Tuesday, May 31, 2011

Salih Yaacob Dah Selamat Bernikah



KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.


Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.





















p/s : Selamat Pengantin Baru Salih Yaacob & Emi.. Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. dan pesanan untuk Abg Salih.. moga dpat berlaku adil diantara keempat² isteri.. yer.. :)

Sumber : Cari.com

Monday, May 30, 2011

Selamat Betunang Elly Mazlein



KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki 
kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, 
Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.


Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah 
dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem 
Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan 
yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima 
bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi 
melamar Elly pada Februari lalu.

Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut 
dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada
 keluarga kedua-dua belah pihak.


Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting 
si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor
 dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, 
Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.


Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak 
lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan 
seperti kek, manisan dan sirih junjung.


Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu 
Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.

Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa
 drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi
























Sumber : Cari.com

p/s :  Tahniah Elly.. Moga kekal hingga ke jinjang pelamin.. 

Friday, May 27, 2011

Penatnyaa Laa Badan..

Selama 3 hari bermula dari 25 hingga hari nie.. barang² yang besar dan fail² yang tak berapa nak guna telah di bungkus masuk kotak dan di hantar ke bangunan baru.  Weols buat sendiri kerana weols tak di beri buruh.. so kerah tenaga dan staf sendiri laa nampaknya.. Buruh yang ada pun dah dibooking awal oleh Bahagian lain. Nasib baik laa staf kat Bahagian aku nie.. boleh diharap.  Bayangkan kena bawak naik barang² tuh ke tingkat 2..penat tuh.. berpeluh² kesian tengok dia orang..

Tengahari selama 3 hari nie.. makanan di sediakan...  Akan datang, aku dah tak bersama Bahagian ini lagi sebab akan di pool di Bahagian Pentadbiran.  So di tempat baru nie tak tau ler dapat bertenet dengan aman atau tidak.. lagi pun tempat dah tak privasi sangat..kan.. Blog nie kalau sempat akan aku update tapi tak tau la sempat atau tidak..Insyallah..aku akan cuba update.  Sekarang ini kat bangunan baru internet ngan telefon belum ada lagik.. so tuh tak sure..bila officially kena pindah.. sementara tu masih lagik di sini..


Keadaan ofis yang beselerak..




Makan pada 25/5.. Nasi Ayam


Makan di hari yang ke 2 .. Nasi Putih ngan Ayam Goreng Berempah..
dan hari 3 plak makan Nasi Beriani ngan Ayam Masak Merah..


Ini ada workstation untuk Juruteknik


Berpeluh² dia orang angkat printer bagak nie.. 
Bravo wat 2 org ofismate aku nie


Ini adalah tempat duduk aku yang baru..


Orang² kuat yang berkerja keras mengangkat 
barang² ke tingkat 2


Akan di update lagi citer pasal perpindahan ini.... di N3 yang akan datang.. insyallah.. :)

Wednesday, May 25, 2011

Bertambah Lagi Usiaku..




Alahaii..  oleh sebab bz.. N3 ini terlambat laa sikit nak di upkan.. 
Bz dok packing barang² masuk kotak sambil² wat keje.

Hari ini meningkat lagi laa usia aku.  Syukur alhamdullillah, 
Allah masih lagi panjangkan usia ku hingga ke saat ini.

Aku berdoa moga mendapat kesihatan baik. dan 
dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna.

Terima kasih juga diucapkan pada teman² yang  ucapkan
Happy Birthday.. Moga kalian juga diberkati oleh
Allah hendaknya..  Amin.

Hari lahir aku juga diraikan bersama MDT sebab
tarikh lahir kami yang sama...
Kak Rin doakan MDT panjang umur, murah rezeki,
sihatt dan dilindungi Allah hendaknya.. Amin


Monday, May 23, 2011

Melawat Ke Rumah Pak Lang

Aktiviti hari Sabtu aku..tak de laa ke mana².  Hanya di rumah aje..
Malas nak keluar.  Aku habiskan masa baca novel.. nanti aku
wat N3 pasal novel tuh.. yer..

Hari Ahad semalam, makcik aku ngajak gi melawat paklang
aku kat Country Heights, Kajang.  Baru² ini PakLang aku
telah menjalani pembedahan dan weols tak sempat nak 
pergi melawat dia.. kat hospital.

Jadi semalam weols ke rumah dia laa.. Kebetulan plak anak
sulong dia Lina sekeluarga pun ada.. Maklang tak de kat 
rumah sebab dia kena hadir ke charity sale kat Bangsar.

Dapat laa jumpa baby Lina..kira anak kedua yang baru
lahir 2 bulan lepas.  Cute anaknya tuh..

Makcik aku berbual ngan Pak Lang (tengah)..



Ini laa Iman.. baby baru Lina


Emak & Makcik berbual² dengan Lina


Saje je aku ambik gambar ruang dalam rumah.. 


Haiqal dan Adam.. 
Tengok tuh cute jerk Adam tengok Haiqal.. 


Adam suka berkawan.. sampai dipeluk²nya Haiqal


Haa kau... siap nak panjat nak peluk Haiqal


Sempat jugak bergambar ngan Adam yang comei ini


Kan main lagik nak bergambar dua beranak nie..


P/s : Salam Takziah buat keluarga anak² yatim  yang terlibat trajedi tanah runtuh di Ulu Langat. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin

Friday, May 20, 2011

Jimat Duit 50 Sen

Sekarang ini perjalanan dari Cheras nak ke ofis 
aku dah kurang dah nak bayar tol.. 
Kiranya sekarang nie aku dah jimat 
duit tol RM0.50.  Walaupun selalunya aku
ke ofis hubby yang hantar tapi ada 
masanya aku naik keta jugak..  

Semalam ada juga pengguna yang masih
tidak tahu akan pemansuhan ini dan
siap berhenti di Tol.. nak bayar.. 
nasib baik tak tersondol dengan kereta
dari belakang..

Harap lepas nie banyak laa Tol² yang 
dimansuhkan.. iye laa dah laa 
minyak naik ngan tol lagik.. kalau
dimansuhkan tuh kurang laa sikit
duit yang dibelanjakan..


Kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught dimansuhkan serta-merta malam ini, tujuh tahun lebih awal daripada tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.

Majlis pemansuhan kutipan tol itu disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor

Sumber dari Berita Harian



Thursday, May 19, 2011

Aku Cukup Suka Akan Drama Ini...



Aku sejak dari dolu² sampai le sekarang masih lagik minat
dengan citer Cinderella nie..  Dulu siap aku beli
VCD kalau tak salah ada 6 keping..  skrg nie tak
tau laa pergi mana dah CD² tuh kena selongkar balik
ler jawabnyaa.. Bila ada VCD tuh leh layan citer
ini berulang kali.. addicted betul masa tuh..hehehe
Sekarang nasib baik ada yang tolong upload
 kat Youtube.. leh gak layan lagik..

Citer nie..bagi aku tak de laa membosankan. Rasanya
citer nie fames 10 tahun lepas.. tapi masih lagi
best untuk ditonton..  Aku penah gak baca
novelnyaa.. layan jugak laa.. sama ngan
jalan citer.. drama nie..

Cukup suka dengan lagu Sehati dan Sejiwa..oleh
Haslinda.. tak tau mana pergi penyanyi nie..

Heliza Misbun dan Ahmad Idham dalam citer
nie laa yang dikatakan dia orang nie
bercinta..  tapi  at last
Ahmad Idham kawin ngan orang lain
dan Heliza masih lagik
hidup membujang...sampai kini......


Wednesday, May 18, 2011

Masak..Makan.. Tido..

Dah beberapa hari nie..aku tak berapa nak sihat.. hari Sabtu lepas aku dah pun ke klinik. 
Tapi batuk aku nie tak gak laa baik² aduhai..seksanyaa rasa badan. 
Nak wat keje pun tak selesa..  

Semalam cuti Hari Wesak, aku tak plan ke mana² pun 
sebab badan masih kurang sihat.  Pagi semalam untuk sarapan 
masak Nasi Lemak.. simple.. pas tu 
wat goreng keropok.. ngan air teh.

Nasi Lemak.. sarapan pagi..cum makan tengahari terus..hehehe


Kemas² ler apa yang patut pas tuh layan TV.. tak de citer menarik 
layan tido ler.. sebab malam sebelum tuh.. tido tak lena.. sebab batuk..

Hubby aku plak.. keluar tengahari tuh jumpa client.  Dekat 
pukul 4 petang baru dia balik..


Petang dalam pukul 6.. mula tuh fikir tak tau nak makan 
apa yer.. so terfikir laa nak makan mee goreng.. 
so weols makan mee goreng jerk laa.. 


Mee Goreng yang simple gak..tapi sedap..hehehe 

Model..makan mee goreng..


Monday, May 16, 2011

Lawatan Tapak Ke Bangunan Baru

Pada hari Jumaat lepas aku dan 3 orang ofismate melawat ke bangunan baru.  
Aku sempat laa ambik beberapa keping gambar.  Masih lagi belum
siap sepenuhnyaa sebab perabot pun belum pasang lagik.

Weols diarahkan pindah ke bangunan baru pada 1 Jun 2011
dan akan beroperasi di sini pada 7 Jun 2011.  

Bahagian hadapan bangunan


Disediakan juga laluan untuk orang² OKU


Ruang nie tak tau ler untuk apa..


Auditorium pun ada..jugak


Ini adalah pantry Bahagian Pentadbiran


Ini akan bakal jadi tempat kerja baru aku..


Bahagian depan Pentadbiran dan bilik kaca itu adalah 
bilik Ketua Bahagian Pentadbiran


Sample perabot yang akan dipasang



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss