Monday, June 28, 2010

Percutian Ke Utara Part 4

Sabtu, 11 Jun 2010

Hari ini adalah hari terakhir weols kat Sg. Petani.  Kak Sal pepagi dah bangun masakkan weols Nasi Lemak, Sambal Fish Ball, Ikan Bilis Goreng, Telur Rebus.. Hmm sedapnya.. Kuih plak beli jerk.. untuk tambahan..  Berselera weols makan.. sedappp..

Lepas sarapan, bersiap² packing barang². Weols bertolak dari rumah Kak Sal dalam pukul 10.30 pagi...


Berselera tgk budak² nie makan..


Sempat lagi Sham posing sambil makan jagung rebus..

Sebelum bertolak balik sempat laa bergambar beramai² 
wat kenangan.. tah bila laa lagik sampai 
ke Sg. Petani nie..

Sebelum ke Sg. Petani.. hubby aku tak de laa plak bagi tau yang weols akan singgah ke rumah ofismate dia yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni..di Kuala Kangsar.. Jadi aku plak tak laa bawa spare baju kurung.. nasib baik laa ada bawa blouse yang elok sikit.. kalau dak tak kuar laa aku dari kereta..kalau pakai T'Shirt jerk..


Ini laa ofismate hubbyku, kiranya ofismate 
Kak Yong ngan Sham jugak laa...

Lepas menjamu selera.. weols pun bertolak laa ke pekan Kuala Kangsar.. menuju ke Masjid Ubudiah.. Weols sempat laa menunaikan solat di Masjid ini.  Cantik suasana dalam masjid ini.. tapi tengok dari luar cam besar tapi sebenarnya kecik jerk...

Bergambar kenangan di depan Masjib Ubudiah..
Kuala Kangsar.. Perak

Lepas solat weols ke Bazar berdekatan dengan Sg. Perak..di Pekan Kuala Kangsar.. sebab Kak Yang nak beli cenderamata.  Hubby aku belikan Labu Sayung untuk weols, Kak Yang, Kak Yong dan Nyah.. Singgah plak makan Laksa Kuala Kangsar.. tapi tak berapa nak sedap laa.. sedap lagik laksa kat pasar malam kat umah aku nie..hehehhe.. 


Kak Yang, Kak Nyah dan Angah sedang menjamu selera..


Amboi ngaga mulut Umar tgk Ayahnya..tengah makan...

Lepas singgah di Kuala Kangsar.. weols meneruskan perjalanan menuju ke Kampung.  Iye laa dah on the way singgah laa kejap ke rumah Kak Idah.. sebab nak hantarkan beberapa paket gula yang dibeli di Sg. Petani.. Kat kampung susah nak dapat bekalan gula.. Gula tuh plak nak diberikan pada ayah mertua ku..

Sampai di rumah Kak Idah, semua driver kepenatan.. sempat laa dia orang bertiga nie melelapkan mata.  Bertolak balik ke KL.. dalam pukul 10 malam.. Sampai di KL hantar Kak Nyah balik ke Bandar Tun Razak dulu.. then baru weols balik ke rumah.. Sampai di rumah dalam pukul 1 pagi.. Aduhai penat sunggah badan.. tapi seronok.. dapat berjalan².... 

Okey habisss.. dah.. 

Wednesday, June 23, 2010

Percutian Ke Utara Part 3

Dah beberapa hari tak update blog.. bukan apa minggu lepas Khamis dan Jumaat aku MC.  Tak tau laa mungkin  balik dari bercuti badan penat kut.. jadi kepala jadi pening...  Bila bangun tido pagi tuh.. rasa nak pitam jerk.. jadi aku gi laa doktor.. ingatkan darah aku naik ker.. tapi bila chek tak de plak.. So aku dapat 2 hari MC.. doktor bagi aku ubat tahan pening/muntah dan ubat angin.. Rasanya.. sampai hari Ahad baru badannya ini sihat sepenuhnya.. Alhamdullillah aku dah pulih... 

So aku sambung lagik ekk.. Percutian aku ke Utara.. 

Jumaat, 11 Jun 2010

Pada sebelah pagi.. lepas sarapan weols tak de laa ke mana² iye laa hari Jumaat kan.. tak de laa plan apa² sebab tengahari tuh kan lelaki nya nak pergi sembahyang Jumaat.  Weols yang perempuan nie masak² laa tengahari tuh.  Juadah untuk tengahari tuh.. ada ikan bakar cencaru cicah air asam, ikan masin goreng, sup sayur, pucuk ubi masak lomak.. fuhhh berselera weols makan tengahari tuh...berpeluh² dan cuaca kat Sg Petani panas betul...

Lepas makan,.. apa lagi mata pun tak kuyu jerk.. carik bantal ahakss.. tido ler layan mata.. hehehe.. Yang lelaki plak pergi sembahyang Jumaat ler..

Pukul 4 petang plak.. Abg Usop bawa weols yang ladies nie gi pasaraya GMart.. sebab nak beli Koko.. sedap plak bila kak ipar aku hidangkan air koko untuk weols masa sarapan pagi.. Jadi aku pun beli laa sebungkus.. Kak Yang aku beli tak salah sampai 4 bungkus.. Lepas ke GMart, weols ke LongWan plak.. pasaraya terkenal kat Sg. Petani nie.. ada gak laa beberapa barang aku beli..

Dah kul 6 petang.. hujan plak turun.. weols pun balik laa umah..  Lepas solat Maghrib, weols kuar gi  Kg. Pulau Sayak sebab nak gi makan Mee Udang.. Tempat nie betul² tepi pantai.. iye laa pergi malam kan.. tak nampak sangat laa lautan yang luas tuh..Weols semua oder Mee Udang Special.. kalau tak salah ada 6 ekor udang besor2..

Kat sini laa tempatnyaa..weols makan Mee Udang..



Sebelum makanan sampai.. 
Muka tengah lapar nie...

Abg Usop & Shima..
Amboi Shima siap tambah sos lagik..nak bagi lagi kawww..

Kak Yang, Kak Sal (dua org kak iparku) dan Ellie

Amboi CD makan.. sedapnyaa..control yer... 
tgk udang tuh hmm..


Balik dari makan Mee Udang, weols singgah kat Pantai Merdeka.. saja jalan² kat situ.. Kebetulan ada plak gerai jualan.. sempat laa aku beli tudung..ngan selimut cam comforter..tuh tapi nipis sikit laa.. Balik tuh weols sampai kat umah lebih kurang dekat pukul 12 malam..

Nanti sambung lagik yer....

Wednesday, June 16, 2010

Percutian Ke Utara Part 2

Khamis, 10 Jun 2010

Hari nie pepagi bangun..masak sarapan pagi dulu.. Weols masak meehoon goreng jerk..dan kuih2 just beli .. iyelaaa sebab nak jalan jauh  lagik kan..  Hari nie weols semua akan ke Padang Besar, Perlis.  Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi..

Selamat Datang Ke Perlis..

Dalam perjalanan ke Padang Besar, weols singgah di Ladang Tebu terbesar di Malaysia di Chuping, Kedah.  Sempat laa berhenti di tepi jalan bergambar beramai²..hehehe..  







Nie berehat selepas penat meronda² 
membeli belah.. hehehe.. berpeluh² masa nie..


Haa besar beg plastik tuh.. bangg... byk ke membeli?


Di Padang Besar, aku adalaa beli beberapa jenis barang, Tshirt, hubby belikan anak aku kasut bola.  Sempat gak laa aku beli kuali..hehehe..Kak Yang beli Kukusan, Angah ngan Kak Yong beli Mangkuk Nasi.  Dia orang borong habis.. hehehe.. 

On the way nak balik tuh.. berhenti kejap kat ladang Burung Unta.  Budak² suka laa sebab boleh beri Burung Unta nie makan..  



Dah penat berjalan weols singgah laa makan kat Restoren De'Sena.   Pengalaman yang tidak menariknya.. makanan yang di order lambat hantar.  Pas tuh cekik darah tul.. Weols makan kena charged sampai RM345.. mahal sungguh.  Sebelum tuh weols pegi tempat lain makan tak de laa kena charged sampai gitu sekali.  Agaknya sebab tengok plate kereta dari KL tuh yang cekik betul² kut.. iye laa dia orang mesti agak weols nie tak akan datang lagi makan kat situ.. 

Masa ini tunggu makanan dekat 45 minit 
makanan tak sampai lagik

Muka lapar sebenarnya.. tapi wat2 senyum 
jerk.. hehehe

Sampai di rumah dalam pukul 11 malam.. Nanti sambung lagik citer yer..Tunggu.. :)

Monday, June 14, 2010

Percutian Ke Utara Part 1

Rabu, 9 Jun 2010

Hari ini aku dah mula cuti.. Aku sekeluarga akan bercuti ke utara rumah Kak Sal, kakak iparku di Sg. Petani, Kedah. Plan pada mulanya Aku sekeluarga, Kak Yong sekeluarga dan Angah sekeluarga akan pergi bersama-sama kiranya konvoi laa 3 kereta. Pas tuh last minit.. Angah dan Kak Yang plan nak gi awal so dia orang bertolak hari Isnin tengahari.

Bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi.. Weols pergi jemput Kak Nyah (kak iparku) di Bandar Tun Razak. Dia tumpang weols laa.. Dah janji ngan KakYong nak sarapan kat R&R Rawang pukul 10 pagi. Aku bersarapan nasi lemak daun pisang sedap plak tuh.. :)

R&R Rawang

Dalam perjalanan ada plak kereta² dari seberang yang bagi lampu, so hubby pun tak de laa bawa laju sangat..rupanya polis wat road block dan speed trap.. dan bila weols lalu kat situ dia orang tengah kemas² kira dah selesai laa operasi. Nasib baik jalan jem kejap aje.. Perjalanan weols lancar dan singgah kat R&R Bt Gantang untuk makan tengahari. Masa tuh dalam pukul 1 pm. Sebab tak lapar sangat, aku cuma makan meehoon sup saja..

Jalan jem kejap.. polis lepas wat road block dan speed trap..



Bila weols sampai kat kawasan Juru.. weols telefon Angah suruh standby sebab nak ke Pulau Pinang terus. Weols jumpa Angah dan Kak Sal kat Pengkalan Feri dalam pukul 2.30 petang. Weols naik Feri sebab nak bagi Shidi rasa naik Feri sebab dia tak penah lagi pergi P.Pinang. Jadi bila balik nanti baru laa ikut jambatan.




Angah, Kak Yong, Aku dan Sham

Sampai di P.Pinang, Abg Usop bawa weols semua ke tempat Aquarium tapi malang sekali rupanya hari Rabu tempat ini ditutup pulak.. Cuma dapat berlegar² di luar saja ada kolam ikan, kolam penyu, buaya pun ada gak dan kolam ikan kap dan ikan toman. Besar² jugak ikan yang ada sampai ada yang besar orang pun ada gak..

Yana & Shima.. anak Kak Sal & Abg Usop


Kak Sal & Shima



Perut pun dah lapar.. weols semua pergi singgah makan kat tepi laut. Sementara tunggu makanan sampai aku pergi solat. Dan selesai makan², Sham ajak weols semua ke Balik Pulau cari durian. Sampai kat puncak Balik Pulau ada Durian Food Fair. Kopek dan makan ramai² kat situ jugak. Aku makan laa dalam beberapa ulas.

Semua tengah khusyuk makan..sebab lapar.. 

Lepas makan durian ingatkan nak jalan² kat Padang Kota tapi hari plak ujan. Jadi tak pergi laa.. Banyak plan weols di P. Pinang tak menjadi. Nak gi Bukit Bendara tempat nie tengah nak tukar keretapi coach yang baru so ditutup selama setahun.


Makan² durian.. murah jugak harganya..

Weols sampai di rumah Kak Sal di Sg. Petani dalam pukul 11 malam. Malam tuh tido lena jugak laa.. sebab kepenatan berjalan. Esoknya nak kena bangun pagi sebab nak berjalan lagi.. Nanti aku citer lagi..yer..

Tuesday, June 01, 2010

UlangTahun..Perkahwinan


Syukur..Alhamdullillah..
Hari ini adalah Ulangtahun Perkahwinan 
kami yang ke 15 tahun..
dan aku berharap agar perkahwinan
yang dibina ini akan berkekalan
bahagia hingga ke akhir hayat..
Amin...

P/S : Nak tgk gambar² masa kawin dulu leh laa tgk kat N3 tahun lepas kat SINI, so tak yah laa tayang lagik.. gambarnya sama jerk.. hehehhe

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss