Friday, October 29, 2010

Mukjizat Di Sebalik BISMILLAH

bismillahirohmanirohim Pictures, Images and Photos


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 
'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 
'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Thursday, October 28, 2010

Konsert Malam Amal 1Malaysia di UM

Oleh Rozdan Mazalan

rozdan@bharian.com.my
2010/10/28


ASUHAN yang diberikan bermula dari peringkat awal mampu memberi manfaat di kemudian hari. Baik yang diasuh maka baiklah hasilnya, begitu juga sebaliknya. 


Melahirkan insan yang sensitif dengan sifat keprihatinan mampu menyumbang kepada produktiviti disamping meningkatkan pelbagai sektor ekonomi negara.
Selain banyak kempen yang dianjurkan kerajaan, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat membantu golongan yang kurang berkemampuan, usaha itu seharusnya dimulai sejak dari peringkat sekolah lagi.

Penganjuran Konsert Malam Amal 1Malaysia adalah inisiatif mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dijangka berlangsung pada 31 Oktober ini bertujuan melahirkan golongan muda yang prihatin. 


Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Prof Dr Rohana Yusof berkata, konsert amal yang dianjurkan UM adalah proses awal untuk melahirkan mahasiswa yang prihatin. 

“Program amal ini sesuatu yang bakal melahirkan impak yang besar buat UM sendiri. Objektif kami menganjurkan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar agar suatu hari nanti lebih ramai graduan UM berminat untuk menjadi sukarelawan. 

“Saya sangat menyokong aktiviti kemasyarakatan seperti ini yang membabitkan pelajar dan berharap sangat usaha murni ini juga mendapat perhatian daripada masyarakat di luar,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Konsert Amal itu baru-baru ini. 

Konsert amal yang akan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, UM bermula jam 8 malam akan menampilkan penyanyi popular mengadakan persembahan. Mereka seperti Yuna, Aizat, In-Team Sofaz FLY Band dan ramai lagi


Konsert yang mengenakan tiket dengan harga RM20 dan RM80 bertujuan mengisi tabung amal untuk diagihkan ke beberapa rumah kebajikan sekitar Lembah Klang. 

“Menerusi konsert ini juga kita mensasar mampu mengutip sebanyak RM6,000 untuk diagihkan kepada rumah kebajikan yang akan ditentukan nanti serta Tabung kebajikan pelajar UM,” katanya lagi. 


Konsert dengan kerjasama Persatuan Alumni Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, UM, Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) dan HML Premier Sdn Bhd turut mendapat kerjasama dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). 

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, buat kali pertama GPMS terbabit dengan aktiviti kesenian yang dianggap sejajar dengan konsep 1 Malaysia. 

“Ini adalah kali pertama GPMS menjalinkan kerjasama membabitkan aktiviti kesenian yang dirasakan baik untuk menggalak pelajar mengikuti aktiviti kebajikan seperti ini. 

“Sehaluan dengan objektif GPMS, konsert ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar agar tidak mengenepikan aktiviti kebajikan dan sentiasa menyokong usaha murni pelajar di negara ini. 

“Seperti mana kita menyokong saranan kerajaan menyahut 1 Malaysia, begitu juga dengan konsert ini yang menyerapkan elemen 1 Malaysia. Kami juga dimaklumkan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bakal menghadiri konsert itu” katanya. 

INFO: Malam Amal 


  • Tiket menyaksikan konsert daripada penyanyi popular ini dijual dengan harga RM20 dan RM80 (Korporat). Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi 019-3005116 (Mohd Hazrel) 




  • p/s : sapa² berminat dan nak beramal boleh laa dptkan tiket seperti di atas.. 

    Wednesday, October 27, 2010

    Panas Dan Berasap...

    Adess.. apa yang panas dan berasap..tuh..hehehe

    Sebenarnya.. semalam tengahari aku 'terjoin' farewell lunch
    untuk Fazlinda, ofismate aku dari Bahagian Sivil
    yang akan menamatkan perkhidmatan. Jadi dia orang ajak laa
    sesapa yang nak join sekali.. So aku kata ok jerk..

    Jadi tengahari tuh dalam kul 12 tengahari..kuar awal leer..aku
    tumpang keta Kak Asmah ngan  Kak Noraizan.  Rasanya ada laa
    dalam 30 orang kut yang join majlis makan² ni.  Seronok kan kalau
    makan ramai² gini.. meriah..walaupun majlis perpisahan..

    Majlis Perpisahan ini diadakan di Seoul Garden kat Pantai Junction.
    Ini kira kali pertama aku ke sini.  Weols makan BBQ/Steambot .
    Sedap jugak laa..iye laa bukan selalu pun dapat makan steambot gini.

    Lepas makan.. ada plak potong² kek perpisahan dan bergambar 
    beramai² wat kenangan.. Sampai kat ofis masa tuh dah dekat kul 2.30 
    petang.. Nasib baik bos ok..hehehe..

    Deco² di Seoul Garden 

    Makanan utk dibakar.. ayam & daging..

    Nie plak..  makanan steambotnyaa..

    Ada sayur²an telur, mee & meehoon

    Haa tuh dia... tengah mengelegak dan berasap²

    Semangat tuh nak makan... kira weols ni sampai awal ler..

    Posing² control cun dan ayu tuh..hehehe..

    Makan² sempat posing.. 

    Kek Perpisahan yang disponser oleh Wani

    Ini laa Fazlinda..
    Moga Faz akan maju jaya..
    Dia akan balik kampung keje kat Muar..


    Bergambar beramai²

    Tuesday, October 26, 2010

    Coke And Sundae

    Gambar Kredit Google

    Cuti hujung minggu aku habiskan dengan membaca novel ini.  Cerita yang mengisahkan tentang Azyan dan Syakir yang selalu jer bergaduh setiap kali kalau berjumpa.. Sebenarnya.. dalam hati dia orang ini ada cinta.. tapi sebab masing² ini ego tinggi tak nak mengaku perasaan masing² kena laa teman² rapat  dia orang ni yang tolong merapatkan dia orang.... Azyan suka sangat minum Coke dan Syakir suka sangat ngan Sundae.. tu pasal tajuknya gitu.. Kalau nak tahu kisah selanjutnya..boleh laa dapatkan novel nie di kedai buku yang berhampiran yer.. 

    Sinopsis :


    Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
    Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
    Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
    Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
    Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
    Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?

    Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!


    Monday, October 25, 2010

    Cerita Hujung Minggu

    Hari Sabtu.. pagi aku masak Nasi Goreng Cili Padi.. Lepas sarapan .. 
    kerja-kerja mendobi laa plak.. Hubby bawa anak aku sekali pergi 
    potong rambut lepas tuh dia orang gi Giant.. beli game untuk
    anak aku.. Sebelah petang ingatkan nak 
    berjalan ke Keramat tapi tak jadi laaa plak.. tengok hubby 
    cam malas je nak pergi..mungkin penat agaknya..dan dia asik 
    ngadap internet jerk.. aku plak
    layan novel... dah ngantuk apa lagi.. dah laa
    ujan lebat petang  tuh.. hmm..tarik batal Zzzzz ler..

    Nasi Goreng Cili Padi yang simple tapi pedas gak.. laaa


    Hari Ahad plak.. pagi tuh layan nasi lemak..kenyang sampai tengahari
    boring² plak sambung balik baca novel..sampai habis..
    Lepas solat Asar ajak hubby aku beli barang dapor sebab
    banyak barang dah abis.. So aku ke Care4 Bandar Tun Hussien Onn.
    Ingatkan nak beli barang dulu..tapi anak aku nak makan dulu.. 
    jadi singgah ler makan kat KFC...
    Selesai makan.. baru laa pergi beli barang²...

    Sebelah malamnyaa layan plak Festival Filem Malaysia.. 
    Tahniah pada Lisa Surihani dan Bront Palare menang
    Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik..

    Anak aku order 1 box yang ada ketul ayam kecik2 dan kentang goreng

    Amboi sukanyaa cik abang aku kalau dpt makan kepci..

    Antara barang² yang aku beli...

    Friday, October 22, 2010

    Ronda² Tengahari

    Tengahari tadi.. Kak Bitah dan Kak Rohaya..ngajak
     laa aku jalan² cuci² mata ke KK12 nie.. Iye laa KK12 nie
     berdepan jer ngan ofis aku nie jalan kaki jerk..laaa.. 
    Ada beberapa gerai di buka.. macam² ada.. tapi 
    tak banyak laa sangat.  Yang banyak gerai
     jual makanan..jer..


    Dua orang tuh gambar Kak Rohaya & Kak Bitah..
     hehehe..aku cuma ambik gambo jerk



    Aku sempat laa beli.. makanan cucuk² nie.. ngisi 
    powut tengahari2 nie..



    Ramai student laa..



    Dahaga laa plak..layan laa Air Jambu ngan Jambu nyer..


    Dah makan kenyangg.. Tarik kerusi..satu lagi.. 
    lunjur kaki...ZZZZZZzzzzzzz sampai kul 2 petang..pas tuh 
    kena plak clock-in tengahari plak..cuma hari Jumaat jerk..
    kira masuk keje balik lerr....

    Kotornyaa.. Air..

    Semalam pagi masa aku nak pergi keje.. bukak² paip..air kecik sangat. Aku dah agak..mesti SYABAS wat catuan air.. maklum laa kebelakangan nie kan hujan tak turun.. so dia tutup laa bekalan air.  Jadi pagi tuh mandi air dari tangki je laa nasib baik ada air tangki kalau dak.. mandi cam P.Ramlee ler jawabnyaa.. main sapu² air kat mata jerk..hehehe..

    Yang tak bestnya bila dah ada bekalan air.. bila bukak jer ..air paip tuh.. haaa tu diaaaaa... ambik kau..berKELADAK.. ieeeii hitam legam betul airnya..  Semalam terlupa nak tutup air tangki..haaa .. bila bukak air kat tangki.. sama gak.. kena laaa aku membazirkan air..tuh ....buang air dalam tangki.. ishh.. sabo je laa.. abis..tak kan nak guna air tangki yang berkeladak tuh... dah laa aku basuh kain air paip mesin basuh ambik kat paip direct tangki tak ke nanti kain putih jadi kain hitam...sabo je laaa... Malam tadi operasi laa kejap mencuci² hehehe.. iye laa air dah kotor sampai abis laa semuanya..jadi kotor..jadi kuning.. 

    Ini laa rupanya.. air yang kuar dari paip berKELADAK kan..
    hitam sungguh.. ieee...

    Korang bila tak de air..gini gak ker.. kalau air tuh dah dtg.. balik..??? Ke kawasan umah aku je gini??

    Sesalan Si Anak

    Sambungan dari rententan kisah semalam...


    JOHOR BAHRU: “Bukan semua kami adik-beradik ambil wang pencen ayah untuk kegunaan sendiri, tapi hanya seorang abang kami yang salah gunakan wang itu.

    “Dia kami amanahkan untuk mengambil wang pencen ayah dan gunakannya untuk bayaran di rumah penjagaan emak kami, tapi dia salah gunakan wang itu.”

    Demikian penjelasan anak bongsu wanita berusia 84 tahun dikenali sebagai Aminah yang lumpuh separuh badan dan tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di sini.

    Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah Aminah yang mendakwa dibuang sembilan anaknya ke pusat jagaan itu, malah pencen arwah suaminya sebanyak RM700 sebulan turut dikaut anak-anaknya bergilir-gilir setiap bulan.


    Berikutan laporan itu, seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga anak bongsu Aminah berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan menafikan apa yang dikatakan ibunya.


    “Apa yang emak saya cakap tidak boleh diambil kira 100 peratus kerana usianya lebih 80 tahun. Dia sering lupa dan nyanyuk. Cuba tanya dia dua tiga kali (mengenai sesuatu perkara), pasti dia tidak ingat,” katanya.

    Katanya, semalam dia mengeluarkan ibunya daripada pusat jagaan berkenaan kerana tersinggung dengan kenyataan pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan berhubung ibunya itu.

    “Sebaik membaca Harian Metro pagi tadi (semalam), saya pergi ke sana (pusat jagaan) dan keluarkan emak. Sekarang emak tinggal bersama abang saya dekat Masai,” katanya.

    Ditanya bagaimana adik-beradiknya menjaga Aminah, anak bongsu terbabit berkata, mereka belum memutuskan sama ada menghantar ibu ke pusat penjagaan orang tua lain atau menjaganya sendiri.

    Menurutnya, sebelum ini emaknya ditempatkan di sebuah pusat jagaan harian, tetapi kosnya terlalu tinggi iaitu RM1,200 sebulan menyebabkan adik-beradiknya menghantar wanita itu ke pusat jagaan berkenaan.

    “Bukan kami tidak mahu jaga emak, tetapi emak perlu jagaan sepenuhnya kerana dia lumpuh dan masing-masing (adik-beradik) tak dapat berbuat demikian,” katanya.

    Lelaki itu turut menafikan dia bersama adik-beradiknya menghabiskan wang pencen arwah ayah mereka, sebaliknya memberitahu sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar kos penjagaan ibunya di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. 

    “Daripada RM700 itu, RM500 digunakan untuk membayar kos penjagaan di pusat berkenaan manakala RM200 lagi digunakan untuk diberikan pada ibunya selain membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

    “Sepanjang ditempatkan di sana, adik-beradik saya bayar (guna) duit pencen (kos penjagaan), tetapi seorang abang buat hal, habis kami semua dipandang serong masyarakat,” katanya yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Lelaki itu turut menafikan dia dan adik-beradiknya mengabaikan Aminah, sebaliknya memberitahu dia membawa wanita itu ke rumah seorang abangnya untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

    “Selain membawa emak pulang berhari raya di rumah abang, saya memberinya duit raya dan membelikan baju baru,” katanya.

    Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata anak warga emas berkenaan berkunjung ke pusatnya dan melahirkan rasa kesal.

    “Dia berjanji akan menjaga ibunya sebaik mungkin. Pada mulanya kami terkilan apabila lelaki itu tiba-tiba muncul dan menyatakan mahu bertemu ibunya seketika. Bagaimanapun, dia berubah fikiran sebelum meluahkan hasrat membawa pulang ibunya,” katanya.

    Menurut Norijah, biarpun Aminah keberatan meninggalkan pusat jagaan itu, dia akur dan menuruti kehendak anaknya.

    Katanya, hasil persetujuan kedua-dua pihak, pengurusan pusat jagaan itu membenarkan Aminah dibawa pulang dengan harapan kehidupannya lebih ceria di samping anak dan cucu.

    “Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menghubungi pusat jagaan dan menyatakan simpati terhadap nasib Aminah,” katanya.

    Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Ahmad Nizam Norali pula berkata, pihaknya berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan penerima pencen berkenaan untuk siasatan.

    Pihak berkenaan juga akan menghubungi pusat jagaan itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan Aminah.

    “Wanita berkenaan lebih berhak mendapatkan wang pencen arwah suaminya dan kami akan menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


    Thursday, October 21, 2010

    Sembilan Jahanam


    JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.


    Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.


    Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.


    Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
    “Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.


    Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu. 


    Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.


    Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.


    Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.


    “Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.


    “Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya. 


    Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.


    Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.


    “Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.


    “Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.


    Kredit : Metro Online..

    p/s : Sorang Ibu boleh jaga sembilan anak tapi.. 9 anak tidak boleh jaga sorang Ibu..????

    Surat Putus Cinta..

    Korang layan laa..Surat Putus Cinta..nie.. adesss.. sabo je laa.. Kelakar laa plak..


    p/s Surat ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiadaa...hehehehe

    Wednesday, October 20, 2010

    Semalam kann...

    Semalam aku rasa badan aku tak sihat.. kepala rasa berpusing². 
     Malam tadinya perut plak berangin semacam. sampai muntah².  
    Aku kalau silap makan atau makanan tuh cam
     tak elok sure akan kena cam gini.   Tak tau apa yang aku 
    makan sampai boleh berangin naik sampai kepala... 
    Pagi semalam bangun ingatkan badan rasa sihat
     sikit tapi kepala masih berpusing².  Jadi aku cakap kat hubby 
    tak jadi laa pergi keja.  Dia hantar aku gi klinik.. Doktor bagi ubat 
    tahan muntah dan ubat pening  dapat laa aku MC sehari
    so berehat laa aku seharian kat umah.

    Hari ni alhamdullillah aku beransur sihat.. 
    dan dah masuk keje.. sambil² wat keje aku update 
    laa blog aku nie..

    MC dan Ubat..

    Monday, October 18, 2010

    Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

    Sabtu, 16 Oktober 2010
    Pepagi Sabtu, lepas solat Subuh tuh.. telefon berdering.. rupanya mak aku suruh aku bukak TV tengok Tanyalah Ustaz di TV9.  Memang weols nie tetiap hari Sabtu & Ahad kiranya wajib laa tengok canel nie..  Kali ini tajuknya berkisar tentang Haji.  So, layan laa..sampai pukul 8 pagi.

    Pas tuh ke dapur laa plak.. Tak de idea nak wat sarapan apa.. Teringat ada meehoon tuh... so aku plan masak meehoon jerk.  Tak de rencah apa sangat pun.. cuma aku guna ikan bilis jerk.. tapi tah memang aku suka sangat.. wat gitu.. sayurnya cuma letak kobis jerk.. Dah siap masak..makan ler apa lagik..hehehe..



    Lepas solat Zohor.. bersiap plak.. aku dpat jemputan ke majlis perkahwinan ofismate aku.  Hubby aku sempat plak pergi ngan Cikgu Saimi jiran sebelah ke rumah Pak Imam sebab dia pun ada jemput kenduri kawin anaknya.. kira aku wakilkan hubby je laa pergi.

    Dalam pukul 2 bertolak ke rumah kawan aku.  Rumah dia yang terletak kat Taman Impian Putra kiranya berdekatan dengan Taman Bukit Mahkota.  Weols sampai dekat pukul 3 petang.  Pengantin dah abis bersanding.. tapi tak kisah laa janji sampai.  Sempat laa jumpa ofismate yang lain dan juga sempat bergambar dengan Pengantin.

    Banner Pengantin.. 
    Kiranya wajib ada skrg nie pada setiap majlis perkahwinan


    Pengantin yang Sama Cantik & Sama Padan


    Selamat Pengantin Baru Hadi & Hidayah..
    Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat.. Amin


    Bergambar dengan Pengantin lelaki ofismate aku.. 
    seorang Juruteknik Mekanikal


    Sebelum beransur pulang bergambar ngan Pengantin 
    dan Kak Zuraidah...ofismate aku gak
    Tak sangka plak.. baju weols sama plak tema 
    ngan pengantin

    Friday, October 15, 2010

    DOA Yang Sering Kita Alpa Maknanya..

    Ku kongsikan untuk renungan kita barsama...

    BESARNYA makna DOA YANG KITA PERLU HAYATI SEBAIKNYA- semasa duduk antara dua sujud.
    Hakikatnya, setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, jika kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.Marilah kita bersama terus berusaha bersungguh-sungguh menghayati bacaan ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.  Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

    Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
    Diamlah sejenak,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

    Warhamni (sayangi aku)
    Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

    Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
    Janganlah buka aib yang Allah dah tutupkan. Minta petunjuk dan hidayah Allah.

    Warfa’nii (angkatlah darjatku)
    Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang saleh dan solehah.

    Warzuqnii (berilah aku rezeki)
    Ingatlah, Allah lah yang memberi REZEKI. Rezeki seseorang itu telah di tetapkan.

    Wahdinii (berilah aku petunjuk)
    Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya di tunjuki jalan yang di redhai Allah.

    Wa’Aafinii (sihatkan aku)
    Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah.

    Wa’fuannii (maafkan aku)
    Mohon keampunan dari Allah setiap masa.

    Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita kepada Allah. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Sebuah doa yang kita hanya lupakan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita kadang kala seolah-olah sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati kita tidak hadir dan sungguh-sungguh.

    Ya Allah…ampunilah hambaMu yang serba lemah ini…..bimbinglah kami ke jalan yang lurus,insya-Allah…

    Thursday, October 14, 2010

    Gelak Tergolek


    Aku baru saja selesai menghabiskan buku GELAK TERGOLEK
    yang aku pinjam dari Cik Mell.. TQ Cik Mell kerana pinjamkan
    kat akak..novel nie..hehehe

    Sebuah novel komedi yang ringan.. yang bila
    di baca ada laaa lawak²nya dan tersenyum 
    sorang² bila baca.  Kalau tak salah
    dalam bab 12 bila aku baca.... aku
    boleh gelak sorang² sampai hubby aku
    tanya.. pesal laa bini aku tawa sorang² nie..
    eheheh

    Jadi pada korang yang suka citer komedi ringan
    leh dapatkan di kedai² buku 
    berhampiran yer...

    Sinopsis citer..nyaa.. 

    Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami 
    pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini.
     Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa 
    dihadapinya dalam usaha mengahwini
     kekasihnya, Maimun.

    Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik
     Maimun hinggalah  rombongan pengantin yang membawa Maimun 
    telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat 
    di kawasan kejiranan rumah Rahman.

    Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa 
    mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan 
    Rahman alim-alim kucing sahaja. 
    Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim 
    setelah Rahman menjadi menantunya.

    Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang
     terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin 
    ke kenduri potong  jambul anak kembar Rahman.

     Rahman : "Aku Terima Nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan Mas Kahwinnya Tiga Puluh Rakaat Tunai"

    Tuk Kadi: "Tiga Puluh Ringgit! Bukan Tiga Puluh Rakaat, Orang Sembahyang Terawih pun tak Sampai Tiga Puluh Rakaat"

    Wednesday, October 13, 2010

    Cutenya.. Diaa..

    Selasa, 12 Oktober 2010

    Aku nak ucapkan Tahniah pada adik aku Azah kerana 
    baru sahaja melahirkan baby yang comel ini.  

    Baby ini dinamakan Nur Damia Danisha dilahirkan
    pada pukul 4.30 pagi di Hospital Kuala Pilah
    pada 12 Oktober 2010



    Aku pun tak sempat lagi nak pergi tengok.. ini pun aku dapat
    gambar ini dari FB adik aku Jue..

    Bertambah lagi laa cucu.. perempuan dalam keluarga Abah yer...

    Kalau nak tengok ibu dan ayah Damia boleh klik SINI


    RAK BUKU KEGEMARAN

    Rinna's favorites book montage

    Lamaran Untuk Teman Hati
    Cuma Dia Kekasihku
    Sayang Awak Cinta Awak
    Kalau Sudah Berkenan
    Bisikkan Namaku
    Yang Dia Pilih
    Manisnya cinta
    Cik Cinderella Dan Encik Tengku
    Hanya Dia...Cinta
    Hopeless Romantik
    Pergi Tanpa Alasan
    Dia… Random Guy
    I'm Mrs. Kertu
    Suamiku Mr. Blind
    Adam & Hawa
    Biografi Agung Rasulullah
    Love You Mr. Arrogant
    Cik Bunga Dan Encik Sombong
    Projek Memikat Suami
    Pabila Cinta Memanggilku


    Rinna Manja's favorite books »

    BLOG ARKIB

    LABELS

    TARIKH YANG PENTING

    • 8 April - Blog Anniversary
    • 25 Mei - Hari Jadi Ku
    • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
    • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
    • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
    • 10 April - Hari Jadi Ibuku
    • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

    HUBBY & ME

    AKU DAN OFISMATE
    Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

    AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

    Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss