Friday, January 28, 2011

Limau Datang Lagi..

Setiap tahun bila nak Raya Cina jerk.. berkotak² limau 
datang ke ofis aku nie.. tapi tahun nie rasanya kurang laa..
 tak ramai kontraktor yang hantar..
Kalau tahun lepas.. sebulan sebelum raya dia 
orang dah antar dah..siap bagi
air tin lagik.. tapi tahun nie tarak!!! elek pohci.. adess...

Mungkin ekonomi tak berapa bagus.. kut.. 
Tak kisah laa.. dapat gak laa..
jugak merasa.. 


Limau yang balut plastik gini selalunyaa..manis..


Ini kotak² limau yang belum lagik di agihkan..


Banyak kotak yang datang.. banyak jugak laa yang busuk..


Dah selesai.. agih-agihkan..

Jom kita makan limau.. tapi jangan makan banyak² nanti sakit pewut..yerrr...


Thursday, January 27, 2011

Sweet Sour



Aku baru je selesai..menghabiskan novel Sweet Sour yang dipinjam dari Cik Mell.   Mula² bila aku baca.. cam boring jerk.. rasa cam tak berapa best.. jerk.. tapikan.. tapikan.. lama² aduhai.. memang best gilerrrr laa citer... Bila dah mula part² yang menarik tuh.. rasa cam tak nak berhenti jerk.. Bila sampai part sedey aku leh plak bergenang air mata nie.. Bila part happy bleh plak aku tersenyum sorang² hehehe.  Citernyaa memang happy ending.. Pada peminat novel yang belum baca.. aku harap korang.. dapatkan laa di kedai yer.. 


Sinopsis Cerita.. :

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul


“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.

“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.

“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.



Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.

“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.

Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!



B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.

“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.

“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.



Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

* * *

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Aku bagi 5/5 bintang.. best sesangat.. tak rugi membacanyaa...

Wednesday, January 26, 2011

Gambar Percutian Nora Danish Bersama Keluarga Jejai

Percutian sakan ND dengan Jejai dan keluarga.. ke Jepun
Seronok tengok ND dan Jejai cam happy family jerk..











Gambar² semua kredit :- Oh Bulan

Tuesday, January 25, 2011

Sah! Fasha Dan Jejai Dah Putus

Mula² menafikan khabar angin.. dah putus.. akhirnyaa.. mengaku jugak..

Kredit Murai.com


25 JAN 2011: Baru beberapa hari lepas Murai Batu siarkan berita mengenai pelakon kontroversi Fasha Sanda dan kekasihnya Jejai yang dikatakan telah pun putus. Ha, hari ini berita yang sama dilaporkan di sebuah akhbar tabloid yang mana hubungan cinta antara mereka telah pun berakhir.

Khabarnya semua itu berlaku selepas Jejai pulang dari bercuti bersama bekas isterinya, Nora Danish dan keluarga dari Jepun.

Namun punca perpisahan tak pula diberitahu. Biasalah, selebriti mana yang hendak menghebahkan punca keretakan hubungan cinta dan perkahwinan mereka. Alasan klise yang diberikan, tak ada jodoh dan suratan takdir.

Walaubagaimanapun, ada juga mulut-mulut jahat mengatakan punca hubungan mereka berantakan disebabkan Nora Danish. Nora dikatakan menjadi batu api menghasut Jejai untuk membenci Fasha.

Namun Jejai menafikan segala fitnah yang mengatakan Nora adalah punca perpisahan mereka. Bahkan Jejai juga secara terbuka memberitahu Nora kini sedang mengenali hati seseorang. Wah siapa tu?

Apa pun Murai Batu tabik spring dengan Jejai kerana enggan mendedahkan punca perpisahan mereka, katanya biarlah hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku. Murai Batu pasti, tatkala ini Jejai dan Fasha mungkin dalam fasa yang tegang. Jika ada ruang untuk dibaiki mungkin boleh dilakukan tapi kalau dah tak boleh, anggaplah tiada jodoh.

Mungkin selepas ini Fasha mahupun Jejai akan bertemu dengan pasangan yang lain lebih serasi.

Murai Batu: Dengar kata ada bapa mertua yang tak suka dengan pilihan anaknya memperisterikan seorang artis ni, tapi depan media buat muka pasrah!

Monday, January 24, 2011

GURU BUAS DI JEL 12 TAHUN

Apa laa nak jadi.. Harapkan Pagar.. Pagar Makan Padi.. 
Ingatkan guru boleh laa menlindungi tapi dia sendiri yang wat t**k...
Ikss... tak cukup tuh 2 sebatan.. bagi laa lebih!!


Kredit Metro Online

KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.

Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.


Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.



Friday, January 21, 2011

Zaquan-Ayu Selamat Diijab Kabul


Kredit Murai.com

ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.

Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.

Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.

Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan.

Zaquan yang ditemui selepas majlis akad nikah memberitahu, dia masih merasakan debarannya bagaimanapun gembira apabila segala yang diimpikannya kini telah menjadi kenyataan.

"Perasaan saya bercampur aduk, masih berdebar tapi pada masa yang sama gembira. Selama ini pun, perasaan saya ketika beraksi di atas padang sentiasa berdebar, namun debaran yang saya rasakan kali ini sangat berlainan dan impaknya lebih.

"Kegembiraan juga berlainan seperti ketika menjaringkan gol. Kegembiraan saya sekarang adalah ibarat satu kejayaan paling indah dalam hidup saya untuk bergelar suami," jelas penyerang pasukan bola sepak Negeri Sembilan ini.

Sementara itu jelas Ayu Raudhah pula, tiada yang lebih gembira selain dapat bergelar isteri kepada bintang bola sepak kebangsaan yang dicintainya itu.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai, saya harap dengan perkahwinan ini dapat membimbing untuk menjadi seorang perempuan yang lebih bertanggungjawab dan menjadikan saya seorang isteri yang solehah.
Turut hadir dalam majlis akad nikah ini ialah kakak pengantin perempuan, aktres Rozita Che Wan serta abang ipar Ayu, Mazlan Pet Pet.

Sementara Zaquan ditemani kedua ibu bapa serta kembarnya, Aidil Zafuan. Aidil bagaimanapun datang sendirian tanpa ditemani isteri, Rita Rudaini.

Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada malam ini, di Taman Mawar, Alor Setar Kedah manakala bagi pihak sebelah lelaki pada 30 Januari ini di Paroi, Negeri Sembilan.

Portal murai.com.my ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua merpelai, semoga berbahagia ke akhir hayat.


P/s : Selamat Pengantin Baru Ayu dan Zaquan.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin

Sesi Lawatan Ke Hospital

Tengahari tadi lebih kurang 12.15 tengahari, 
aku dan beberapa orang teman² aku
ke PPUM melawat sorang ofismate aku
 namanya Kak Anum yang telah dimasukkan ke wad
di tingkat 12.

Aku dan beberapa teman naik van dan ada yang naik keta sendiri..
Berdoyun-doyun laa..yang pergi. 
Ada lebih kurang  dalam 16 orang kalau tak silap.

Lepas borak² dan tanya khabar, weols gerak laa plak ke 
Menara Timur, wad kanak² sebab melawat anak salah
seorang bos weols yang telah jatuh motor.  Budak lagik
dalam umur 12 tahun dan cuba² nak bawa.. motor tapi
nasib tak baik jatuh dan ditimpa motor.  Tulang peha 
dia patah.. kesian plak tengoknya..

Dah abis melawat² tuh weols pi laa makan kejap
kat PPUM Food Court sebab nak tunggu van datang
ambil dalam pukul 2.30.  

Sampai kat ofis sikit² lagik nak 2.45..sempat laa 
clock in.. 

Bersalam²an dengan Kak Anum sebelum balik


Teman sepejabat weols.. Kak Anum
Moga cepat sembuh dan boleh bekerja semula..


Antara ofismate yang datang sama..


Ini plak kat wad kanak² di Menara Timur.. 
Kesian kaki berbalut dah kena plak letak
besi pemberat ini..


Dah penat berjalan dan melawat masa untuk isi pewut..
Weosl pi makan laa..plak..
Ini aku punya meehoon kari..


Wednesday, January 19, 2011

Kenduri Bertandang Aishah

Ahad, 16 Januari 2011
Tengahari dalam pukul 12.30, weols ke Desa Pandan, KL.. 
Dekat jerk rumah belah pengantin lelaki b
bukan kena outstation pun tapi 
oleh sebab sorang pun tak bawa kad
jemputan.. weols terpaksa call pengantin lelaki
mintak tunjukkan jalan ke rumahnyaa..
Adess kelakar kan.. kena plak weols
yang 6 buah keta nie.. tunggu kat tepi jalan.

Nasib baik laa dapat carik.. rupanya weols
dah tempoh kawasan perumahan pengantin lelaki..
Sampai² kedua pengantin telah siap menunggu
untuk berarak sama ke pelamin.








Sambil menjamu selera..

Nak jugak laa bergambar ngan Pengantin wat kenangan

Goodie Bag


Makanan yang dihidangkan.. Nasi Minyak, Ayam Masak Merah,
 Pajeri Nenas, Ayam masak itam 






Tuesday, January 18, 2011

Risaunya Aku..

Sabtu, 15 Januari 2010
Aku dapat panggillan telefon dari makcik aku dalam pukul 12 tengahari.  Dia bagi tahu yang Pak Teh aku berada dalam keadaan lemah sangat.. Aku dan emak dah nanges² dah.. Weols siap² pas tuh pergi ke rumah Pak Teh kat Setapak Jaya.  Pak Teh aku sebelum ini telah pun masuk wad di GHKL sebab masalah kesihatan dia selama 2 minggu.  Pas tuh GH bagi home leave dan kena balik semula ke GH.  Tapi sebab Pak Teh tak berapa nak suka cara GH.. dia tak nak gi hospital dan ini menyebabkan sakitnya bertambah teruk.  Aku dan makcik bila sampai kat umah dia.. weols pujuk dia pergi hospital.  Alhamdullillah dia setuju dan weols bawa dia ke PPUM plak.

Panggil ambulan datang bawa Pak Teh dalam pukul 2 petang dan terus ke A & E PPUM dan ditempatkan di wad kecemasan.  Nasib baik ada bawa dokumen² hospital GH.. boleh laaa direfer plak pada doktor kat PPUM.  Kat PPUM dia orang wat XRay, cek kencing (masa nie Pak Teh pakai tiub kencing).  

Bila dah dapat keputusan didapati kena infection yang kuat.  Jadi doktor masukkan antibiotik.  Kuman dah serang buah pinggang dia.. Aku tengok pun cam nak nanges jerk.. Kencing dia kotor sangat.  Doktor masukkan tiub cuci kencing dia..ngan ubat air kut.. tak pasti plak.. tapi pas tuh tengok kencing yang keluar jadi bersih jerk.

Aku berada di PPUM dari pukul 2.30 petang tuh.. sampai laa pukul 10.30 malam bila dia di tempat di wad sebab dia naik ke wad dari A & E pukul 9.30 malam.  Iye laa weols tak nak balik selagi dia tak masuk wad.  Di wad MakTeh tunggu kan dia.  

Setakat ini aku dapat info dia dah ada selera nak makan... Alhamdullillah.. Aku cuma berdoa agar dia cepat sembuh.  Balik dan sampai umah dalam pukul 11 lebih.. Aduhaiii penatnyaa laaa badan sebab banyak berdiri..

Keadaan di wad A & E


Paramedik baru jerk hantar pesakit..


Ini laa Pak Teh aku..masa nie dia lemah sangat..
Mak Cik aku riso sungguh..dengan keadaan
 Pak Teh masa tuh..


Sebelum balik tuh singgah makan.. sebab pewut lapar sangat..
Makan nasi lemaak kat kafe PPUM 


Makan plak ngan Ani Sup Utara.. (Ambil sup campur)

Monday, January 17, 2011

Tempat Ke 5 Jerk

Khamis, 13 Januari 2011
Pukul 2.30 petang bertempat di Auditorium IPS, ofis aku ada wat
penyampaian hadiah.  Ofis ada anjurkan pertandingan 5S antara
Zon di Jabatan aku nie.

Kat jabatan kerajaan sekarang ini banyak dah galakkan untuk
menggunakan konsep 5S ini (Susun, Sisih, Sapu, Seragam & Sentiasa Praktik)

Kalau nak dapat hadiah kena laa tempat masing² 
kemas dan tersusun.   Zon weols M&E cuma dapat tempat 
ke 5 aje..dari 6 zon.  Nak wat cam na.. kat zon aku nie 
kebanyakkannya lelaki..  jadi tempat dia orang 
susah laa nak suruh kemas.

Tempat pertama dimenangi oleh Zon Stor,
Tempat kedua Zon Pentadbiran
Tempat ketiga BPH & Ukur Bahan
Tempat keempat Lanskap
Tempat kelima M & E
Tempat keenam Sivil

Dah selesai acara penyampaian hadiah.. apa lagik makan ler
dah laa masa tuh hujan turun lebat..pewut plak tengah lapar..
Weols dihidangkan dengan Mee Goreng Mamak & 
Meehoon Goreng, kuih apam dan Air Ten/Sirap.


Dalam auditorium.. sambil tunggu majlis bermula


Replika weols dpt laa RM100


Ceduk jgn tak ceduk..


Hmm..nyumyy..sedapnya...


Friday, January 14, 2011

Selamat Jalan Zaid & Ninie

Khamis, 13 Januari 2011

Semalam adalah hari Zaid dan Ninie berangkat 
balik ke UK setelah pulang bercuti ke
 Malaysia selama hampir 
sebulan lebih.

Hubby aku sempat laa gi ke KL Sentral 
dalam pukul 4 lebih.  Aku tak sempat laa
nak join dia orang semua.  

Flight dia orang kalau tak silap dalam 
pukul 8 lebih kut.  Z&N kena checkin
kat KLIA sebab naik Emirates (Arab Saudi Flight) ..
tu yang kena pergi awal tuh.

Uols kalau nak tau citer pasal dia orang berdua
nie leh laa masuk kat blog Ninie yer.. 

Untuk makluman korang.. dia orang berdua
ini kembali ke sana sebab Zaid bekerja di sana


Zaid & Ninie..

Bersama keluarga Ninie


Kak Yang, Angah dan Kak Yong ada sama 
Aku jerk yang takde..huwaaa sedey sob! sob!




Selamat Jalan dan Selamat Sampai ke UK yer..

P/s : Zaid & Ninie .. sorri laa.. yer Maksu tak sempat nak antar korang..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss