Friday, October 28, 2011

Rezeki Makan Lagi...

Hari ini memang rezeki makan lagi.  Selalunya
bila hari Jumaat je ada laa yang bawak 
makanan extra, jamu kawan².  Hari ini
aku bawa  Mee Goreng ngan Nasi Lemak.
Leh laa makan sampai tengahari.

Tengahari plak, tengah aje nak makan meehoon,
Wanie, ofismate bagi tau tadi ada meeting dan
ada lagi makanan banyak.  Rupanyaa Nasi Tomato
ngan Ayam Merah, Dalca, Acar Masak ngan Air.
Apa lagik.. angkut laa dari atas ke pantry bawah.
Alhamdullillah rezeki makan aje hari ini. 
Kenyang pewut.. aku.. hehehehe...


Mee Goreng, Nasi Lemak dan MeeHoon Goreng 

Ada Teh Tarik, Cakoi, Sandwich, Nugget, Sosej..


Thursday, October 27, 2011

Cuti Semalam...

Semalam cuti Deepavali, hubby ada appointment untuk buat bekam. 
Balik dari situ singgah laa Keramat.
Tengok² Angah dah siap masak.
Sedap plak tuh lauk pauknyaa.. 
Cer tengok bawah ini.. 
\/
\/
\/
\/
\/

Ada sayur campur, ikan goreng, ketam masak lemak ngan sambal telur puyuh..


Balik dari Keramat..singgah Care4. 
Beli sikit barang².  Anak aku dah nampak 
Eskrem nie.. so weols pun beli laa..
Sedap jugak..laa.. tebal betul coklat
yang menyalut eskrem vanilla kat dalamnya,,,


Nyum-nyum...


Tuesday, October 25, 2011

Besornyaa Kerusi..

Gambar ini diambil masa hubby aku pergi kursus Auditor 
kat Hotel Grand Season (kalau tak silap laa) hari Sabtu lepas.
Tertarik ngan kerusi besar ini.. Cam boleh jadi kerusi pengantin plak. 
Silap² leh wat tido hehehe.. 



Monday, October 24, 2011

Aktiviti Semalam..

Mulanya terasa malas jer rasanyaa nak upkan N3 baru... tapi rasa sayang plak tengok blog tak berupdate.. so aku kuatkan ler semangat.. Pagi tadi bz masuk meeting Bahagian Pentadbiran.. jadi meeting dah abis dalam pukul 12.30 tengahari gitu.  Untuk menu meeting tadi ada Mee Kari. Pas tuh plak ada ofismate bawak makanan sikit² sorang cam potluck jugak laa..  Jadi hari nie pewut pun kenyang jugak laa sampai sekarang ini.  Antara menu yang ada selain mee kari.. ada sandwich, pulut kuning ngan rendang ayam, kuih-muih, roti ngan kaya, pisang pun ada. 

Aku pun rasa syukur gak.. sebab hajat nak belanja ofismate Bahagian Elektrik makan pagi terlaksana. juga pada Jumaat pagi yang lepas.   Alhamdullillah iyela berkat dapat duit untuk APC aku hari tuh.. gaji bulan nie baru masuk.  Terima kasih pada ofismate aku yang tolong uruskan dan order makanan pagi.  Aku pada mula malas nak havoc kat dia orang yang aku belanja.. tapi at last dia orang tahu jugak.  

Semalam pagi Ahad aku, hubby dan anak ke Pasar Bt 9.  Sebelum itu singgah minum pagi kat restoren mamak yang berdekatan.  Aku jarang pergi pasar hari Ahad.. selalu gi pasar malam jerk tapi hari Khamis lepas hujan jadi tak de laa ke pasar malam dan makanan basah pun dah habis.  

Lepas beli belah di pasar.. balik umah simpan barang² semua, aku dan hubby ke Keramat.  Kak Yang ajak weols ke Ampang nak buat bekam.  Citer pasal bekam ini aku buat N3 berasingan nanti yer.  Balik dari buat bekam singgah ke Keramat balik, solat Zohor plak.  Pas itu aku ke rumah Siti, dia buat jamuan hari jadi anaknya.  Oleh sebab aku tak ke rumahnya pada raya lepas, jadi weols pun pergi laa ke rumahnya.  Borak² dan makan² sampai kul 6 petang dan weols pun balik laa..

Minum feveret anak aku.. Milo Ais 

Feveret anak aku.. Maggi goreng 


 Hubby dan anak kesayanganku


Roti Sardin feveret hubby aku 


Ini sarapan pagi aku semalam.. Roti Telor 


Aku bersama dengan Siti Zarina & Hubbynyaa Haron.. 




Friday, October 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Yasmin Hani dan Shahrin

Tahniah!!
Selamat Pengantin Baru diucapkan pada 
Yasmin Hani dan Shahrin.  
Moga perkahwinan kalian ini akan 
kekal bahagia hingga ke akhir hayat.



Dengan sekali lafaz, pengantin Yasmin Hani Richardson dan Sha’arin Mohammed Razali Wong bergelar suami isteri setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi.
Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa 7 dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. 7 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.
Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.


Kedua-dua pengantin telah memilih warna sedondon berwarna putih yang telah diilhamkan oleh Qamilla dan ditatarias oleh kenalan rapat pasangan pengantin yang dikenali Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Beliau juga dipertanggungjawabkan menatarias pasangan pengantin semasa persandingan nanti.
Singgahsana nikah yang serba indah ini telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali atas keinginan dan kesepakatan kedua mempelai.


Cantik baju dia..simple.. 


Tangisan setelah bergelar isteri

Amboi pandangan Sharin pada Hani yang ......

Simple jer pelamin tapi cantik.. 



Sumber dari : Oh Bulan.com dan Beautiful Nara...

Thursday, October 20, 2011

Makan Meeting Pas Tu Makan Lagi..

Ini nasi lemak masa meeting tadi aku simpan untuk makan tengahari plak..

Hari ini kiranya kenyang perut aku.  Iye laa pagi tadi Kak Siti, CC aku belanja makan Nasi Lemak Sotong Kering.  Alhamdullillah kenyang perut aku.

Pas tuh dalam pukul 9.30 plak aku ada meeting bahagian.  Jadi aku pun ada order Nasi Lemak ngan ayam goreng.  Kuih plak aku order ngan Cik Mel, kuih koci dan cucur badak.  Aku tak makan laa nasi lemak yang aku oder tuh.. jap lagik kut..baru nak santap.  Tadi masa meeting cuma makan kuih aje ngan minum air teh.

Mata plak rasa cam ngantuk jer nie.. Jom tido jap.. :) pas tuh baru bangun makan.. hehehe.. :)


Wednesday, October 19, 2011

WordLess Wednesday..

Semalam kawan ofis bagi.. Hmm.. dulu aku tak reti makan.. 
skrg nie.. dah jadi suka plak.. :) Botol pun dah jadi kecik rasanyaa dulu
beso sikit..  Korang suka tak?
Yer ! Yer! Ini adalah BUDU .....

Tuesday, October 18, 2011

Novel ~ Bukan Cinta Biasa


Novel ini aku tak beli seperti biasa tukar novel ngan kawan ofis aku... Mula² jalan citer slow sikit..tapi lama² rasa excited plak nak baca cepat sampai abis..  Sesapa yang lum baca jom layan sikit sinopsis kat bawah nie..

Aku beri 4/5 bintang

Sinopsis


Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap.

Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.

Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantara tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti miskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya, namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang boleh menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam tuntuh di saat bahagia mengunjungi tiba? Bagaimakah reaksi Azlisyam setelah mengetahu cinta Shahira sememang untuk nya? Mampukah Azlisyam meraih cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia meunggu cintanya?




Monday, October 17, 2011

Anak Aku Pun Pergi Seminar

Lambat aku bersiaran hari ini.  Baru sempat nak update sebabnya.. dok bz update carta maklum laa tengah odit sekarang ini.  Iye laa.. last² minit gini baru laa nak buat.. dan satu lagi sebabnya server kat ofis hari ini asik² laagg aje.. pas tuh tak de connection dan down.  Dah petang gini baru sistem okey sikit.

Semalam anak aku seharian tak de kat umah.  Dia pergi Seminar kat UPM.  Sekolah anjurkan dengan satu syarikat motivasi ini.  Anak aku sibuk sangat nak pergi.  Jadi weols bagi dia pergi. Seminar ini adalah untuk budak² darjah 4 dan 5 yang mengajar cara² nak mendapat 5A. Walaupun anak aku ini tahun depan baru darjah 5 tapi aku tak kisah jika di dedahkan dahulu iye laa at least dia leh dapat gambaran tentang peperiksaan UPSR yang dia akan ambik pada tahun 2013 nanti.

Bas betolak dari sekolah dalam pukul 7.30 pagi. dan sampai kembali di sekolah pada sebelah petangnya dalam pukul 6.30 petang.  Seronok tengok dia.. iye laa dapat pergi sendiri dengan naik bas dengan kawan² sekolahnya.

Hari ini jugak sekolah dah mula peperiksaan akhir tahun hingga hari Jumaat.  Aku doakan moga dia dapat menjawab kertas soalannya.  

Seronoknya dia dapat naik bas ngan kawan² 





Friday, October 14, 2011

Gotong Royong Ofis..

Bermula dari 17 - 12 Oktober 2011, SIRIM akan datang ke organisasi weols nie.  Jadi hari ini Jabatan anjurkan gotong-royong membersihkan ofis.  Bermula dari pukul 10.45 hingga 12.15 tengahari, masing-masing sibuk laa membersihkan apa² yang patut laa..

Makanan plak weols wat pot luck.  Setiap bahagian bawak laa atau pun order laa dari mana² pas tuh makan laa beramai².   Aku join Bahagian Elektrik.. bayar laa RM5.  So weols order Laksa laa.. Ada yang bawa Nasi Lemak,  KueyTeow Goreng,  MeeHoon Goreng, Kuih-Muih, Lasagna, Spagetti Bolognese, Sandwich Sardin & Telur... banyak lagik laa..

Aku ambik laa sikit² nak rasa..kan.. Alhamdullillah kenyang pewut aku hari ini.. Kejanyaa tak laa banyak sangat pun..heheheh.. makan jerk yang lebih.. erkk..!

Berkumpul dulu.. di Dataran.. sebelum memulakan tugas.. 


Mendengar arahan dari Pemangku Pengarah.. 


Sebelum mula acara bergambar dulu... 


Makanan yang belum dibawa keluar..utk dihidangkan.. 


Tu dia.. Laksa yang weols order.. tapi rasanyaa..tak berapa nak kick laa.. tapi boleh laa..


Tengok penuh meja.. 



Wednesday, October 12, 2011

WordLess Wednesday..

Suka dengan bauannyaa..beli dari kawan ofis..

p/s : Kalau beli LT nie..kalau nak guna dalam kereta jangan dikeluarkan dari plastik..tapi.. keluarkan sikit² ikut arahan kat belakang plastik tuh.. kalau dikeluarkan semua kuat sangat baunyaa.. faham ke apa aku kabo nie..??

Tuesday, October 11, 2011

Al-Fatihah Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia




Sumber : MURAI.COM


KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Biduan Negara Datuk Ahmad Jais yang digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia oleh pengarah muzik terkenal, Dato Ramli MS telah pun kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Ahmad Jais yang dilahirkan di Kapar, Kelang, Selangor pada 28 Mac 1936 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam Selangor.

Dia yang dikenali menerusi lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari) dan Juwita Ku Sayang (duet bersama Darin Rafeah Buang) meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan paru-paru.

Sejak menghambakan dirinya sebagai anak seni, Ahmad Jais sudah merakamkan suara menerusi lebih 100 lagu dalam 15 album. Kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Beliau juga pernah menjuarai anugerah Juara lagu asli pada 1959 dan 1960, Juara lagu pop (1962) dan Juara lagu asli (1962), Anugerah Sepanjang Zaman Papita 2011 serta Anugerah Budian Veteran menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2002).

Selain itu, beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk mengadakan beberapa konsert yang besar. Antaranya, Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau juga turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang diPertuan Aging Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-63 pada 2006.

Pihak warga murai.com.my ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh industri hiburan tanah air.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah...


p/s : Salam Takziah buat keluarga Allahyarham.. Moga rohnyaa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh..Insyallah.. Amin.

Monday, October 10, 2011

Jalan² Ke FESKUM

Hari Jumaat lepas baru aku berpeluang ke FESKUM yang hampir nak berakhir.  Iye laa Jumaat je laa pun yang sempatnyaa..nak berjalan² nak melihat jualan dan gerai yang ada.  Rasanyaa tahun ini tak banyak sangat gerai.  Yang banyak pun gerai yang jual bunga dan bear.  Gerai makanan pun banyak gak.  Gerai baju, tudung dan aksesori tak banyak..  Aku tumpang kereta Fizah dan pergi bersama Cik Mel, Kak Rohaya. 

Parking keta kat Canselori..dan jumpa Molly kat sana.  Jalan² dan aku sempat laa beli kain pasang.  Dia orang jual 3 pasang RM50 jer.. boleh laa.. Kain pun not bad laa.. texturenya.. Dah membeli belah.. singgah ke pejabat Molly.. weols makan kat situ jerk.. Dah kenyang makan balik le ke ofis.

Jalan dalam kampus pun jem.. 


Gerai² yang terdapat di Pesta Konvo 



 Ingat nak beli brooch tapi tak de yang berkenan di hati..


Bersama Fizah dan Cik Mell.. sempat lagik posing tuh...


Friday, October 07, 2011

Ria Qistina

Novel ini aku pinjam dengan ofismate aku.. kiranyaa tukar² novel.. Dah lama tak baca... so sambung balik laa baca novel.. Jalan citer.. menarik dan happy-ending.. Novel nie dah lama..tapi baru aku dapat baca.. :)

RIA QISTINA


Aku kasi 3.5/5 bintang


Sinopsis :

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui. 


Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri? 


Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'


Betul Ke Piring Astro Mengadap Kaabah?



Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan... Wallahualam...

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Sumber :  NurulAmir.com


P/s : Subhanallah Maha Suci Allah.. Ku Pasangkan Niat dan Berdoa Agar Aku Akan Sampai Ke Tanah Suci Mu..Insyallah..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss