Friday, April 30, 2010

Zaman Dolu-Dolu

Dalam minggu nie dah 2/3 orang aku jumpa kawan² lama aku di zaman persekolah dulu di FB. Kiranya.. bagus laa jugak FB nie yer sebab menemukan kembali teman² aku semasa aku bersekolah di Sekolah Menengah Convent Sentul dulu. Bila tengok gambar² dia orang.. ada yang dah berubah wajah.. sampai dah tak kenal.. nama dia orang.. tapi muka tuh masih lagi dalam ingatan. Ada yang dah kahwin dan beranak pinak dan ada gak masih lagi single.. Salah sorang classmate aku..kira teman baik masa zaman anak dara dah tag gambar² masa dolu²..hehehe.. aku letak laa 3 keping kat sini.. yer..



Gambar nie masa weols gi jalan² ke Zoo Negara..


Nostalgia sungguh gambar nie.. aku amik gambar nie kat FB kawan aku.. kebetulan ada plak gambar aku tgh ambik SPM masa nie.. aku yang bercermin mata..tuh..
iye dolu² mana ada CL nie suma..


Masa nie aku form 3.. rasanya ada gi lawatan
tapi tak pasti ke mana.. dah lupa ler plak..heheheh

Bila tengok gambar² nie semua mesti tertawa sendiri.. mengingati zaman itu.. hai kalau laa boleh diputarkan kembali ke waktu tuh alangkah seronoknya..heheheh...

Friday, April 23, 2010

"Saya Nak Pergi KangKang"

Jom kita layan...

"Saya nak pergi kangkang .. Kamu nak ikut?"
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
"Hah? kamu nak pergi apa????"
Dengan slumber pula dia menjawab,
"Itu... Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~" sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata...
"Astarghfirullah'alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah... kesianlah dekat mak ayah kamu tu... dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?"
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
"Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?"
Aduh, bertambah 'panas' hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
"Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?"
"Kah~kah~kah~" Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.
"Sah lah... memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental..." kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut...

*
*
*
*
*
*
*
*
*

"Hah, inilah Kang Kang nya... Kamu fikir saya nak buat apa???" Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab...

"Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG ... nak pergi KANGKANG ... Haishhh!!!~"


************************************************************************************


p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Sebelah dengan kedai baju yang saya jaga waktu bulan puasa yang lepas. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut... huhu~

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata~ Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun~ hehe~




Thursday, April 22, 2010

Tertib Meludah...


Info untuk dikongsi untuk pengetahun kita bersama....


Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah di depan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada Syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW (Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. (Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, Meludah lah Selalu ke Sebelah Kiri.

Wallahualam..........

Wednesday, April 21, 2010

Arabian Night...

Sabtu, 17 April 2010


Aku telah diajak oleh hubbyku untuk ke Majlis Pra-Graduation Dinner untuk UNIKL BMI. Itu pun hari Jumaat petang baru laa dia bagi tau ada dinner pada hari ini (Sabtu). Oleh kerana diberitahu last minit aku pun tak de laa prepare baju untuk mengikut tema pada malam itu. Jadi pakai aje laa baju apa yang ada... Hubby aku pun cuma pakai baju batik je laa.. dia pun tak kisah sangat nak ikut² tema bagai nie.. Mula² tuh hubby ajak aku pergi awal sikit.. aku kata tak nak pergi awal.. lagi pun nak lepak kat mana kan.. jadi lepas Maghrib baru laa weols kuar dari rumah dalam pukul 7.45 malam gitu.

Nasib baik jalan tak berapa nak jem..dan alhamdullillah weols sampai kat Saloma Bistro dalam pukul 8.15 malam. Sampai aje di sambut oleh Firaun... dan dayang² yang bertutup muka dia orang.... Dia orang berpakaian mengikut Tema iaitu Arabian Night.. tapi kebanyakkan yang ikut tema tuh semuanya..AJK saja..dan ada jugak student yang sporting pun ada gak datang ikut tema jugak... Dinner ini dianjurkan sempena Gradution dia orang yang akan berlangsung bulan Oktober nanti.. Aku tanya laa hubby napa buat awal sangat.. hubby aku cakap iye laa nanti kalau buat lambat sapa nak handle dan organise program untuk makan malam nie.. Iye student.... dia orangkan bz ngan study dan exam yang akan datang...jadi tu pasal di awalkan bulan April nie.. Lagipun semua program pada malam tuh diuruskan sendiri oleh student dan hubby aku sebagai penasihat aje..untuk mereka semua...

Acara bermula dalam pukul 8.30 malam.. dengan ucapan alu-aluan oleh Program Manager dan juga Timbalan Presiden UniKL iaitu Prof. Abu Talib.. Lepas ucapan tuh.. apa lagi.. gi laa makan.. Ada macam² lauk pauk, kuih muih... kek, buah.. wafer dan kuih cucur bawang pun ada di goreng kat situ jugak..

Sambil makan² tuh dia orang wat cabutan bertuah dan juga penyampaian hadiah untuk pakaian yang tercantik... Pas tuh ada laa persembahan nyanyian oleh student dan jugak dari JD.. kalau korang tgk Raja Lawak 4 mesti korang ingat JD.. suara dia sedap jugak bila nyanyi.. Selesai majlis.. ada plak sesi bergambar dengan student² nie semua... Majlis makan malam nie berakhir dalam pukul 11 malam...

Korang layan je laa gambar yang sempat dirakamkan pada malam itu...

Aku dan KakYong, Sabrina.. dan Firaun.....

Salah sorang student yang nyanyi..sedap gak sore
budak nie.. dua orang Firaun nie naik pentas nak
bagi bunga.. laa plak...heheh

Aku duduk semeja ngan Kak Yong.. sebab tak nak
duduk ngan hubby dia duduk meja VIP..
dah tu semuanya lelaki jer...

Hubby aku sampaikan pemenang cabutan nombor
bertuah pada malam tuh...

Hubbyku dengan AJK .. program..

JD sedang mendendangkan lagu

MC pada malam tuh...

Aku dan staf BMI

Sempat posing depan gambar SALOMA

Hubbyku yang tercinta..suka bergambar jugak...

Aku pun posing laa jugak.. bukan selalu dpt
bergambar kat sini kan...

Aku dan Hubby...

Tuesday, April 20, 2010

Trapped In The Lift.. Follow This....

Info dari Email ku kongsikan di sini.. mana laa tau ia bermanafaat pada teman² yang selalu menggunakan lif...

What to do when you are trapped in a lift ???

We never know when and where accidents will happen to us OR people around us. Read on and hope this piece of information may help any of us when things do happen to yourself, our friends and our loved ones.

One day, while in a lift, it suddenly broke down and it was falling from level 13 at a fast speed. Fortunately, I remembered watching a TV program that taught you must quickly press all the buttons for all the levels.

Finally, the lift stopped at the 5th level. When you are facing life and death situations, whatever decisions or actions you make decides your survival. If you are caught in a lift breakdown, first thought in mind may be 'waiting to die'... But after reading below, things will definitely be different the next time you are caught in a lift.

First - Quickly press all the different levels of buttons in the lift.
When the emergency electricity supply is being activated,
it will stop the lift from falling further.

Second - Hold on tight to the handle (if there is any)..
It is to support your position and prevent you from falling or
getting hurt when you lost your balance.

Third - Lean your back and head against the wall forming a
straight line. Leaning against the wall is to use it as a support
for your back/spine as protection.

Fourth - Bend your knees
Ligament is a flexible, connective tissue. Thus, the impact of
fractured bones will be minimised during fall.

Monday, April 19, 2010

T'Shirt Percuma

Aku pun tak nak laa ketinggalan untuk mendapatkan T'Shirt Percuma ini.. Ada lagi 29 helai lagi yang tinggal.. Kalau sapa² lagi yang berminat ikut laa cara² seperti dibawah ini...


Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaran pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini?

Apa yang perlu anda lakukan adalah:
1- Daftar sebagai ahli netQueen disini.
*Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.
2- Masukkan blog ini ke Blog List anda.
3- Buat satu entry tentang netQueen.
4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back
5- Promotekan netQueen kepada 5 rakan blog anda.
Pada teman² yang belum daftar boleh laaa daftar yer..
6- Tinggalkan komen anda disini dengan mengatakan "Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen" berserta alamat blog anda
* sila login dahulu sekiranya mahu meninggalkan komen

Monday, April 12, 2010

Jangan....

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Thursday, April 08, 2010

Setahun Telah Berlalu...




Hari ini genap laa blog aku berumur setahun.

Happy Birthday to My Blog..

Macam tak sangka plak.. dah setahun masa berlalu sejak aku mula² berjinak² berblogging di alam maya ini. Banyak jugak laa cerita² yang sempat dipaparkan di sini.. Yang bagusnya bila berblogging ini.. dapat laa balik baca N3 kita yang lepas² dengan segala aktiviti yang menarik. Kalau tanpa blog ini.. mungkin senanglaa lupa apa aje cerita yang berlaku.

Tapi tu laa sejak dua menjak nie.. sifat kemalasan telah melanda.. kadang² byk N3 yang lambat di uploadkan.. Aku akan cuba update blog aku walaupun lambat tapi rasa sayang plak kalau tak update atau terbiar lama.. kan..

Pada teman² dan silent reader aku yang sudi singgah di sini.. terima kasih...diucapkan..


Aku Di Tag

Dah lama rasanya tak kena Tag.. kali layan laa Tag dari MakDaraTerdiva.. Sorri laa terlambat sikit nak kuar citer nie.. :)



1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yg bagi award ini dan postkan dlm blog :
MakDaraTerdiva..terimakasih.. laa yer..


2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:

1) 2/7/2001 - Haiqal Firdaus... sorang je laa...

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:

Alaa tak de plak gambar org yg tengah peknen...


4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama

Semua laa hot mama yang baca blog aku nie.. :)


Wednesday, April 07, 2010

Biru Sedondon

Rabu, 31 Mac 2010

Adess..lambat plak aku update pasal N3 yang ini.. iye laa aku kebizian sebab dalam minggu lepas.. ofis aku ada wat sikit renovation.. Meja aku pun telah berubah kedudukan tempat .. dah jadi kecik sikit laa.. dulu kan beso hehehe.. Ruang tempat aku duduk dulu telah dibuat bilik.. utk engineer..aku kena laa duduk sebelah bilik hehehe..

Macam boria laa pulak...hehehe..

Hari ni aku ke ofis seperti biasa.. laa.. memang tak de plan nak gi mana². Pagi tuh gi sarapan kat cafe seperti biasa.. dengan Kak Faridah sebab Kak Asmah cuti hari ini. Kat cafe plak jumpa Kak Minah dan Kak Salmi.. Tengok plak dia org pakai baju biru sama jerk.. Aku plak kebetulan pun berbaju biru.. Aku tanya laa.. sedondon laa plak.. hari nie yer.... Dia org cakap nak gi Farewell utk Ely .. ofismate dari Unit Pentadbiran yang akan bertukar ke HEP. Jadi dia adakan tema warna biru.. tuh yg sumanya berbaju warna biru.... Dia org ajak laa join sekali join bayar laa dalam RM15 seorang.. aku pun OK jerk..

So 12.30 tengahari, weols tunggu bas kat depan Kolej 12 ke tempat makan di Kolej Pertama. Kat KK1 nie ada Bilik Conferen boleh oder makan.. Makanan tengahari ada Nasi Beriani, Dalca, Pajeri, Ayam dan Kambing tak sure masak cam na.. Air sirap soda, buahan. Kira boleh laa.. makanannya.. janji kenyang..hehehe.. aku nie tak kisah sgt.. :) Bertolak balik dalam pukul 1.45 petang..

Dalam bas...

Sempat lagik posing²... sebelum gi ambik makanan

Ini laa Ely.. orang yang diraikan...

Berdiri dari kiri.. Maziah, Linda, Jefri, Rabitah, Ely, Aslina dan Aku
Duduk dari kiri.. Shafina, Aseda, Fazilla dan Arif



Friday, April 02, 2010

Salam Takziah Din Beramboi


Petikan dari Berita Harian Online....

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

llahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

p/s :

Salam Takziah buat keluarga Din Beramboi.. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman...

Aku suka sangat dengan celoteh Abg Din.. selamba jerkk.. suka dengar masa dia jadi DJ kat THR dulu² dan skrg bersama dengan Aznil di Riuh Pagi ERA. Memang dia sorang yang kreatif dan sponton dengan lawak beliau.. Hilang laa sebutir lagi bintang dari persada seni.. negara..

Moga keluarga Abg Din Beramboi akan tabah menghadapi dugaan yang menimpa ini.. Al-Fatihah


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss