapat lagik kenaikan gaji. Oleh kerana aku pun dapat kenaikan dari P1 ke P2..aku pun join laa sekali ngan dia org berdua..utk membelanja kawan2 ofis aku ni.. Iyelah rezeki dapat kongsi laa sikit ngan kawan² moga² dimurahkan rezeki lagi di masa akan datang.. Insyallah.

Makanan yang dihidangkan adalah Nasi Beriani, Dalca, Jelatah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma..kalau tak silap, buah tembikai, buah oren, air sunquik, kek lapis..

Ada sikit laa gambar² masa jamuan tadi.. korang layan yer.. tak byk pun ambik..sebab sibuk dok melayan kawan² hehehe..

Semua lelaki dah serbu dulu iye laa kasi can ler..dia org
nak gi sembahyang jumaat lepas ni..


Antara lauk pauk yang disediakan ...


Sempat plak aku berposing dgn kawan²
kaco je si Azry nie nak enterprame..geng ladies..nie


Antara teman2 dari Bahagian lain
yang datang sama² menjamu selera


Ni nasi yang aku ambik..tadi.. fuhhh sedapppp....

~~Do U Eat Petai???~~

Maklumat ini aku dapat dari email..so aku share ngan korang semua. Sorri laa maklumat ini dalam BI plak....

ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR


Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes.. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anaemia:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure.. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

Morning Sickness :
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control :
Many other cultures see petai as a 'cooling' fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affecti ve Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

Strokes:
According to research in 'The New Engla nd Journal of Medicine, ' eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%'.

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals.. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, 'A Petai a day keeps the doctor away'.


Thursday, July 23, 2009

~~Bermulanya Syaaban - 23 Julai~~

Email yang aku dapat dan nak aku kongsikan
kepada teman²ku semua untuk renungan kita barsama..


Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah Mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu
mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohondari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi Maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat Keampunan dan rahmat Allah SWT.



Wednesday, July 22, 2009

~~Award Lagi ~~

Award ini aku dapat dari Posh.. sebabnya aku selalu jadi pegomen terdiva dia..ahakss..iyer ker.
TQ ekk cayangg.. dapat lagik aku award..leh aku sangkut kan kat dinding umah aku nie..





Yang ini pula dari Miella77 untuk semua follower dia..
so aku pun ambik laa.. TQ Miella


Seronok bila dapat award gini sebab rasa diri ini dihargai..

Tuesday, July 21, 2009

~~Ambil Darah & Makan Nasi Minyak ~~

Pagi tadi aku bawa kereta sendiri sebab aku kena pergi PPUM. Hari ni aku kena gi ambil darah sebab nak cek kolestrol dalam darah.. Minggu depan hari Isnin baru aku pergi jumpa doktor.

Aku sampai di PPUM dalam pukul 8 pagi terus gi ambik nombor..rasanya dekat 1 jam baru nombor dipanggil untuk bayaran. Lepas bayaran plak kena tunggu giliran untuk di ambil darah pun aku kena tunggu dekat satu jam. Bila nombor aku dipanggil aku dah risau dah.. Ialah mana tak risau nya.. aku nie tangan jenis tembun.. susah nak carik urat. Jadi tadi 2 doktor cuba untuk ambik darah aku.

Mula2 doktor yang terima aku carik laa urat aku tapi tak jumpa2 jugak pas tuh dia pas plak kat doktor yang kedua. Doktor yang kedua ini pun tak reti jugak.. 2 tempat dia dah cucuk aduhhhhaiii sakitnya. Yang paling sakit dia pi cucuk kat pergelangan tangan tuh..kat situ memang sakit..meleleh ayor mata aku.. Pas tuh dia pun surrender. Dia pas aku kat sorang nurse yang expert. Mula2 nurse yang pertama pun tak dapat jugak.. pas tuh datang yang kedua. Nama dia kalau tak silap aku sempat tgk kat name tag dia .. nama dia Goon.. Dia bagus.. carik2..pas tuh cucuk terus dapat.. Alhamdullillah legaaaa rasanya.. Next taim kena carik laa Ms. Goon nie.

Selesai .. aku pun kembali ke ofis. Tengok² hujan plak turun dengan lebat.. redah aje laaa...sampai kat ofis..dalam pukul 11.30 pas tuh pewut plak lapar.. sebab tadi pagi memang tak sarapan sebab sebelum ambik darah tak leh makan apa².
Apa lagi gi makan tengahari laa terus....

**************************************************************************************

Ahad, 19 Julai 2009 ada kenduri kahwin lagi. Kali ini kawan ofis hubby aku di Gombak. Weols pergi dalam 12.30 tengahari. Mulanya janji ngan Kak Yong sefamili kul 1.00 nak jumpa di rumah pengantin tapi nampaknya Kak Yong ada orang plak datang ke rumah dia.. jadi dia lewat sikit ke rumah pengantin.

Lepas makan², hubby ajak ke Plaza Idaman sebab dia nak carik bateri handphone dia. Dah tak de gi mana lagik terus laa balik umah..






Nasi Minyak ngan Jelatah, Ayam Masak Merah, Rendang, Nenas masak lemak,
Tempoyak ngan ikan bilis



Goodie Bag



Raja Sehari pada hari itu




Sempat plak beli Flip Flop nie kat Plaza Idaman..terus letak kat dashboard..

Monday, July 20, 2009

~~Kisah Hari Sabtu~~

Hari Sabtu 18 Julai 2009, bangun pagi solat subuh kejap..pas tuh baring balik..hehehe ngantuk laa.. Bangun semula dalam pukul 9 pagi. Itu pun anak aku kejut sebab dia nak mandi dan nak kuar gi main umah kawan dia. Aku sebelum tido balik tuh aku dah sorokkan kunci sebab tak bagi sebenarnya anak aku kuar..sebab pagi sgt..kan. Pepagi dan pegi carik kawan dia..
Kadang² geram jugak..ngan perangai anak aku nie.. Bila tak bagi keluar mulaa laaa menangis..ishh sabo je laa..

Wat sarapan pagi tuh cuma wat goreng nugget dan goreng ayam KFC..heheehehe..(nie sebab maleh nye pasal laa nie). Lepas sarapan tuh, hubby ajak dia pergi kedai basikal nak baiki tayar basikal dia..yang pancit pas tuh ajak dia gi gunting rambut. Balik dari gunting rambut tuh suruh dia basuh kasut sekolah dan dia ngan rajinnya basuh le jugak basikal dia..tuh.

Pada sebelah petang itu jugak makcik dan mak aku ada wat perjumpaan adik beradik..kiranya Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Tih aku datang ke rumah makcik aku sebab ada perbincangan keluarga sikit. Jadinya aku ingat nak gi laa jumpa dia orang ni kat umah makcik aku nie lepas dia orangnya discussion adik beradik selesai.. tapi memang hagin betul aku petang tuh.. anak aku nie kuar pegi main tapi tak tau pegi mana. Hubby aku siap gi carik rumah kawan² dia.. tapi tak jumpa jugak.. aku punya laa risau.. Bayangkan patut aku pegi umah makcik aku dalam pukul 4 gitu tapi dek sebab anak aku punya pasal.. tunggu dia dah dekat kul 5 lebih baru dia balik..

Bila dia balik langsung suruh dia mandi, pas tuh ke rumah makcik aku. Bila sampai pakcik2 aku suma dah balik..sedey tak dapat jumpa dia.. org semua. Dah kebetulan makcik aku wat makan² untuk pakcik² aku yang datang itu, makcik aku suruh laa beli kek untuk sambut besday anak aku. Mulanya memang dah plan sebelum ke rumah makcik aku nak beli kek tapi sebab dah lambat pas tuh geramkan perangai anak aku..rasa malas le pulak nak sambut besday dia.. tapi sebab tengok kawan² anak aku yang selalu main² ngan dia suma dijemput sama.. Jadi aku dan hubby pun pegi laa beli kek yang simple jer..jadi laa nak sampai hajat anak
aku itu nak sambut besday.. Makcik dan mak aku masak mee goreng, pulut ngan kuah durian, ada kek, baulu dan aku wat kek triffle...

Ada sikit pic yang di ambil untuk tatapan korang semua....

Kek Besday 'Ben 10"

Kawan2 sedang nyanyi lagu Happy Besday Haiqal Firdaus

Semangat tiup lilin



Hidangan pada hari itu.. trifle tuh.. aku wat tau..heheh

Sayu je muka tuh bangggg..hehehe

Bz dok bukak hadiah yang dia dapat...

Jiran yang datang..mak cik sempat lagik ajak..tuh..



Friday, July 17, 2009

~~Gigih Jadi Tokey Restoren & Peladang~~

Aku sebenarnya..tak de aktiviti & citer yang menarik nak aku kongsi dengan semua..
So aku cuma nak bagi tau..yang skrg nie aku.. dok sibuk..ngan.......
jaga restoren dan tanaman aku nih.. kat FB...
sambil2 wat keje tuh leh le jengok2 sebab menda nie..bukan nak kena perati selalu..hehehhe

Seronok gak laa..boleh hias dan bercucuk tanam.. so pada yang berminat nak jadi jiran aku..meh lah kita sama² yer..

Ini adalah Restoren aku.. Rinna's Cafe..
(Restaurant City)

Ini adalah Ladang aku
(Farm Ville)

Ini adalah Kebun Sayur aku..
(Barn Buddy)

Thursday, July 16, 2009

~~Award Dari Syahadah~~

Award kali ini aku dapat dari Syahadah untuk semua follower dia. Dia suruh pilih salah satu tapi aku ni tamak nak gak ambik semua..hehehe..tak pe kan Sha.. Semua pun cantik.
Terima kasih yer Syahadah.








RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss