Friday, April 29, 2011

566 Hari Mencari Cinta


Selepas aku baca MAID, aku baca plak novel yang ini. 
Jalan citer kira okey dan menarik jugak still  boleh gak layan.
Seronok gak membacanyaa.. :)


Aku beri : 4/5 bintang


Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar. 

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya.

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.


p/s :  Aku tengah baca satu lagik novel.. blum abis..lagik.. pas tuh boring laa plak..tak de menda nak baca.. 

Thursday, April 28, 2011

Bayi Baru Lahir Di Bawah Pokok

Comelnyaa baby..niee...



GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.  Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.

Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan  sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.  Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.


Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan  berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.  “Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.  Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.  Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.



p/s : Tergamak betul laa si ibu meninggalkan baby secomel ini.. Aduhaii.. kesiannyaa.. Geram betul tgk pipi gebu.. Ada orang susah nak dapat anak.. Nie dah dapat dibuang laa pulak..

Tuesday, April 26, 2011

M.A.I.D



Hujung minggu lepas kiranyaa aku habiskan novel ini.  
Apa yang boleh aku katakan.. Sangat Best! Best! dan Best!.
Pada peminat novel.. memang aku galakkan korang
dapatkan laa.. di pasaran sekarang. 
Kalau tak salah sekarang pun ada pesta buku kan..
leh laa dapat diskaun..  :)


Aku beri : 5/5 bintang

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?



p/s : Adoiyai.. lepas nie nak kena break kejap laa baca novel.. heheh bleh ker.. ekk.. takut tirguda.. ngan citer baru lebih² lagi kalau dari Kaki Novel.  

Monday, April 25, 2011

Walimatulurus di Klang

23 April 2011 (Sabtu)

Hari ini adalah majlis perkahwinan Ila.. anak sedara belah Uncle Nik
suami makcik aku.  Ini adalah majlis bertandang.  Aku
tak pergi majlis Ila yang kat Kuantan.. so ikut laa
rombongan di belah pihak perempuan ke rumah lelaki.

Pukul 11.30 bertolak dari rumah.  Makcik jemput weols.. tapi
hubby yang bawak.  Uncle Nik tak pergi sebab dia ada hal lain.
Weols diminta tunggu pukul 12 tengahari di hentian Hicom.
Weols plak memang ikut waktu tapi masa sampai
tak de sorang pun lagik yang sampai.  Rombongan perempuan
dari Rawang kalau tak silap dan dia orang sampai kat
hentian tuh dekat pukul 1 tengahari (dalam keta
masing² dah kepanasan menunggu)... Nasib baik
aku bawa Novel..leh gak layan.. 

Rumah pihak lelaki di Jalan Kebun, Klang.  Rupa² kat 
majlis ini juga meraikan 2 orang adik² lelaki.  Jadi 
ada 3 pasang pengantin pada hari tuh.  

Yang macam tak percayanyaa.. kat umah pengantin
ini tak de langsung bunyi lagu orang kawin..
tapi....
ada ceramah agama plak..kalau tak salah laaa
dari Uztaz Kassim.. mungkin ibubapa pengantin
orang kuat beragama agaknya.. 
dan..
1st time weols balik dengan tangan kosong
tak de orang nak bagi cenderahati kat weols
aduhaii.. bendanya ada.. tapi tak kan nak gi
ambik sendiri plak... tapi tak pe laa..tak kisah 
laa sangat.. hehehhe

Balik dari kenduri singgah plak kat Kelana Jaya
kerana makcik aku ada hal kat situ..kejap.
dan sampai di rumah dalam pukul 4.30 petang.

Selamat Pengantin Baru Ila dan Adam
Moga kekal Bahagia Hingga ke Akhir Hayat ..
Amin


Pengantin nak disambut oleh suaminyaa
Pengantin lelaki tunggu kat umah..


Weols baru je sampai


Adam & Ila


Buffet makanan yang dihidangkan


Hmm..sedap jugak nasi dan lauk pauknya

Pelamin kat dalam umah cuma satu jerk.. 
Agaknya pengantin² nie bergilir² bersanding..





Hubby tengah layan bubur kacang ijo..

Banner.. pengantin

Sempat ler posing kejap..sebelum makcik aku sampai..


Thursday, April 21, 2011

Hafiz & Adira Mengaku Bercinta





Hafiz(AF7) mendedahkan kisah hubungannya dengan Adira demi untuk memulihkan reputasi kekasihnya yang didakwa mengamalkan hubungan sejenis. - FotoMOHAMAD HASRUL

PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.



Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisitimurah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihaksebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.



"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut.  "Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.



"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katanHafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.



Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selamalima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadiskelahiran Ranau, Sabah itu.  "Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu mempunyai pasangan masing-masing.



      




"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan,keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.

Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.  "Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yanglalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.

"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harapcerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruangprivasi saya," katanya.  Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadapgosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata:"Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untukmempertahankan diri daripada gosip sedemikian.

"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui ceritasebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yangdilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir. 


Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.

kredit : mstar & cari.com

p/s : Wah curlast mengaku mempunyai hubungan. Moga korang bahagia.. laa dik ooi..dan berkekalan  laa hendaknyaa..

Monday, April 18, 2011

Makan² Dan Jumpa Client Hubby

Sabtu, 16 April 2011

Hari Sabtu pagi tuh.. hubby dah bersiap nak gi meeting kat ToneExcel.. so sebelum dia pergi tu, aku mintak laa dia pi beli Nasi Kerabu.. Dah lama tak makan..

Nasi Kerabu Ayam Merah nie anak aku yang suka.. 
Aku punya Ayam Rendang..

Hubby aku balik dari meeting ToneExcel dalam pukul 1. Lepas solat Zohor dalam puku 2.30 aku ikut hubby jumpa client yang nak buat wasiat.  Temujanjinya dalam pukul 4 petang di Wangsa Walk kat WangsaMaju.  Weols sampai dalam pukul 3.30.  Cari laa tempat yang strategik sikit kat dalam WW tuh tapi tak berapa nak sesuai.  So, weols keluar dan ternampak laa Bangi Kopitiam.  Weols tunggu laa client tuh kat situ.  Nama dia Reyna dan dia datang ngan adik dia.  Dia ada browse website hubby dan nak tahu lebih lanjut.

Sebelum Reyna sampai tuh.. aku sempat laa nak rasa makanan kat situ.  Iye laa aku nie 1st time makan kat Kopitiam gini.. Aku order Meehoon Kari Ipoh dan Air Bandung.  Hubby aku tak nak makan cuma order Ipoh White Coffee dan Roti apa tah lupa plak namanya..

Tengah dok readykan presentation

Air Bandung Cincau .. tak sedap..

Ipoh White Coffee

Meehoon Kari.. okey laa not bad..

Suasana Kopitiam


Ini laa Reyna dan adiknyaa.. 
sori muka adiknyaa tak nampak plak

Hubby wat presentation tuh untuk bagi Reyna untuk lebih faham.. Dia pun setuju.  Dia sebenarnyaa buat wasiat untuk ayahnyaa.. sebab ayahnyaa mintak dia tolong uruskan.  Reyna pun katanyaa nak buat jugak untuk dirinya sendiri.. Alhamdullillah ada juga kesedaran untuk dirinya selepas dengar presentation dari hubby.

Lepas jumpa Reyna, weols ingat nak balik terus tapi on the way tuh hubby call Kak Yang.. so singgah laa kejap ke Keramat. untuk solat Asar.  Langkah kanan.. Angah beli Pizza dapat laa aku makan 2 keping..  Borak² laa kejap.  Dalam kul 7pm weols gerak balik. Sebelum balik tuh.. Angah dan Kak Yang bagi weols hadiah sempena 'House Warming' yang tak sempat nak dibuat lagik.  Sorri laa yer.. Angah.  Tapi kalau uols kalau nak datang ke rumah, datang jer laa.

Dak Umar nie.. tak berapa nak sihat.. Demam kata uminyaa..

Kedua2 hadiah ini dari Kak Yang dan Angah.. 
Terima kasih banyak².


Cantik kan Jam ini.. 

Pasu ni pun cantik jugak.  
Kebetulan ada plak hiasan kat umah tak de pasu..
Dah dpt pasu nie.. dpt laa hiaskan..


Hari Ahad plak tak de kemana² pun.  Ada jemputan ke Majlis Aqiqah tapi tak dapat nak pergi sebab hubby aku ada seminar Dr. Azizan (alaaa yang citer pasal no tuh ler) tapi kali ini pasal marketing. Kawan hubby aku, Cpt Nik yang sponsor ajak dia pergi sama.  So, hubby pun balik petang tuh dah pukul 4.30.  Malas le plak nak keluar..kan.. so banyak rilex kat umah jer laa.. wat keje umah aje laa.. 


Friday, April 15, 2011

Aku Cuma Berharap..

Hari ini sampai ofis awal.. dalam pukul 
7.55 pagi.  Anak aku tak pergi sekolah 
sebab katanya ada sukan dan dia tak terlibat.  
Pastu gi laa minum dulu kat kantin awal sikit
sebab kul 8.40, Pengarah nak jumpa semua kakitangan.
Kalau jumpa Pengarah selalunyaa akan
mengambil masa berjam².

Dalam pukul 8.50, acara bermula dengan
bacaan doa oleh En. Omar, Juruteknik Kanan,
weols selalu kalau ada apa² majlis dia yang
akan bacakan doa.

Ini adalah kali yang ke 3, perjumpaan
dengan Pengarah.  Antara yang diperkatakan
ialah weols semua akan berpindah ke bangunan
baru.  Bangunan baru nie kiranya lama jugak
tertangguh pembinaannya kerana beberapa masalah.

Tapi rasa seronok laa berpindah ke tempat baru.
Yang tak berapa nak seronoknya.. macam aku dan
beberapa Pembantu Tadbir di Bahagian masing²
akan ditempatkan di satu bahagian.  Maknanya
weols nie tidak lagi berada di Bahagian bersama²
kakitangan teknikal yang lain macam sekarang.

Bukan aku tak suka.. tapi aku lebih suka
dengan keadaan suasana sekarang dimana ramai
kakitangan teknikal dari kakitangan pentadbiran.

Nak wat cam na kan.. dah arahan. Sedangkan  
boss aku sendiri pun ditukarkan sementara
ke Jabatan lain nie kan pulak kakitangan
sokongan mcam aku nie..  

Aku nie sebenarnyaa tak boleh bekerja
dalam keadaan stress kang tension susah plak.
Nanti lagik laa naik darah nie.. Aduhaii..

Aku cuma berharap keadaan akan lebih
baik dan mendapat suasana bekerja
yang baik.. Insyallah..


Thursday, April 14, 2011

Jodoh Atau Cinta



Novel ini aku pinjam dari Cik Mell..kiranya weols tukar² laa.  
Dia pinjam novel Aku laa Cinderalla..hehhe.. 
Aku baca novel nie hari Jumaat malam.. baca² punya baca
sampai tak sedar dah nak kul 3 pagi.. adess.. punya laa asyiknya..
Aku kalau dapat novel yang sedap..memang tak ingat dunia dah..
Mata plak tak de ngantuk..nasib baik esoknya Sabtu..hehehe
Aku selesai baca.. buku ini kiranyaa hari Ahad petang.. abis..dah..
Memang layan laa buku.. nie.

So pada peminat novel.. Memang aku galakan laa korang baca 
novel nie.. Best giler..


Aku bagi :  5/5 bintang

Sinopsis :


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.


Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Wednesday, April 13, 2011

Ameng Kena Penjara dan Sebatan.. 10x




MELAKA: Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, Februari lalu.  Isteri Ameng, Sabariah Zakariah, 41, yang menghadapi dua tuduhan bersama suaminya, bagaimanapun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Mengikut pertuduhan, Ameng dan isterinya didapati memiliki kanabis seberat 105.90 gram di bilik nombor 1, Hotel Senyum Mesra, nombor 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.


Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan membabitkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu dituduh memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Ameng turut menghadapi pertuduhan tambahan iaitu memasukkan dadah dalam badan kira-kira jam 6 petang hari sama di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.




Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) (b) dibaca bersama Seksyen 38 ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, dua tahun penjara bagi pertuduhan kedua, manakala untuk pertuduhan ketiga, Ameng dijatuhkan hukuman penjara setahun berserta pengawasan selama dua tahun.


Abu Bakar, bagaimanapun mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan itu secara serentak bermula tarikh ditangkap iaitu 1 Februari lalu. Berikutan itu, Ameng hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun berserta sebatan.

Ameng yang mengenakan kemeja-T berwarna biru dan berseluar jeans kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya.


Dia sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah ketika dihadapkan ke mahkamah pada 14 Februari lalu, manakala isterinya mengaku tidak bersalah.


Terdahulu, peguam bela Azrul Zulkifli Strok yang mewakili Ameng dan isterinya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum terhadap anak guamnya memandangkan itu kesalahan pertamanya memiliki dadah.


“Saya merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana tertuduh dalam kes ini adalah penanggung keluarga yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak berusia antara tiga hingga 15 tahun selain ibunya yang sakit tua.


Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin, bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukannya serius.


Menurutnya, masalah dadah menjadi punca perpecahan dalam masyarakat sekarang dan beliau meminta mahkamah mengutamakan kepentingan awam ketika menjatuhkan hukuman.

Kredit : Metro Online

P/s :  Nak cepat kaya sanggup mengedar dadah.. Dah tertangkap kan dah kena lokap.. tak leh bayangkan kena sebatan 10x..adesss..  teringat dulu tgk gambar dan video masa gi melawat ke pejara pudu cara org merotan pesalah.. aduhaii..


Tuesday, April 12, 2011

Bini Aku TOMBOY Ke?


Novel ini telah aku abis baca sebulan yang lepas.  Terlupa lak nak wat N3 pasal novel ini.  Novel ini sangat menarik dan jalan ceritanya pun tak de laa puitis sangat.  Aku sekarang suka sangat ngan novel² keluaran dari 'Kaki Novel'.  Aku pun baru je abiskan sebuah lagi novel nanti aku wat N3 lepas ini plak..yer..

Aku bagi 4/5 bintang

Sinopsis :

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean. Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. 


Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?” Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?” 


Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!” Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor? 


Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Monday, April 11, 2011

Cerita Semalam

Nak marah tak tau nak marah cam na.. sebab tak nampak di mata.  Hari Sabtu petang.. masa tuh dalam pukul 6.30 cam nak dekat kul 7,  tengah makan nasi.. (hmm.. makan nasi awal.. so malam tak payah makan).. anak aku plak.. dah lepas makan dia keluar laa.. tiba² cam ada bunyi cam pecah.. pas tuh dia masuk.. katanya.. cermin keta pecah.. Aku dan hubby ingat dia main². Iye laa sambil makan..kan.. continue je laa makan.  Pas tuh hubby pun pergi laa tengok.. memang betul.. cermin keta belakang pecah.. retak seribu.. Aduhai.. tak tau nak cakap apa.. Weols tanya laa kat anak aku.. dia kata dia tak tau.. sebab masa tuh kat depan umah aku ramai yang main² kat situ.. Weols rasa mesti anak aku main² ngan kawan² dia laa tuh.. dah terpecah cermin keta.. Masa tuh keta park kat luar pagar.. Iye laa dah nak kena..kan.. 

Ahad pagi pergi laa hantar kat kedai 'Dr. Cermin' nasib baik kedai tuh bukak hari Ahad.  Dekat 2 jam jugak laa tunggu dia orang pasang cermin baru.  Melayang jugak laa.. RM400 lebih.. ikss macam² boleh dibeli ngan duit tuh.. Hmm.. sabar je laa.. 



Jenuh ler dak Cina nie.. dok bersihkan cermin yang retak seribu..

Dah selesai tuh balik ler umah.. petangnya plak.. weols gi pasar malam.  Tak masak ler hari nie.. beli satay, pas tuh aku beli Soto meehoon special, hubby plak soto nasi dan ada laa aku beli sayur sikit..

Nie aku punya.. soto meehoon + KueyTeow Special.. ayam lebih..

Soto Nasi..pilihan hubby aku.. dia mmg pilih nasi kalau beli soto

Semalam juga adalah hari lahir mak aku.  Aku doakan agar mak aku panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera hendaknya.. Amin


Friday, April 08, 2011

2 Tahun Dah.. Kejapnyaa..





Hari ini 8 April 2011, genap laa usia blog aku nie 2 tahun.
Sekejap betul masa berlalu dah bertambah usia blog aku nie.
Terima kasih pada teman² blogger dan pembaca senyap
yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ini.


Thursday, April 07, 2011

Jom Kita Tulis Wasiat

Aduiyai.. lately nie.. cam tak de citer plak nak kongsi dalam blog ini.  Mood pun cam tak de jer.. tapi aku nak citer jugak sini.. pasal hubby aku.  Selain  dia bekerja kat UNIKL dia juga seorang Perancang Harta Pusaka Islam dengan As-Salihin Trustee Berhad. 

Jika ada antara uols yang berminat ingin membuat wasiat boleh laa berhubung dengannya.  Aku juga telah membuat wasiat.  Iye laa sekarang ajal tidak mengenal usia.  Mana tau esok lusa dipanggil Allah dan aku telah pun mewasiatkan harta yang aku ada.  Harta tak semestinya rumah, kereta tapi juga akaun simpanan, ASB, KWSP, insurans dan lain-lain.

Kenapa perlu tulis wasiat ...


Bila cakap soal wasiat, ramai kalangan masyarakat kita yang berpendapat, wasiat tu untuk orang yang nak hampir meninggal dunia, atau ayat yang lebih mudah, orang-orang yang dalam keadaan sakit dan tunggu masa nak mati, maknanya kata, dia tau dah masa dia kat dunia ni tak lama. Kenapa boleh jadi sedemikian? Ingat lagi tragedi kemalangan pada 10.10.10? Siapa antara kita yang terfikir pasal perkara tu? Sebanyak 12 orang telah terkorban, dan mungkin suatu hari nanti kita akan mati dalam keadaan yang kita tak bersedia.

Hakikatnya,saya bukanlah nak menakutkan sesiapa. Mari tulis wasiat! Kalau zaman Rasulullah dulu ramai orang tulis wasiat setiap kali nak masuk tidur, kalau ada apa-apa berlaku keesokan harinya, mungkin dia meninggal dunia, maka dokumen wasiat itu akan menjadi pengganti diri untuk pembahagian harta atau segala hal-hal yang penting mengenainya.

Ingatlah bahawa pada hari pembalasan setiap manusia akan disoal tentang lima perkara:
Masa hidupnya – bagaimana dia menggunakan hartanya?
Masa mudanya dan sihatnya- bagaimana dia menggunakannya?
Kekayaaannya – bagaimana dia mendapatkannya?
dan bagaimana dia menggunakannya?
Dan apakah dia telah amalkan pada perkara yang dia tahu

Diriwayatkan oleh At-Tirmithi
Kini telah wujud pihak professional yang bertanggungjawab untuk menulis wasiat ini untuk kemudahan masyarakat Islam di Malaysia ini iaitu seperti as-Salihin Trustee Berhad.
Sememangnya banyak badan yang menguruskan bab penulisan wasiat ni, tapi tak salah kalau nak tahu pasal wasiat dari as-Salihin ni.

Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar R.A “Adalah tidak dibenarkan mana-mana orang Islam yang mempunyai sesuatu diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki Wasiat terakhir dan disimpan dengannya.”

Apa kata anda yang muda, tapi tidak punyai keluarga atau waris terdekat?
Jika anda tidak menulis Wasiat dan anda tidak mempunyai waris yang boleh mewarisi, kesemua harta akan diberi ke Baitul Mal. Anda boleh memberi harta anda kepada seseorang tertentu melalui Wasiat sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta dan baki harta akan diserahkan ke Baitul Mal. Kedua-dua pihak akan mendapat bahagian.

Dan ini paling best dalam penulisan wasiat, boleh wasiatkan harta kepada sahabat atau orang selain waris terdekat.  Anda boleh mewasiatkan sehingga  1/3 daripada semua harta anda kepada bukan waris anda. Jika anda mewasiatkan lebih daripada 1/3, Wasiat yang melebihi daripada 1/3 tidak sah Kecuali mendapat persetujuan semua waris selepas kematian pewasiat.

Tapi ada benda yang haram untuk diwasiatkan.  Benda yang dianggap haram menurut Islam seperti alkohol, babi tidak boleh menjadi harta yang diwasiatkan. Pemberian kepada tempat-tempat peribadatan agama selain Islam tidak boleh melalui Wasiat. Tidak dibenarkan juga seseorang mewasiatkan senjata dan patung-patung sembahyang kepada orang bukan Islam.

Adakah penama KWSP atau EPF atau sebagainya adalah penerima wasiat?
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Wang Simpanan di bank dan Simpanan Kesatuan Kerjasama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut wasiat si mati atau Faraid jika tiada wasiat..

Dan yang terakhir, kenapa pilih as-Salihin?
Adalah lebih baik melantik as-Salihin sebagai wasi. Jika anda fikirkan bahawa orang kesayangan anda mungkin tidak mampu berfungsi dan bertugas sebagai wasi, anda wajar melantik as-Salihin sebaga wasi utama atau wasi ganti. Kelebihan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda adalah seperti berikut :

(a) Warisan kekal dan berterusan
Sebagai sebuah syarikat, as-Salihin bersama kakitangan undang-undang akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir

(b) Bertanggungjawab dan Adil
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin adalah badan pengawal di bawah obligasi undang-undang untuk memastikan wang sentiasa dijaga. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding Wasi atau pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan atau terikat dengan emosi.

(c) Profesional dan berkemampuan
Dengan melantik as-Salihin, anda akan dijamin dengan profesional dan berkemampuan dalam menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.

(d) Mempercepatkan proses undang-undang
Dengan Wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi, tidak akan berlaku pertelingkahan untuk memilih siapa yang wajar mentadbir harta pusaka hanya wasi yang dilantik di dalam Wasiat mempunyai hak mentadbir.

Tidak perlukan jaminan untuk memperolehi probet. as-Salihin sebagai Wasi tidak perlu mencari penjamin ketika memohon probet.

Jadi marilah menulis wasiat, sekiranya harta tu banyak, dan kalau teringin buat pahala walaupun sudah mati, boleh sedekahkan kepada anak-anak yatim  atau sebagainya. Jadi adakah anda telah menulis wasiat? Jika belum bolehlah menghubungi saya untuk bantuan khidmat pengurusan harta pusaka Islam segera.


Pada yang berminat atau nak tahu lebih lanjut boleh laa berhubung dengan 
En. Zainin (010-8350926).

p/s Nanti aku akan masukkan sikit² tentang kebaikan menulis wasiat ini di N3 yang lain yer.. :).  Bukan apa jangan esok bila kita dah meninggal, orang yang hidup ini berebutkan harta benda kita..nie.. :) Jadi fikir²kan laa.. 

Tuesday, April 05, 2011

Cuci² Mata Ke Jalan Pasar Pudu

Terima kasih pada teman² yang medoakan kesihatan aku.  Aku masih lagi batuk nie.. Macam² cara telah dicuba.  Hari Sabtu hari tuh aku cuba laa ada member ofis suruh aku ambik kapur dan perahkan dengan limau sapu kat leher.. Aku buat tapi tak berhasil gak.. Mungkin tak sesuai atau tak kena ngan aku kut.. Ubat antibiotik pun dah abis.  Aku biarkan aje laa.. kadang².. hilang dengan sendirinya.. tapi iye laa rimaskan dibuatnya.. sampai malam susah nak tido.. Fobia betul kalau kena batuk gini.  Hari Sabtu memang aku tak kemana² laa berehat aje kat umah.

Semalam Ahad,  weols pergi beli barang dapur kat TESCO Maluri.  Biasa laa awal² bulan pergi laa belikan.. dah banyak barang yang habis.  Dah selesai membeli di TESCO, hubby ngajak weols ke Jalan Pasar kat Pudu.  Aku sebenarnyaa nak cari radio kecik.  Iye laa bila dok dapur leh gak ler dengar radio.  Biasa laa macam² yang dijual disitu.. Anak aku dapat laa membeli kereta control.  Ini tah kereta kontrol yang ke berapa pun dah tak tau dah.. Rasanya banyak kali laa beli.. abis rosak.  Anak aku nie kalau beli barang utk dia.. tak tau nak jaga laa.. tuh yang susah tuh..  Aku mulanya melarang hubby beli.. tapi dah anak dok merengek je kan.. belikan ler jugak.. Anak aku mulanya nak suruh belikan helikopter.. tapi iyelah tuh bukan untuk mainan budak² tapi tuk mainan orang dewasa.









Aku plak dapat beli radio yang boleh main CD nya.. tapi bukan laa branded item.  Janji boleh cari canel..dan boleh dengar dan cukup laa.. Dah selesai beli apa yang dihajati balik laa.. Singgah kedai tapau nasi.. untuk makan malam terus..kenyang pewut.. 

Malam layan plak Anugerah ABPH.. Tahniah buat semua pemenang.. Persembahan dari pengacara hingga laa  ke persembahan pentas .. best sangat.. kira tak de laa boring..



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss