Wednesday, September 30, 2009

♥♥ Sambutan Hari Jadi ♥♥

Pada hari raya ketiga.. tuh, weols buat sambutan Majlis Hari Jadi Apak (ayahmertuaku) dan Kak Idah (kak ipar ku) sekali. Hari lahir Apak jatuh pada 25 September 2009 dan hari lahir Kak Idah pada 15 September 2009. Jadi kita org wat sambutan tuk dua orang ini..

Kek telah dibeli oleh Hubby dan Kak Yang di Teluk Intan. Kek Tiramisu.. sedap gak laa kek ini..

Kek Hari Jadi..

Apak dan Kak Idah.. memotong kek hari jadi bersama


Apak membaca doa..


Dikelilingi oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit


Kak Yang, Kak Idah, Apak, hubbyku dan Abg Hadi..(suami Kak Idah)


Cucu dan cicit yang sama² meraikan majlis..hari jadi..


Weols sekluarga mendoakan Apak dan Kak Idah dimurahkan rezeki, dipanjang umur dan sihat sentiasa...

Tuesday, September 29, 2009

♥♥ Hari Raya Kedua ♥♥

Pada hari raya kedua.. sudah kemestian juga weols akan berkonvoi pulak ke Bota. Ada 3 kereta dan satu van.. Kereta aku, kereta Kak Yong, Kereta Angah dan juga van rusa Kak Sal dan Abg Yusuf (akak ipar ku yang duduk di Sg Petani, Kedah). Di sini weols akan melawat kubur arwah ibu mertuaku plak dan juga melawat bapa saudara hubbyku, Pak Cik Rahim. Sempat juga singgah ke rumah Kak Sumah, kakak sepupu hubbyku yang tinggal bersebelahan dengan rumah Pak Cik Rahim. Kebetulan plak berjumpa dengan Wanchu Ipoh, ibu saudara hubbyku jugak.


Aku, Kak Yang, Anis, Kak Sumah, Wanchu,
Hamizan, Haiqal dan hubbyku


Tiga Mak Dara Terdiva.. ahakss...


Beraya di rumah Kak Sumah

Setelah solat selesai solat jamak, weols menuju plak ke rumah ibubapa Ninie, besan Kak Yang di Batu Gajah, Perak. Ninie dan Zaid tak balik beraya tahun nie.. dia orang berdua beraya di UK.. Tengok kat blog Ninie.. dasat jugak sambutan dia orang berdua siap ada open house lagik.


Aku, Hubby dan Kak Yang di rumah Ninie


Kecoh bergambar.. weols suma nie..hehehe..
tgk tuh licin..weols makan..hehehe


Bergambar kenangan di depan rumah Ninie..






Dari rumah Ninie, weols plak ke Ipoh... ke rumah Wanchu. Kat sini weols makan Laksa le pulak.. dah sebelumnya makan Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang.. dan macam2 lagik.. kenyang sungguh hari itu.

Bertolak balik dari Ipoh..dalam pukul 8 malam dan sampai di Sg Lampam, rumah Kak Imah dalam pukul 9.30 malam. Dalam pada itu plak, Abg Ijai suami Kak Imah jamu weols semua dengan buah durian. Kebetulan masa ini durian tengah gugur banyak dan pekebun hantar kat Abg Ijai sebab Abg Ijai nie peraih durian. So kenyang le weols makan durian.

Makan Laksa di rumah Wanchu.. dan juga
makan² durian di rumah Kak Imah...sedappppp

Dah kenyang makan² durian... pack² angkat beg baju masuk keta.. sebab malam ini plak, weols akan tido kat umah kak ipar aku yang lagi satu.. Kak Idah...hehehe.. ramai kan akak aku kat perak ini sebenarnya ada dua orang akak ipar aku.. best jugak.. berpindah randah nie.. hehehe.. Sampai di rumah Kak Idah.. tgk² toto dan bantal telah dihampar kat ruang tamu.. so apa lagik.. masing² merebahkan badan ler.. weols semua..

Kiranya selesai.. beraya di kampung... sebab raya ke tiga weols tidak ke mana². Plan ingat nak balik tapi tak jadi.. plak.. sebab ada plan lain.. nanti aku sambung lagik.. yer... tunggguuu...!!!


Monday, September 28, 2009

♥♥ Hari Raya Pertama ♥♥





Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009. Seperti tahun² sebelumnya aku memang balik ke Perak untuk berhari raya. Tema kaler untuk raya tahun ini adalah Pepel Kaler..heheheheh. Tak de plan pun nak kaler pepel tapi sebab tgk baju yang ditempah ada plak kaler pepel..so carik laa baju melayu hubby dan anak aku kaler pepel..

Pagi raya..seperti biasa lepas orang lelaki balik dari sembahyang raya, weols bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Lepas itu bersiap-siap plak pack² baju terus sebab weols semua akan check out dari umah FIL dan akan bermalam pula di rumah Kak Imah.. (akak ipar ku). Lepas letak beg² semua, weols ke Bukit Pekan di Kampar untuk melawat kubur arwah abg sulung hubbyku dan juga arwah opah dan sedara mara hubbyku.

Lepas melawat ke kubur, weols gi plak ke rumah ibu saudara hubbyku (adik pada FIL) dan juga singgah di rumah saudara mara yang lain. Sakan gak laa jalan2 ke rumah sedara mara pada hari raya pertama.




Hubbyku dan ayahandanya..


Ayahandaku dan abangnya.. masing² berumur 84 dan 88 tahun
masih sihat walafiat..alhamdullillah




Aku sekeluarga bersama Kak Yang dan anaknya
Kak Yong sekeluarga dan Angah sekeluarga



Beraya di rumah sanak sedara..


♥♥ Kisah Sebelum Raya ♥♥

Salam semua... hari ini aku telah kembali semula ke ofis untuk bekerja semula setelah bercuti hari raya selama seminggu. Mood raya tuh masih ada lagik. Kat ofis pun ada lak yang MC rasa cam sunyi jerk... Hubby aku plak masih lagi bercuti hari raya. Esok baru dia mula kerja.


Okey aku nak citer pasal raya laa pulak.. Pada hari jumaat minggu lepas, aku keje half day kan. Hubby aku ambik aku di tempat keje pas tuh weols pegi ke jalan TAR. Beli kacang² dan juga sempat cari baju melayu untuk ayah mertua ku. Balik dari jalan TAR, weols pergi plak ke Kg Baru nak beli bubur lambuk. Satu bungkus RM2 jer. Pas tuh baru laa balik dan berbuka di rumah aje.

Malam tuh pulak aku berkemas kain baju aku plak. Hubby dan anak aku dah selesai dikemaskan. Esoknya sebelum subuh, Kak Yang dah telefon ajak balik lepas subuh. Weols gerak dari umah dalam pukul 7.30 pagi. Sampai di rumah Kak Yang di Keramat dalam pukul 8 pagi. Kebetulan pagi itu pulak hujan pagi..sejuk sedap tul kalau tido nie..heheheh... Kita orang tunggu Kak Yang dan Angah sekeluarga sebab weols balik dua kereta.

Gerak dari Keramat dalam pukul 9 pagi. Mula-mula perjalanan lancar aje. Seronok laa plak sebab tak de jem. Hmmm.. tak berapa lama perjalanan.. kereta dah mula perlahan..rupa2nya.. jalan dari 3 lane dah jadi 2 lane dan mula nak jem. So, weols plan masuk ikut simpang ke Trolak aje.. Perjalanan dari Trolak jem giler hingga ke Bidor. Kereta sloww jer.. Lepas Bidor.. pejalanan kembali lancar hingga laa ke pekan Langkap. Semasa dalam perjalanan itu, hubbyku mengadu giginya masih sakit. Dah tak tahan sakit katanya dan plan nak gi cabut gigi. Bila sampai di pekan Langkap carik laa klinik gigi.. tapi klinik gigi yang ada tuh pulak dah tutup adess sian hubby aku. Weols pun teruskan perjalanan ke rumah Kak Imah (kak ipar ku). Ajak Kak Imah tunjukkan kat mana lagik ada klinik gigi.


Jalan yang jem masa on the way nak balik kampung

Kak Imah bawa weols pergi ke pekan Langkap balik. Dia bawak weols ke kedai Tukang Gigi Israel.. dengo mula2 tuh cam tak cayo jerk.. Apek tua jek tapi redo je laa hubby aku tuh dah tak tahan katanya. Apek tuh @ tukang gigi tuh cakap..tak payah cabut. Katanya gigi hubby aku masih lagik kuat akar tunjangnya. Dia kata akan bagi ubat. Tengok ubat tuh cam tak caya je kan.. tapi memang powerrrrr beb. Lepas makan ubat tuh hubby cakap dah kurang sakitnya. Ubat tuh telah menyelamatkan gigi hubby aku dari di cabut. Kalah ubat antibiotik yang doktor gigi bagi hari tuh. Sekarang ni hubby aku kata gigi dia tak de laa rasa sakit lagik..dan dapat beraya dengan cerianyaa... Akan datang tak tau le pulak kan.. buat masa ini masih ok lagik.

Balik dari pekan Langkap hubby berehat sebentar di rumah Kak Imah. Lebih kurang pukul 4 petang, weols gerak ke rumah Ayah mertuaku di Redang Ponggor. Kak Yang, Angah sekeluarga telah pun sampai dulu. Angkat beg bawak masuk dalam umah, aku pun terus ke dapur membantu Kak Yang dan Angah memasak.

Dalam pukul 5 petang dapat panggilan dari Kak Imah, anaknya Along dalam perjalanan nak ke rumah ayah mertuaku mendapat kemalangan di simpang dan masuk ke sini. Remuk jugak laa keretanya. Belanggar dengan motosikal yang dipandu oleh seorang remaja yang hanya berumur 15 tahun. Kata si Along, budak tuh keluar simpang tak behenti terus je keluar dan Along plak tak sempat nak brek terus terlanggar budak itu. Nasib baik budak itu cuma luka sikit jerk. Hubby aku membantu hantar budak itu ke klinik. Masa tuh pulak hujan terun lebat. Anggaran untuk repair kereta itu lebih kurang RM2000. Semasa musim perayaan, kalau wat report kat Polis yang dilanggar dan kena langgar kena bayar RM600. Isk tak patut betul. Ingat nak mintak ganti rugi dari keluarga budak tuh.. tapi mak budak tuh cakap dia orang tak de duit sebab keluarga besar dan anak ramai. Jadi tak jadi ler nak mintak ganti rugi. Kesian Kak Imah.. tak dapat nak join weols beraya.. sebab kereta tak de dan mood nak beraya pun dah tak der..

Kereta Kak Imah yang rosak di bahagian hadapan

Kak Yong sekeluarga sampai di rumah FIL dalam pukul 5.30 petang. Kiranya gamat gak laa rumah FIL aku tuh..dengan anak², cucu² dan cicit²nya. Seronok rasanya dapat berkumpul beramai dan berbuka pose bersama² cam ni.


Berbuka pose beramai-ramai di rumah FIL ku

Tiga orang jejaka melayu terakhir ini sedang
melayani sms hari raya yang terima..


Sunday, September 27, 2009

♥♥ Kad Raya Utk Semua ♥♥

Sticky N3..

Hari ini dah 24 Ramadan dan tinggal 5 hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Cepat sungguh masa berlalu. Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa selama aku berkecimpung dalam dunia berblogging ini dan aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Moga anda semua akan bergembira menyambut Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Pada mereka yang akan pulang ke kampung berhati-hati memandu moga selamat sampai ke kampung..yer..

Ini adalah Kad Hari Raya dari ku untuk semua.. Sila ambil yer..

Double klik dulu gambar yer.. baru right clik & save image..


Friday, September 18, 2009

♥♥ Apa Citer Yer ♥♥

Sampul bersama duit raya yang aku terima....


Hmm.. sekejap jer.. dah hari Jumaat. Hari ni ofis aku half day so keje sampai kul 12.45 jer. Hubby plak hari ni MC. Kesian dia sebab semalam dia sakit gigi. Malam tadi pergi laa ke klinik. Mula² tuh fikir nak cabut jer.. tapi tak jadi so doktor bagi ubat jer. Dapat 2 jenis antibiotik dan ubat tahan sakit. Pagi tadi tanya dia sihat tak. Hubby kata dah okey laa sikit..so dia hantar aku ke ofis pagi ini.

Semalam sempat pack baju anak dan hubby masuk bag cuma baju aku je belum pack lagik. Lepas sahur tadi sementara menunggu nak solat subuh.. sempat laa aku memasukan duit² raya dalam sampul duit untuk diagihkan nanti...

Ingat balik dari ofis hari nie..nak wat sopping last minit nie.. hehehe saje je suka² jalan². Weols plan nak balik kampung esok. Insyallah.

Sekarang ini mood nak keje pun dah tak de.. nunggu masa nak balik aje..nie hehehe. Okey laa sekali lagi aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin". Aku pun akan bercuti raya dari seminggu dan akan kembali bertugas semula pada hari Isnin. Insyallah. Pas tuh boleh citer pasa raya pulak...

Wednesday, September 16, 2009

♥♥ Terima Kad Raya Lagi ♥♥

Aku terima kad raya lagi dan lagi..hehehehehehe.. seronoknya..
Terima kasih banyak² yer kawan²


Kad Raya dari Hana

Kad Raya dari Zana

Kad Raya dari Dee


Kad Raya dari Eynda


Kad Raya dari Yana


Kad Raya dari Eyza


Kad Raya dari Me


Tuesday, September 15, 2009

♥♥ Kad Raya Yg Ku Terima ♥♥

Seronoknya aku kerana dapat banyak kad raya
dari member² blogger semua.
Terima kasih sebab bagi kad raya nie kat aku.


Kad Raya dari Syahadah


Kad Raya dari Posh76


Kad Raya dari Atie


Kad Raya dari Adysham


Kad Raya dari Mamadanish


Kad Raya dari Erlyda


Kad Raya dari Mummy Dasy


Kad Raya dari Nabila


Kad Raya dari MamaQaypo

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss