Friday, August 28, 2009

♥♥ Banyaknya Lampu Kelip² ♥♥






Hmm..begini laa saban tahun semenjak aku bekerja di Bhg Elektrik ini... bila tiba jer bulan puasa kira 1st day puasa tuh, kita orang kat ofis nie akan mula laa memasang lampu kelip². Mentang² laa kat bahagian aku nie semuanya juruteknik elektrik so senang laa sikit suruh dia org pasangkan lampu² ini.

Bila staf dari bahagian lain lalu je kat tempat kita orang nie.. dia orang mesti jeles.. sebabnya tempat dia orang tak de lampu kelip²... Selain dari gantung lampu, gantung gak laa ketupat dan hiasan hari raya.

Kejap je hari ini dah hari Jumaat dan esok hingga hari Isnin ramai yang akan bercuti dan mesti ada yang akan pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama kaum keluarga. Pada mereka yang pulang, berhati² memandu di jalanraya.

Aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 tahun. Moga negara kita akan terus aman, makmur dan tenteram.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 27, 2009

♥♥ Kisah Semalam ♥♥

Semalam on the way nak balik.. hujan dah mula turun rintik². Riso plak kang lebat basah kuyup le pulak. Jadi berhenti laa kat tepi jalan kejap pas tuh sarung seluar hujan. sebab baju mmg dah pakai sebelum tuh. Pas tuh teruskan perjalanan, hujan pun turun makin lebat. Dalam hujan² tuh sempat laa singgah di Bazar Ramadan jugak beli air mata kucing, air soya panas, kuih lepat as usual laa feveret hubby kan.. dan kerang sambal feveret hubby gak.. utk pembuka selera..hehehe.

Hujan makin lebat jadi decide berbuka je laa kat umah mak/makcikku. Iyelaah kalau nak balik hari masih hujan nanti kang anakku basah kuyup pulak. Juadah berbuka pun simple jer.. masak byk² pun nanti tak abis makan. Lauk semalam Ayam masak asam, Kerabu Mangga, Ayam Goreng.. Selesai berbuka, weols balik laa umah sebab ujan tak lagi lebat sgt.. tapi anakku kena jugak pakai baju hujan sekolah dia.

Dalam pukul 10.30 sedap² dok layan program Kelab Pop, tiba² black out plak. Hubby pun gi bukak pintu tengok² ada beberapa rumah jer yang tak de elektrik. Ades sabo je laa.. Walaupun hujan tapi.. tak de plak rasa sejuk.. rasa bahang ada laa.. Tunggu laa jugak dalam 20 minit, elektrik pun 'ON' balik.. aku pun apa lagik terus laa gosok baju..

Dan² je siap gosok baju, elektrik 'OFF' balik.. aduhaiii.. cam na tido nie.. Mata dah mula ngantuk. Sebelum elektrik off balik aku sempat laa on kan aircond so bilik tuh sejuk le sikit. Boleh le melelapkan mata.. Aku terlena jugak laa sampai laa dalam pukul 1 lebih masih tak de elektrik dan badan dah mula berlengas.. dan dimandi dek peluh.. Dalam pada resah dan gelisah tuh aku terlelap laa balik dan aku sedar dalam pukul 2.30, elektrik dah back to normal. Alhamdullillah.. baru laa rasa selesa..sikit dan sambung tido hinggal laa pukul 4.45 pagi untuk bersahur...

Susah jugak kan tak de elektrik nie kan dan kalau tak de air pun lagik susah.... Jadi kedua² keperluan ini amat penting kan untuk kehidupan kita..

Tuesday, August 25, 2009

♥♥ Berbuka Di Singgahsana ♥♥

Wahh tajuk cam yo yo ooorr...je kan..heheheh... Sebenarnya aku dan hubby berbuka di luar semalam. Anak aku tak dapat bawa sama. Kalau balik ambik dia..sure aku tak akan dapat sampai.. awal.. so terpaksa laa tinggalkan dia ngan Wannya.. Nasib baik dia tak kisah.. sangat. Weols dapat jemputan berbuka di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya. Boleh dikatakan sejak aku bekerja disini mesti aku akan mendapat jemputan ke sana.

Aku gerak dari ofis dalam pukul 6.20 petang dan sampai di Singgahsana dalam pukul 6.40 petang. Nasib baik laa jugak aku naik moto.. kiranya boleh laa cilok² sikit. Masa berhenti di trafik light dekat Amcorp Mall, aku tengok kat Federal Highway perrgghh jem giler dua² hala. Kesian plak pada mereka yang tersangkut dalam jem tuh.. iye laa nak wat cam na kan masing² nak balik cepat ke rumah untuk berbuka.

Okey berbalik pada berbuka pose tadi.. sampai je dekat Hotel Singgahsana, ramai gak yang dah sampai iye laa masing² nak sampai awal kalau tak parking pun penuh. Aku semeja ngan Kak Bitah dan Linda sekeluarga.

Dalam pukul 7pm, dah boleh ambik makanan. Fuh, punya laa ramai orang.. sampai ada yang beratur untuk mendapatkan makanan kegemaran masing². Antara makanan yang ada di sini Kambing Panggang, Koey Teow Goreng, Mee Bandung, Nasi Kerabu, Kuih muih bermacam jenis, Nasi ngan lauk² yang bermacam jenis jugak...tak terkata laa.. pilih je laa mana yang nak dimakan. Air pun ada bermacam² jenis.. ada air longan, air asam boi, air laici ijo, air batu campur dan teh tarik..

Berbuka pose.. pas tuh solat di situ.. Lepas solat leh sambung makan lagik .. ambik buah²an dan air sementara tunggu nak balik.. Selesai dan gerak dari situ dalam pukul 8.50 malam.

Hubby sempat lagi guna pc aku untuk berinternet
sementara nunggu nak gerak ke Singgahsana

Sempat lagi berposing sebelum ambil makanan ngan Kak Bitah dan Linda

Aku dan Hubby..sementara nunggu waktu berbuka...

Hidangan yang ada di atas meja..

Antara teman² ofis yang hadir sama...

Macam² aksi budak² ofis aku kalau bergambar...adess... sabo je laaa..

Aku, Bazilah dan Kak Bitah.. masing² dan kekenyangan..taim nak berposing plak laa...



Monday, August 24, 2009

♥♥ Buka Puasa ♥♥

Hari ini 22 Ogos 2009 (Sabtu), semua umat Islam diseluruh dunia mula berpuasa. Aku sekeluarga pun tak terkecuali. Sahur pagi tuh aku dan anakku makan nasi ngan lauk rendang..dan ikan rebus goreng bercili. Hubby plak dia jenis tak suka nak makan nasi masa sahur.. jadi dia cuma makan roti cicah ngan air milo.

Untuk berbuka puasa plak.. aku ke rumah mak ngan makcik aku. Sebelum berbuka tuh, aku, anakku dan hubby ke Bazar Ramadan di Bandar Tun Hussien Onn dekat ngan sekolah agama anakku. Oleh kerana hari nie, anakk dapat puasa penuh.. aku tanya laa dia nak makan apa. Wahh apa lagik.. mintak McD terus... jadi tak nak menghampakan dia.. iye laa dah penat berpuasa kira bagi habuan laa..kat dia.. belikan jugak laa. Dia plak nak oder Big Mac haa ambik ko.. yang large lagik..heheh.. Selain dari itu beli air tebu, kuih lepat feveret hubbyku tu jer.. saje je tengok² apa yang menarik.. Kat umah plak ada mee bandung dan nasi ler..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hari Ahad plak, tengahari tuh Angah telepon hubbyku. Dia ngajak ke umah untuk berbuka puasa. Aku sekeluarga ke rumah Kak Yang selepas solat Asar. Singgah beli murtabak, air tebu dan untuk anak ku dia nak meehoon goreng dan kuih.

Sampai je di rumah Kak Yang, Sham dan Kak Yong anak beranak pun sampai jugak.. sama taim ngan kita orang. Kak Yang ngan Angah tengah bz di dapor tengah memasak. So aku ngan Kak Yong pun turut membantu.

Juadah pada hari itu, Popia Goreng (popian wat sendiri), Mee Goreng, Nasi Putih, Gulai Lemak Cili Padi Ayam, Sayur Campur, Murtabak, Buah Tembikai, Ikan dan Ayam Goreng, Sambal Belacan Mangga... Perggh memang sedap bila teringatkannya..

Seronok dapat berkumpul dan berbuka ramai² ini. Dalam pada tuh hubbyku sempat lagi online skype ngan Zaid di UK wat video call. Dapat laa Zaid dan Ninie tgk weols sedang memasak di dapor..hehehe.. Sempat laa Zaid tgk Angah dok tumbuk sambal belacan..live di internet....

Sebelum balik.. dapat lagi tapau makanan sikit utk bersahur nanti. TQ yer..ajak weols berbuka di Keramat.. seronok sangat..

Angah, Sham ngan Sidi dok menggulung kulit popia




Ini laa juadah berbuka hari itu

Budak² dah standby dah nak berbuka..




Sedang berbuka dan menjamu selera...sempat lagi pose utk bergambar..
dia orang tau gambar ini sure masuk blog punyeeee...hehehe


Friday, August 21, 2009

♥♥ Jamuan ♥♥

N3 kali ini aku gabungkan tentang cerita jamuan yang telah aku hadiri..

Pada hari Rabu yang lepas, aku dan ofismate yang lain mendapat jemputan dari Bahagian Sivil. Jamuan ini telah disponsor oleh mereka yang telah mendapat kenaikan pangkat, yang telah mendapat anugerah cemerlang dan yang akan mendapat anak. Hidangan untuk hari ini adalah Nasi Hujan Panas, Daging Rendang, Ayam Masak Merah, Dalca, Jelatah, Buah dan Air Sirap Oren.

Pada hari Khamis pulak... ofismate aku, Zulafif naik pangkat Pembantu Teknik, Hairon naik pangkat Juruteknik Kanan dan Hadi .. anugerah cemerlang. Dia orang nie yang sponsor weols semua untuk makan tengahari... Hidangannya adalah Nasi putih, Gulai Nenas Ikan Masin, Ayam Masak Merah, Sayur Campur, Sambal Belacan, Ulaman, Buah²an, Agar² dan Air Oren.







Dannn.... pada hari ini Jumaat plak..sempena nak menyambut bulan ramadan dan berpuasa nie, memang perkara wajib selalunya akan diadakan makan². Jadi weols order laaa sama gak laa menu cam jamuan pada hari Rabu yang lepas... cuma ada tambahan kuih ketayap dan kuih buah melaka (Kak Zuraidah yang bawa) dan kuih kasui (Meli yang bawa).






Jadi minggu ni jadi minggu makan ler untuk aku..dan ofismate.. Korang layan laa gambar² yang ada nie... yer.. zzzzzzzaaazzzzzssssss



♥♥ Selamat Menyambut Ramadan ♥♥

Sempena nak menyambut bulan Ramadan dan akan mula berpuasa esok, aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf
kepada semua teman² jika ada terkasar bahasa di antara kita.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa.
Moga puasa kita semua akan diberkati oleh Allah...


Yang ini pulak Award Ramadan yang aku terima...

Dari Ieda

Dari Nabila

Dari Eynda



Wednesday, August 19, 2009

♥♥ Kursus Komputer ♥♥

Pada hari Isnin 17 Ogos dan Selasa 18 Ogos, aku menghadiri kursus komputer di Kampus Kota di Jalan Tun Ismail. Dulu Kampus Kota ini adalah bangunan JPA sebelum berpindah ke Putrajaya. Jadi UM beli bangunan ini sebahagianya di jadikan makmal komputer.

Kursus ini adalah mengenai Windows Vista. Kursus bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Banyak gak laa aku pelajari dari kursus ini. Bestnya pergi kursus ni.. makanan pun sedap..hehehe.. Iye laa sebelum class mula dah disediakan sarapan dan makan tengahari. Hari Isnin dan Selasa untuk sarapan ada nasi goreng cili api, meehoon goreng, kuih seri muka, kuih cucur badak, kuih karipap dan kuih apam. Untuk makan tengahari dihidangkan Nasi Jagung, Ayam Masak Merah, Jelatah, Dalca dan Nasi Putih, Ayam Gulai Lemak, Sayur Campur, Ikan Goreng Bercili, Sambal Belacan, Ulaman dan buah²an. Adesss.. detail aku citer heheheh.. kalau bab makan nie...

Antara topik yang diajar masa kursus hari tuh iyelah..bagaimana nak Explore Windows Vista, cara membuat 'Movie Maker', Pengurusan File dan Folder, cara nak organise Desktop dan banyak lagi laaa.. yang diajar bekenaan Windows Vista itu sendiri..

Sebenarnya semua kakitangan kena menghadiri kursus seboleh-bolehnya 7 hari dalam masa setahun untuk memenuhi syarat KPI. Tuh yang aku dan Meli sign up untuk kursus ini. Mula² ingat tak dapat iye laa weols antar permohonan kiranya dah lewat gak.. rupanya berjaya jugak..laa dan ramai gak kawan dari jabatan aku yang pergi jugak kursus ini...


En. Hailan Abdul Hamid.. tenaga pengajar sedang memberi penerangan...

Beratur nak makan..tengahari..


Tanda arah..ke Makmal.. alamak blur laaa pulakk..


Ini laa Makmal Komputer di Kampus Kota..


Meli dan Diana..pun ada..


Aku dan Diana...


Aku dan Meli..hehehe.. sempat lagik bergambar lepas solat


Aku dan Mariana...


Sunday, August 16, 2009

♥♥ Santai Je ♥♥

Sabtu, 15 Ogos 2009.. Aku tidak ke mana2 hanya di rumah aje. Pepagi dah kena kejut oleh anak aku. Iyelah lepas solat aku tido ler balik..ingatkan boleh lerr bangun lewat sikit.. Dua tiga kali dia kejut aku.. suruh bangun.

So dengan lemah longlai bangun ler jugak. Fikir2 apa laa aku nak wat untuk sarapan nie.. Hmm lama2 aku decide masak nasi je laa terus.. Ingat nak wat nasi lemak..tapi tak jadi le pulak.

Kiranya aku terus wat sarapan terus ke lunch ler..hehehe..senang keje kan. Dah jerang nasi.. aku potong sayur kobis wat goreng jer.. Wat goreng ikan masin plak..hehhe.. Dan last sekali aku wat Gulai Lemak cili Api Sardin dengan kentang.

Selesai masak2 lebih kurang pukul 10.30.. apa lagi makan ler..kan.. Beselera tengok anak aku makan. Iyelah dia suka sgt makan ikan sardin.

Selesai makan, aku membasuh segala cadar2 yang ada.. sebab baju dah basuh hari sebelum tuh. Dlm pukul 2 gitu.. anak aku mintak nasik lauk sardin lagik..adess nasib baik ada sikit lagik nasi yang tinggal..

Petang plak dalam pukul 4.00 petang, hubby dan anak ke kedai Leong sebab CD dlm keta aku dah tersangkut tak leh nak eject tapi kedai leong tak bukak le pulak. Hubby bawak anak aku gi gunting rambut.

Balik dari gunting rambut dia bawak balik laksa.. so petang tuh weols suma makan laksa le pulak.. kenyang beb.. sampai ke malam..heheheh..

Malam plak layan plak citer Hantu Raya di Astro Ria..arahan Rashid Sibir.. Okey laa layan jugak laa citer tuh..tapi tak de serammmm..hehhee..

P/s : Tak de gambar nak tayang..tak sempat nak ambil..



Friday, August 14, 2009

♥♥ FESKUM ♥♥

Bermula dari 6 Ogos 2009 hingga 15 Ogos 2009 adalah Minggu Konvokesyen. Jadi bila ada konvokesyen tentu laa ada Pesta Konvo atau FESKUM. Jadi banyak laa gerai² orang² berniaga di sini. So aku dan Meli pun cadang nak pergi. Dari ofis kita orang kena gak laa bawak keta sebab jauh kan walaupun dalam kampus aje.

Weols gerak dalam pukul 1.00 gitu.. nak nyampaikan ke tempat parking leh ambik masa dekat setengah jam sebabnya.. jalan jem giler.. babas.. iye laa taim tu jugak laa para graduan sesi belah petang sampai ngan keluarga masing-masingkan.


Jalan yang jem teruk.. dan padang tempat parking
kereta yang hampir penuh...



Weols park kereta dekat padang yang mmg disediakan berhadapan Fakulti Kejuruteraan untuk para graduan dan keluarga termasuk yang nak pegi pesta konvo. Nak parking pun susah iye laa dah banyak kereta kan..

Jalan² dari satu gerai ke satu gerai..itu tak abis nak rayau.. sebab banyak lagi kat sebelah atas tak sempat nak pegi.. lagi pun masa tuh cuaca dah gelap. Aku sempat laa beli brooch, tudung dan beli makanan dan air. Meli pun beli bag yang cantik dan boleh jugak dikatakan harganya berpatutan.


Gerai yang menjual brooch dan cantik² hingga rambang
mata..dan juga..murahhh...


/>
Ini ada brooch yang aku sempat beli...


Aku di gerai brooch..sempat gak laa posingg..kejap


Di UC travel jugak boleh beli tiket Transnational... antara
kemudahan untuk student disediakan selain dari tiket kapalterbang..



Meli sempat membelek² tudung yang dijual disitu..


Ramai jugak orang..yang datang..walaupun tgh wabak
H1N1..skrg nie..


Dah selesai aku folo Meli ke UC Travel kat Kompleks Perdana Siswa sebab dia kata nak ambik itinery..lepas tu weols gerak balik ofis.. Sampai kat ofis lebih kurang dekat kul 2.45 petang.. sib baik boss tak de..hehehe..

Di UC Travel...di Kompleks Perdana Siswa


Aku, Meli, Haziq dan Mariana.. Wani plak tolong ambik gambar...hehehhe

Pada petang itu.. Wani plak bawak anak dia Haziq....ke ofis..Sempat laa berposing ngan si kecik yang comey ini..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss