Monday, November 29, 2010

Hari Bersejarah Dalam Hidup Anakku - Prt 3

Dah selesai mandi manda..masuk kat kelas tukar baju.. 
pakai t'shirt dan kain pelikat. Kain pelikat budak nie dapat 
dalam goddie bag.... nasib baik dpt free..kalau
tak kena pakai kain pelikat ayah lee plak..

Tak lama lepas tuh mula laa nama kena panggil...
ingatkan dapat no. 2 leh laa ilex sikit rupanya..kena masuk
dua²..sebab ada dua katil..sebelah menyebelah.. 
Rasanya elok gak dapat cepat.. leh cepat balik.. kang
kalau tunggu lama² lagi laa takut dia....

Telah selesai tukar baju ngan kain.. hati berdebar²


Muka yang cuakk..

Sempat posing ngan ayahnyaaa...

Muka yang control.. sakit.. Masa ini doktor tengah inject
ubat bius.. sedang tenangkan dia..

Dua orang pakar perubatan..

Masa nie.. dia kata tak de rasa sakit pun..rasa pun sikit jerkk..

Muka yang kepenatan selepas menangis.. 
maklumlaa ubat bius.. lepas 2 jam dah abis
mesti laa sakit..

Pada sapa² yang akan wat smartklamp akan datang.. lepas abis tuh 
bagi laa anak² korang ubat tahan sakit cepat² iye laa.. masa kena
 potong tak laa sakit sebab ada ubat bius yang 
sakitnya bila ubat bius tuh dah abis.. maklum laa kulit 
kena potong kan sakit....


Makanan :  2/3 hari nie aku bagi dia makan sup ikan haruan &
nasi putih..kdg2 tuh wat goreng ikan bilis.. tak de bagi
makanan yang gatal² pun... 


Selamat laa sudah..anak aku yang bakal akan menginjak
dewasa ini.. aduhai cepatnya laa masa berlalu..adess....



Friday, November 26, 2010

Hari Bersejarah Dalam Hidup Anakku - Prt 2

Selepas dah cabut undi.. ada acara bergambar beramai² plak. 
Semua anak² beratur.  Macam² posing cikgu suruh dia orang
nie buat..tapi tengok muka budak² tak de yang gembira
sangat pun.. 

Bergambar beramai² bersama geng² sunat

Itu dia anak kesayangan aku..


Lepas acara bergambar beramai² semua anak² dikehendaki beratur.  
Ada plak acara berarak.  Ada bapa ambik kesempatan nak dukung anak
Hubby tak dpt nak wat gitu sebab dia ambil video..
Berarak diiringi dengan paluan kompang..


Tukang kompang ada laa dalam 4 orang


Perarakan bermula..

Tu dia.. bomba dan siap sedia..

Dah abis berarak dia orang ni berkumpul dan acara mandi manda plak.
Ahli bomba akan memancut kan air kat anak² ini.  Zaman dulu² mandi
sungai, tapi zaman sekarang mana ada sungai kat KL nie yang ada pun
kotor cam na nak berendam.  So simboliknya panggil bomba aje laa..

Seronok anak² ini semua kena siram

Ibubapa sibuk ambil gambar anak² masing².  
Macam aksi anak² ini buat..

Mengigil² masing² kesejukan... siap baring² lagik

P/s : Nanti sambung lagi part akhir..

Thursday, November 25, 2010

Hari Bersejarah Dalam Hidup Anakku - Prt 1

Rabu, 24 November 2010
Hari ni pepagi lagik dah bangun sebab weols nak 
ke sekolah anakku.  Hari ni kan anak aku Haiqal Firdaus 
akan menghadapi saat² yang tidak akan dapat dilupakan 
dalam hidup dia.. Iye laa..hari ini
dia akan dikhatankan.

Sampai di sekolah dalam pukul 7.45 pagi. Daftarkan diri
dengan cikgu yang handle program ini. Pas tuh weols pun
sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Ada nasi lemak, kuih karipap dan air teh'o. Weols menjamu
selera sambil menunggu acara bermula. Sorang² anak² yang
datang dengan keluarga masing². Kalau tak salah ada 25 
perserta yang menyertai acara tahunan yang 
dianjurkan oleh sekolah anakku Acara tahunan ini 
adalah acara  tahun ke 3.   Tahun ini kiranya
 paling ramai laaa..

Dah makan² acara dimulakan dengan taklimat oleh 
cikgu dan pihak rumah khitan. Dah selesai tu plak ada cabutan 
no giliran. Anak aku dapat no. 2. Berdebar² dia nak 
menyebut no giliran dia.  Pucat je mukanya.. heheheh. Kita 
ibubapanya pun rasa gabra gak laa 
makluma laa 1st taim kan.

Anakku sedang menikmati sarapan pagi tapi tak abis..
tak selera katanya..takut..!!

Brosur dari pihak sekolah

Antara anak² dan keluarga masing²

Acara majlis di rasmikan oleh Pengerusi PIBG sekolah

Taklimat dari yang berkenaan dari Rumah Khitan

 Anak ku sedang mencabut undi giliran

Muka yang cuak..

Dah dapat no. giliran dapat pulak 'goddie bag'.  
Dalam nya ada pensil box, kain pelikat budak, 
air kotak, penanda buku..etc. 

Tu dia no giliran..dapat no. 2..tapi kira ok laa..
 kalau lambat lagi takut..

P/s : Nanti sambung lagik yer.. tunggu!!

Makan² Lagi

Hari Selasa, 23 November 2010, weols gi ambik
 anak aku dan mak aku kat Setapak.
Jadi on the way balik tuh weols singgah laa makan
 kat  Kg. Baru.  Mula tuh nak makan
kat Shukumuvit, errk betul ke ejaan tuh hentam je laa..
 tengok² tutup plak.  So round², weols
singgah laa kat Restoren Juita.  Makan² biasa jer..cuma 
nak bagi anak aku tuh makan kenyang² sikit 
sebab lepas nie nak kena pantang...

Menunggu makanan dengan penuh sabarrrr...

Air yang weols oder, Tembikai utk Haiqal, 
Carrot Susu utk hubby dan
Belimbing utk aku

Hmm..tak sempat dah nak makan.. anak aku tuh.. Nasi Ayam, 
Nasi Goreng Kampung dan Beehoon KungFu untuk aku

TomYam Campur memang feveret kalau makan² gini


Berselera anak aku makan..


Tuesday, November 23, 2010

14 Lagu Bakal Berentap di Juara Lagu 25

Kredit Murai.com


SHAH ALAM, 23 NOV 2010: Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) kini hampir menuju ke kemuncaknya apabila 14 buah lagu yang terpilih dalam 3 pusingan peringkat separuh akhir Muzik-muzik 25 telah pun diumumkan layak untuk bersaing ke peringkat akhir.

Kesemua 14 lagu itu adalah Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Ku Ada Kamu (Adira) Berlari (Tomok) , Sofea Jane (Black), E xtravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan).

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh pengacaranya, Faizal Ismail, Sheryl Samad dan Ally Iskandar selepas berakhirnya saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang berlangsung di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, malam semalam.

Apa yang menarik daripada kesemua 14 lagu yang terpilih itu, 4 daripadanya adalah dari kalangan penyanyi berkumpulan iaitu Extravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan).

Manakala 10 daripadanya adalah lagu daripada penyanyi solo, Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Ku Ada Kamu (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black). pula adalah penyanyi solo.
Apa yang pasti, saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut sejak 8 November lalu sebelum ini telah menyaksikan persaingan sengit antara 30 buah lagu yang bertanding di peringkat tersebut.

Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan & Industri, Primeworks Studio, Azhar Borhan berkata dia yakin 14 buah lagu yang terpilih pada malam itu adalah merupakan lagu yang terbaik dan layak untuk dibawa ke peringkat AJL 25.


"Lagu-lagu yang dipertandingan adalah pilihan daripada pendengar, namun yang dipilih oleh pihak juri adalah lagu yang mempunyai kekuatan tersendiri dan layak untuk ke peringkat akhir.


"Apa yang kita lihat kini trend pendengar banyak beralih kepada muzik muzik indie. Perkembangan muzik sekarang juga telah mendorong anak muda mencipta lagu-lagu mereka sendiri. Jadi kita juga memberi peluang untuk mereka bertapak dalam industri memandangkan muzik mereka amat digemari ramai," ujarnya pada sidang media selepas selesai Separuh Akhir Muzik Muzik 25, malam semalam.


Kesemua 14 finalis ini dijangka bakal berentap di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 25 pada 
9 Januari 2010.

Berikut adalah senarai 14 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat akhir, AJL 25:-
  1. Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  4. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
  5. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  6. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
  7. Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  8. Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  9. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  10. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
  11. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  12. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
  13. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
  14. Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok


P/s : Yeaahhaaaa!!!. penyanyi feveret dpt masuk final.. hopefully leh wat yang terbaik..hehehe..
        

Monday, November 22, 2010

Kisah Hujung Mingguku

Pagi ni aku bz sikit..baru sekarang berkesempatan nak update blog.
Pagi tadi dah bz ngan meeting bulanan bahagian. So aku nak
citer pasal aktiviti aku hari minggu yang lepas.

Sabtu, 20 November 2010.
 Pagi tuh wat sarapan Nasi Goreng sebab ada
lebihan nasi semalam. Wat yang simple jerk janji sodapkan..hhehehe.
Hubby plak pagi tuh keluar ke Bukit Damansara. 
 Tengahari dalam pukul 1 lebih baru dia balik. Sambil borak² ngan
 hubby tentang aktiviti dia kat Bukit Damansara, datang plak jiran 
depan umah antar daging korban.  Katanya dia wat korban kat ofis 
dan dia sedekahkan daging kat weols.  Kira rezeki laa kan. 
 Masa surau kat umah wat korban, weols tak pergi 
pun ambik.. tak pe laa bagi je laa kat orang lain.

Lepas solat Asar, weols ke Jusco, Balakong, nak beli barang²
 keperluan.  Sebelum tuh anak aku dah ngajak pi makan kat KFC. 
 So singgah makan laa dulu isi pewut. Pas tuh baru gi beli barang². 
Dah beli barang² weols balik laa dah tak singgah mana² lagi.

Ini laa budaknyaa..nak ngajak makan KFC.. 
tak penah jemu².  Dianya oder ayam seketul ngan nasi

Yang ini aku punya..nyummyyy

Anak aku sibuk nak ambik gambar ibu dan ayahnyaa..

Ahad, 21 November 2010
Semalam masa beli barang² dapur kat Jusco, aku dah plan nak 
masak spegetti.  Jadi pagi tuh aku masak ler.. saja je nak cuba.. 
hasilnya amat laa sedap.  Nyummy sungguh.

Spegetti..hmm..nyummy..

Tapi dah namanya pewut melayukan.. mesti nak pekena nasi. 
 Jadi daging korban yang weols dapat tuh wat laa rendang daging.  
Jadi untuk makan tengahari plak, weols makan
rendang daging, ikan rebus dan sayur kobis jerk.. jadi laa.. 
tapi sedap.. kenyang pewut.. hehehe...

Rendang daging baru je lepas masak.. dalam kuali lagik..

Ini plak pisang besar sungguh.. jiran bagi.. sedap wat pengat pisang


Sunday, November 21, 2010

Elyana & Khairul Selamat Diijabkabulkan...

Kredit Murai.com

Sorang lagi artis muda yang mengakhiri zaman bujangnya..


KUALA LUMPUR 20 NOV: Setelah lebih setahun bertunang akhirnya penyanyi dan pelakon, Elyana,23 selamat melangsungkan pernikahan bersama tunangnya, Khairul Anuar Hussin, 35 hari ini.

Dengan sekali lafaz, Elyana dan Khairul selamat diijabkabulkan oleh ayah pengantin perempuan, Emrizal Shamsuddin di hadapan Imam Masjid al-Aqram, Kampung Datuk Keramat, Azizan Othman ,dengan mas kawin RM 80 di banglo Duchess Place, Jalan Ampang pukul 9.40 malam tadi.

Pada majlis yang indah itu pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini menerima wang hantaran sebanyak RM 22,000 sebagai tanda simbolik dirinya dilamar pada usia tersebut, serta bertukar barang hantaran yang mana kedua-dua mempelai sepakat memberi tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, sirih junjung, jam tangan dan set haruman.

Menyulam cinta selama lima tahun kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 11 Julai tahun lalu.  Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal terharu dan bersyukur impiannya untuk bergelar isteri di usia yang muda terlaksana.

"Saya sangat gembira dan tak berdebar pada mula saat menantikan detik ini. Apabila duduk menunggu saat dinikahkan barulah saya sedar kini tanggungjawab yang dipikul akan lebih berat. Tapi saya yakin dengan keputusan ini dan saya sendiri dah bersedia untuk bergelar isteri" katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahannya tadi.

Manis mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat, anak kelahiran Klang, Selangor ini mengharapkan kebahagiaan mengiringi istana cinta mereka.  "Dia mampu mengawal perangai saya dan mengambil berat tentang diri dan keluarga. Jadi saya yakin pilihan saya tepat dan Khairul mampu memberi kebahagiaan kepada saya,"jelasnya selebriti berusia 23 tahun ini.
Bakal berbulan madu sekitar tahun hadapan pasangan tersebut memilih lokasi tempat membeli belah atau bersejarah untuk dilawati.

"Kami suka pulau tapi kalau duduk lama-lama kat pulau nanti bosan pula. Jadi biarlah tempat kami pergi itu boleh membeli belah atau melawat tempat-tempat bersejarah. Dalam fikiran saya kalau tempat bersejarah macam Egypt sebab dah lama saya mengimpikan untuk ke sana," katanya

Diusik mengenai anak pula, baik Elyana mahu pun Khairul tidak merancang sebaliknya menyerahkan kepada takdir sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat.  "Kami tak merancang kerana orang tua-tua cakap tak elokkan. Jadi sekiranya ada rezeki, kami terima dengan tangan terbuka. Lagipun umur suami saya pun dah 35 tahun, rasanya elok juga kami dapat anak awal supaya kami dapat bersama-sama membesarkan anak-anak," ucapnya sambilo tersenyum manis.

Sementara itu, bagi Khairul, kejutan dinikahkan sendiri oleh bapa mertuanya merupakan satu momen yang tidak akan dilupakan dalam sejarah hidupnya.  "Ikut perancangan sepatutnya imam masjid yang akan nikahkan kami. Alih-alih dapat tahu ayah Elyana yang nak nikahkan jadi bagi saya ini satu kejutan yang sangat manis. Sebab sebelum ini kakak dia pun yang nikahkan imam dan dia sendiri patutnya imam tapi apabila ayah tiba-tiba mahu menikahkan kami pastinya ia satu kenangan indah buat saya dan Elyana," katanya yang berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.

Pasangan tersebut akan bersanding pada esok hari (20 November) di lokasi yang sama sementara itu bagi pihak lelaki akan diadakan pada minggu hadapan di Pahang.


p/s:  Tahniah Elyana & Khirul.. Selamat Pengantin Baru... Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat. Amin.  Suka lakonan Elyana dalam citer Renjis.  

Friday, November 19, 2010

Aduhaii.. Nak Letak Tajuk Apa Nie....

Haa..kan tak reti laa nak letak tajuk apa.. hentam aje laa.. kan.. kalau blur² aku letak tajuk gitu je laa... yer..hehehe

Semalam dan hari ni hubby aku cuti lagi.. jelesnya laa aku. Pagi still anta aku ke pejabat tapi pas tuh dia gi jumpa kawan² dia laa.. Kalau cuti pun cam tak cuti jerk. Lepas clock-in, weols gi bersarapan kat Rumah Universiti pas tu dia antar aku ke ofis semula..

Pada hari Ahad, 14 November 2010, pagi tuh dalam pukul 10 lebih weols keluar. Cadangnya nak survey² klinik untuk sunatkan anak aku.  Mula tuh dah nak fix dah kat satu klinik nie tapi bila tanya guna cara apa..dia orang kata cara biasa jer.. jadi aku tak jadi laa sebab kalau boleh aku nak sunatkan dia guna 'smartclamp'.  Jadi weols pun pusing² laaa lagi.  Terjumpa laa banner yang sekolah dia ada wat bersunat beramai² kat sekolah.  Jadi weols call laa cikgu yang handle program nie dan semalam hubby dah gi ke sekolah dan dah register.  Weols bayar RM130 jer.  Insyallah.. 24 November 2010 nie, weols akan bawa anak aku bersunat laa..  

Ini laa budaknyaa yang akan disunatkan itu.. 
Dia dah gabra dah bila weols bawak dia 
gi klinik nak booking date tuh.. 
dia ingat dah nak kena potong.. 

Dua beranak nie bersarapan roti sardin dan roti kosong..


Ini aku punya laa.. Meehoon Soto

Hmm..sambil menikmati keenakan meehoon soto

Bang.. jgn lupa tinggalkan sikit roti sardin tuh bangg.. hehehe


Thursday, November 18, 2010

Kisah Raya Aidil Adha

Rabu, 17 November 2010
Hari ini semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Akunya aktiviti hari nie.. pagi lepas solat Hari Raya ke rumah 
makcik aku beraya ke sana.  Hidangan weols pagi tuh 
makan nasi impit ngan kuah kacang dan rendang ayam.. 
tak sempat lagik nak makan masak lodehnya..sebab
 lum sempat dimasak lagik.  Pas makan² 
aku balik laa umah kejap.. rehat².

Ayam Rendang ngan Nasi Impit dan 
kuah kacang sambil minum air Nescafe panas. Makan
kat dapur jerk.. tuh yang nampak selerak sikit.. 


Tuh tempe ngan tauhu tuk masak lodeh.. tak sempat nak rasa.. 
Hubby plak posing²

Anak bujang kesayanganku..

Dalam pukul 12.30 tengahari, bersiap² ke Keramat plak, biasalah 
umah yang wajib terjah setiap tahun.  Rumah kakak ipar aku.
Hidangan kat sini.. biasa jugak ada 
Ketupat, Rendang Daging, Kuah Kacang dan Masak Lodeh
yang dimasak oleh Angah.  Pas tuh
Angah hidangkan plak Coklat Cheese.. sedappppp!! 
(lupa plak nak snap pic)

CD dan 2 anak² yang tengah lasak.. Ahmad & Umar..
Hubby sedang menikmati Nasi Goreng.. ngan Rendang Daging

Lepas rasa Nasi Goreng,
 makan plak laa Ketupat dengan masak lodeh..

Lepas solat Asar, weols pergi ke rumah Kak Yong plak kat Gombak..
Hmm..macam² makanan ada.. sebab kakak ipar² dan sedara mara 
ramai yang datang bawa juadah.. 

Hmm..macam² ada.. Aku sempat makan 
Laksa Penang, Ketupat Palas ngan kari ayam
dan meehoon sup..kenyang betul pewut aku..

Hmm tuan umah sempat wat peace lagik..

Weols balik dari rumah Kak Yong dalam pukul 8.30 malam.. 
dan sampai di rumah dalam pukul 9.30 malam

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss