Monday, March 29, 2010

Balik Kampung Ku

24 Mac 2010
Sabtu

Pada hari ini aku sekeluarga bawa emak dan makcik aku pulang ke kampung aku di Kampung Padang Lalang, Jempol, N9. Mulanya ingat dah tak jadi nak balik.. sebab malam sebelum tuh emak aku mengadu tak sihat.. sebab sakit perut. Jadi dia dan makcik aku tuh tak cukup tido.. maklum je laa orang tua nie kalau dah terjaga susah nak tido. So pagi tuh.. ingatkan dah tak jadi laa balik..so aku pun relax² aje laa kat umah.. tak de laa siap² apa² pun.

Pukul 11 pagi gitu.. mak cik talipon katanya nak balik jugak..iye laa nenek sedara aku kat kampung tak sihat..so kena laa balik.... So weols pun bersiap laa.. Dalam pukul 12.15 makcik aku datang jemput sebab weols balik naik keta dia jer.. lagi pun weols balik hari jek..tak tido pun kat sana...

Balik kampung selalunya weols ikut PLUS tapi kali nie weols ikut LEKAS.. jalannya tak de jem langsung.. lenggang jerk... weols exit kat Tol Ampangan... so dari situ weols ke Kuala Pilah ikut jalan baru dah tak tempoh bukit putus.. lagik..


Lengang kan.. jalannya..

Lebuhraya Lekas



Gambar wajib tayang..hubby laa jadi drivernya..


Sepanjang perjalanan.. aircond keta makcik aku dah abih gas.. so singgah laa kat kedai.. isi gas..so pas tuh sambung perjalanan dalam keadaan yang sejuk dan selesa...


Ayam salai.. daging salai..


Hmm..sempat singgah kat gerai..dan beli daging salai, ayam dan itik salai.. sama ngan maman (sayur) wat gulai


Sampai² jerk.. dijamu plak makan tengahari.. ada plak.. gulai tempoyak daun kayu..hmm selera..sungguh.. bertambah nasi..


Muka kekenyangan..alhamdullillah


Aku dan Uwancik aku.. Uwan nie.. adik pada arwah Uwan aku..

Sebelum aku balik ke KL aku sempat gak..singgah umah Uwan (mak abah aku).. Uwan aku nie pun dah uzur..skrg nie keadaan dia..dah tak kenal laa anak cucu dia.. tapi walaupun gitu dia masih mahu makan lagik..cuma dah tak leh jalan dah.. kena papah..


Dapat buah kelapa nie dari umah Uwancik aku.. ambik airnya aje.. sempat jugak petik daun gelugor nak wat campur dalam Gulai Daging salai..hmmm..sedapnyaa.. cam terasa² je plak..heheh


Singgah solat Maghrib di Masjid Kuala Pilah dan balik ikut Lekas.. dan Alhamdullillah weols sampai di KL dalam pukul 10 malam..sempat laa layan AF setengah jam jerk.. :)


Friday, March 26, 2010

Salam Takziah...

Dapat lagi berita sedih...

Tengahari tadi dapat panggilan dari emak. Dia bagi tau yang sepupu aku, anak Pak Tih baru jer bersalin anak keduanya.. seorang perempuan..yang sgt cantik.. itu apa yg dikata oleh datuknya kepada emak aku.. semalam.. tapi yang sedihnya anaknya meninggal dunia. Aduh boleh bayangkan bagaimana sedihnya kan.. anak yang dikandung 9 bulan pergi buat selamanya. Emak bagi tau..anaknya lemas.. tak tau laa cam na leh terjadi.. iye laah dah kuasa Allah kan cuma dipinjamkan buat seketika cuma..

Salam takziah buat keluarga Pak Tih.. terutama sekali sepupu aku Fairus Hanum.. Moga tabah menghadapi cubaan dan dugaan ini.

Yang pastinya..anak itu menanti dipintu syurga.. A-Fatihah...


p/s : Minggu ini dah dua berita kematian.. dpt berita jugak.. nenek sedara aku pun sedang sakit.. mungkin aku akan pulang ke kampung insyallah...



Thursday, March 25, 2010

Wahh Menarik Laa Browser Nie Sekarangggg...

Aku dah kembali menggunakan Mozilla Firefox. Aku penah menggunakan browser Firefox nie.. tapi sebab slow pas tuh selalu hang jerk.. aku guna browser Google Chrome.

Sekarang ini setelah aku baca blog Uncle.. aku teruja laa plak nak download versi terbaru dari Mozilla dan aku dapati ianya..amat menarik..


Kalau nak downlond sila klik gambar..ok...




Setakat nie laju je bila buka mana² blog.. dan yang menariknya.. korang boleh tukar skin browser korang.. yang macam aku tukar tuh...

Menarikkkk kan.. so apa lagi.. bertukar atau upgrade ke versi Mozilla Firefox 3.6.. ok..


Tuesday, March 23, 2010

Pembersihan Kaabah di Mekah


Info untuk dikongsi bersama....



Dapat sentuh Kaabah pun sudah terasa sebak, inikan pula kalau dapat masuk ke dalamnya. pembersihan Kaabah bakal dilakukan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal yang juga merupakan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah. Pembersihan Kaabah ini kebiasaanya dilakukan dua kali setahun iaitu pada 15 Syaaban dan juga pada pertengahan Muharram. Semasa upacara pembersihan Kaabah esok, dikatakan ahli akademik Islam, pegawai kerajaan dan diplomat akan datang menghadirkan diri.

Upacara pembersihan Kaabah :

1. Bermula dengan solat sunat dua rakaat dalam struktur kiub itu. Dinding dalamnya dibersihkan dengan pewangi mawar, kayu dan kasturi menggunakan kain putih. Air Zamzam dicampur dengan minyak wangi mawar kemudian direnjis pada lantai dan digosok dengan tangan dan daun kelapa.

2. Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaled akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.

3. Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.

4. Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampur air mawar.

5. Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu.

6. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak. Kaabah kemudian diasapkan.


Struktur & Keadaan dalaman Kaabah :

1. Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.

2. Kain sutera asli berwarna hitam seberat 670kg dan berharga AS$4.5 juta (AS$1 = RM3.38) itu dihiasi ayat-ayat suci al-Quran yang ditenun menggunakan 150kg emas serta perak. Ia berukuran 658 meter persegi dan mengandungi 47 keping kain, yang setiap satu berukuran 14 meter panjang dan 95sm lebar

3. Keadaan dalamannya dipenuhi wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, ‘anbar dan ‘ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Kaabah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

5. Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara.

6. Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak.

7. Terdapat lantai tanda tempat sujud Nabi Muhammad SAW dan juga multazam, di mana baginda melekatkan perutnya yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

9. Bahagian atas Kaabah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf ?(dal) atau angka lapan Arab (yang bermaksud Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung).

10. Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci.

11. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

12. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Kaabah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Kaabah.

13. Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

14. Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

15. Memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.

16. Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga.

17. Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada setiap kali berlakunya pembaikpulihan Kaabah.

18. Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah.






Kaabah bukan pusat bumi. Tetapi mta. Asalnya dulu kiblat di palestin, iaitu Masjidil Aqsar. Kemudian Allah SWT perintahkah kiblat ditukakan yang mana pada masa itu, berlakunya perubahan dalam titik alam semesta. Itulah dia The amazing of Kaabah..dan juga penentuan arah kiblat yang boleh dibuat untuk setiap negara iaitu Fenomena Istiwa yang mana matahari berada tegak di atas Kaabah



Monday, March 22, 2010

Salam Takziah

Innalillahhiwainnailaihirojiun...Al Fatihah.. dan
Salam Takziah untuk keluarga AyahAlang..


Pagi tadi masa on the way ke ofis, hubby terima berita yang AyahLang, abang Apak meninggal dunia. Terkejut juga laa kan.. sebab last masa weols jumpa dia masa tuh dia sihat walafiat lagik.

Hubby aku lepas antar aku ke ofis, dia ke Gombak tumpang Abang Uda dan ambik Kak Yang untuk balik sama ke kampung...Aku tak ikut sebab hubby kata tak payah laa ikut dia je laa balik... so nanti malam laa tunggu citer yang selanjutnya..


Gambar kenangan masa hari raya 2009 yang lepas..
Apak & AyahAlang


p/s: Yanie Mentor meninggal dunia semalam kerana mengidap ketumbuhan paru-paru.
Muda lagik baru berumur 25 tahun.. Salam takziah jugak buat keluarganya..




Wednesday, March 17, 2010

Dosa Kuku Panjang

Info dari kotak Email untuk dikongsi bersama.....


Kredit En. Google.


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang .

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s..

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.


Thursday, March 04, 2010

"Water"

Untuk dikongsikan bersama..informasi ini...


Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.





Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack




Monday, March 01, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan Ke Bagan Lalang

27 Februari 2009, Sabtu

Aku sekeluarga dengan Kak Yong dan Angah sekeluarga pergi ke Bagan Lalang. Sehari sebelum tuh Kak Yong dah telefon ngajak weols.. Hubby masa tuh tak bagi jawapan lagi nak pergi ke idak.. So esoknya Sabtu.. weols pun confirm jadi pegi.. Lepas jerk solat Zohor weols pun plan jumpa kat Hentian Nilai. Dari situ weols konvoi ke Bagan Lalang.

Kak Yong bagi tau yang Shamnya teragak nak makan seafood kat situ. Weols pun belum pernah laa lagi gi makan seafood kat Bagan Lalang. Kak Yong dan Angah dah penah laa makan kat situ. Sebelum sampai di Bagan Lalang tuh.. weols singgah kat surau yang berdekatan untuk solat Asar. Pas tuh weols gi lepak² kat taman permainan bagi budak² nie main² dulu.. Iye laa weols sampai kat situ pun baru pukul 5.30 petang dan restoren tun pun belum bukak lagi..

Dalam pukul 6.30 petang.. weols pun pergi laa ke restoren tuh.. makk aih punya laa ramai orang.. nasib baik laa ada tempat.. sebab ada beberapa meja telah di reserved dulu. Weols pun silap lupa nak reserved..awal².

Antara makanan yang dioder..Sup sayur, Kupang (rasanya kut), Siakap Stim, Ikan Cencaru Bakar, Telur Goreng (utk budak²), Sotong Goreng Tepung (ini yang diidamkan oleh Sham)..ada satu lagi jenis lauk lupa plak namanya..masak sambal..dan Air Fresh Oren 2 Jug.. Hmm memang sedap makan kat sini..

Weols beransur dari situ dalam pukul 7.45 dan singgah solat di surau yang weols singgah masa solat Asar tadi untuk solat Maghrib plak dan sampai kat umah dalam pukul 10.30 malam iye laa ambil masa dekat 2 jam laa perjalanan.. tapi memang seronok.. dapat makan bersama-sama. Sayang sekali Kak Yang tak dpt ikut.. kerana kata Angah.. ibunya tak berapa nak sihat....
Kat sini laa weols makan...


Hmm..dah besar dah.. Umar Raziq.. chubby sungguh pp dia skrg..


Sham, CD, hubbyku..Raziq dan Razin


Kak Yong, Hubbyku..dan Aku

Weols yang wajib..diambil gambar


Aku dan Angah sempat lagik...posingg..


Apa laa yg diceritakan oleh hubbyku itu..Aku plak khusyuk mendengar..


Antara makanan yang sempat ku ambil gambar...


Hmm..kenyanggg.. licinnnn...

Ada banyak lagik gambar.. tapi aku uploadkan kat FB..aje laa..yer....ini cuma diantaranya je laa.. :))

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss