Wednesday, November 30, 2011

Kenduri Kahwin di Sg. Besi

Sepi jer blog nie.. beberapa hari tak update.. Terima kasih pada teman² yang masih juga sudi singgah di blog aku ini... Semalam sambung lagi bercuti sehari lagi.. Saja je ambik cuti rehat tapi ada je benda yang dapat diselesaikan.

Hari Sabtu yang lepas, aku ke kenduri rumah ofiismate aku.. Abang Arifin.  Dia buat kenduri kahwin anak perempuannya..  Aku sampai di rumahnya dalam pukul 2.30 petang.  

Meriah juga kenduri kahwin anaknya tuh.. Temanya Merah dan Putih..  Pengantin pakai baju putih cream kalau tak silap.  Tak ada gambar pengantinnya.. sebab pelamin nun jauh ke depan sana.  Ada suruh anak gi snap gambar.. katanya.. malu..adess anak jantan ku ini.. pemalu ler plak.. 

Dah selesai makan.. balik le apa lagik.. tak sempat nak jumpa tuan rumah sebab tengok dia pun bz melayan tetamu.  Balik dari rumah pengantin singgah kat pekan Bt. 9 sebab hubby nak hantar kasut untuk dijahit.  Sayang laa plak.. kasut baru lagik..tapi dah tercabut..so baik jahit terus... Aku pun hantar laa sekali 2 pasang kasut ingatkan nak tampal/gam aje..tapi tukang kasut tuh cakap baik dijahit aje.. dan tahan laa lama sikit.... kasut ditinggalkan dan akan diambil pada hari Selasa.. sebab dia pun cuti jugak..

Tema Merah & Putih..Pelamin nun jauh di depan sana..


Muka kekenyangan.. tapi bergambar ada perkara wajib.. 


Gambar wajib makanan memang wajib ambil kalau gi mana² kenduri.. 


Bersama anakanda tersayang.. nie pun puas dok ngajak gi sama.. mula2 tuh taknak pergi... 


Bergambar dengan Abg Arifin.. tuan rumah..


Friday, November 25, 2011

Korang Pernah Makan Ker?

Tengahari tadi selepas aje mesyuarat Bahagian.. Aku ikut Cik Mell pergi
ke Mid Valley.  Punya laaa  ramai orang sampai nak parking pun
punya la.. susah.  Berberapa kali laa dok pusing² dalam parking lot
Mid Valley.. tuh.  Maklum laa ada sale plak tuh..

Kat Mid Valley.. pergi beli sikit barang dan lepas tuh singgah laa
kat gerai Tako Tao.  Aku 1st time gak laa nak rasa.. Cik Mel 
suggest makan ini.  Lagi pun aku tak berapa nak lapar.. sebab lepas
meeting tadi makan plak nasi lemak...

Harga seperti tertera di bawah.. 
Rasa pun sedap..lemak² masin..kenyang jugak memakannya..




P/S : Takziah untuk teman sepejabat Fadhir di atas kepergian ibunya mengadap illahi.. Moga rohnya dicucuri rahmat..

Thursday, November 24, 2011

Aktiviti Yang Seterusnyaa..

Okey sambung aktiviti weols lepas makan tengahari di rumah Kak Yong.
Sebenarnya weols tak de pun plan.. lepas je Bengkel.. Sham
ajak weols gi main bowling kat Wangsa Walk.  Call Angah
ajak join sekali ..tapi dia orang ada plan lain plak.
Jadi weols 2 family je laa yang pergi.. 

1st time aku main bowling kat sini.. 










Wahh bangg.. cam pemain pro laa.. cara balingan tuh..hehehhe


Anak aku..ini adalah 1st time jugak dia main bowling.. 


Balik dari main bowling singgah makan kat KFC.. Wangsa Maju.. order yang set ini.. 


Tersenyum² budak² ini tak sabar nak makan dah...


Wednesday, November 23, 2011

Aku Dah Tukar...

Hari ini dengan rasminya aku telah bertukar dari 
Maxis ke UMobile.
Nombor telefon masih lagi sama tapi network operator aje
yang telah bertukar.  Iye laa aku nak guna internet kat phone.
Kalau guna maxis..mahal tuh.. tapi bila tengok UMobile punya
package.. kira berbaloi laa.. 

Aku ambik package RM58.  Ada 2G untuk Internet
dan yang bestnyaa kalau aku call line UMobile to UMobile
aku dapat 100 mins percuma dan 200 mins percuma ke
network operator lain dalam sebulan.. Kira okey laa kan.. pas
tuh nak berinternet sampai lebam pun boleh.. 

Coverage plak.. UMobile guna Celcom punya transmitter..
Tu pasal aku rela bertukar.. lagi pun macam aku beritahu kat
atas nun.. nombor telefon maintain 012.. so tak payah susah²
nak inform orang lain..kan..kan..kan................ 


Kalau port-in guna nombor lama kena tunggu dalam 3 - 5 hari bekerja.. 
Aku ke Berjaya Times Square..UMobile punya Service Center.. 
hari Isnin lepas pas tu just register jerk..
bagi IC.. tanpa charge apa².. So hari ini.. dapat message dari 
UMobile dah boleh guna service dia orang..
Apa lagi insert laa sim-kad.. dan setting laa apa² yang patut.. 
dan dah boleh layari Internet..


Tuesday, November 22, 2011

Bengkel Mind Mapping

Hari Ahad yang lepas.. hubby aku ada registerkan anak aku untuk join bengkel 
'Mind Mapping' kat ofis dia.  Bengkel bermula dari jam 10.30 pagi hingga pukul 12 tengahari.
Ibubapa pun boleh join jugak.. Nak gak belajar cara-caranya.  

Mind Mapping ini lebih kurang kita kalau nak buat shortnotes kita buat dalam point form laa..
kira kena carik 'keynote'nya.. Adess susah plak nak explain.. Kalau uols google boleh jugak tahu
dengan lebih detail lagik..

Selesai bengkel.. Sham ajak ke rumah.  So weols makan tengahari 
di rumah dia orang laa.. Makan nasi ngan ayam dara.. sedap jugak.... 
lepas makan weols nak keluar bersama.  Nak kemana.. nanti sambung di next N3..yer.. 


Suka laa Haiqal.. sebab geng dia Mizan ada bersama..


Bersama anak² yang lain jugak..


Amboi sempat lagik hubby aku enterprame...


Contoh..nyaa.. lebih kurang.. laaa


Ini laa cikgunyaa.. Siti Rohani..kalau tak silap..salah seorang pensyarah di BMI, UNIKL


Ini hasil contengan anak aku...

p/s : Tahniah team Harimau Malaya.. kerana ngauman uols telah menakutkan Garuda.. Moga lepas ini terus lagi maju jaya.. 

Monday, November 21, 2011

Hari Sabtu Yang Lepas..

Hari Sabtu lepas, Angah & Kak Yong sekeluarga datang jalan² ke rumah aku. 
Angah call dalam pukul 11 lebih bagi tau nak datang petang tuh.  
Ingatkan Angah jer yang datang.. jadi aku pun masak ler
meehoon goreng sebungkus aje.. pas tuh Kak Yong call kata nak datang
jugak.. alamak meehoon tinggal sikit jerk.. jadi aku roger laa
hubby aku gi kedai tapaukan sikit mee goreng wat tambahan
mee hoon aku.  Kak Yong datang bawa kuih goreng pisang dan
roti gulung tapi tak tau laa inti apa sebab aku tak sempat
nak makan pun.. Bila dia orang datang meriah sikit laa rumah aku
petang itu.  Angah balik dalam pukul 7 lebih gitu sebab malam tuh
dia nak ke rumah kak ipar dia plak kat Keramat.  Kak Yong stay kejap
sampai pukul 8 lebih pas tu dia orang pun balik laa.. sebab esoknya
Haiqal dan Mizan ada kursus kat ofis hubby aku.. ini nanti aku citer
N3 seterusnya.. yer..





p/s : Good Luck untuk Harimau Muda.. moga berjaya membawa pulang emas utk Malaysia.. dan benamkan Garuda.. 

Friday, November 18, 2011

Novel Semarak Cinta



Ini adalah novel terbaru yang baru yang aku beli.  Aku dapat novel ini hari Jumaat lepas.  Order online aje dari Kaki Novel.  Mulanya aku nak pinjam jer dari Cik Mel. tapi.. bila dia kata citer nie best.. rasa rugi plak kalau pinjamkan..nanti kalau nak baca ulang² dah tak boleh.  

Citer Semarak Cinta ini pada mula citer nie je pun dah best.. banyak unsur usik mengusik.. kena mengenakan.. Bila baca boleh tersenyum sendiri.. tapi bila sampai part yang sedih tuh rasa nak menangis pun ada.... Don't worry.. citer ini happy ending.. dan best.

Aku bagi : 4 1/2 bintang dari 5 bintang

Sinopsis :


‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.

Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?



Thursday, November 17, 2011

Gadget Terbaru

Hari Ahad lepas, weols ke Low Yat.  Hajat pada mulanya saja laa nak 
cuci² mata dan nak survey harga Samsung Tab. 
Jalan² dari satu booth ke satu booth.. hingga laa ada satu booth
saja laa tanya..harga..  Tengok dia tawarkan harga agak memuaskan laa
jadi hubby dah terbekenan plak.  Apa lagi.. terus terbeli...laa dan sekali
gus terbeli gak laa handphone Samsung Galaxy W.  Adessss semuanya
'ter'  laa plak.. Bila ada Tab nie senang laa sikit nak angkut ke mana² tak
payah bawak laptop.. 

Tab ini jadi kesukaan anak aku ler..sebab banyak 
plak game dalam tuh.. makin seronok laa..dia..  Weols guna
Tab dengan UMobile..sebab 5G untuk RM68.

Samsung Galaxy Tab 10.1..yang dihajati oleh hubbyku 


Senyum jerk.. hajat dah tercapai.. 


Sedang pasang screen protector.. 


Samsung GalaxyW.. nak beli yang Note mahal laa plak..

p/s : Hari ini lambat update.. sebab dari tengahari tadi tak boleh masuk blog.  Ura²nya dengar pihak IT nak block le plak..mungkin dalam perancangan.. tah.. laa boring laa plak kalau tak leh masuk blog during ofis hour gini.. adess.. bila free nak gak tengok blog.. sabo je laa.. harap² tak jadi laa.. kena carik alternatif lain ler gamoknyaa.. :)


Wednesday, November 16, 2011

Rasa Nak Gugur Jantung Aku Nie..

Nie citer pasal anak aku... 
Petang semalam aku balik keje seperti biasa, hubby jemput laa.. 
Bila weols balik dan melalui jalan nak ke rumah, terserempak
anak aku sedang naik basikal melalui jalan tuh jugak.  Jalan 
tuh jenis yang menurun dan ketika itu weols dari arah bertentangan
nampak laa dia laju jer.. ngan basikalnya.  Hubby yang cakap dia
terperasankan anak aku laju je menurunnya.. Weols pun pusing laa balik
nak kejar dia.  Pada masa tuh dah maghrib dan weols heran laa nak 
pergi mana.  Mulanya memang mungkin dia nak pergi umah makcik
aku..tapi napa masa ni.

Masa weols patah balik weols carik laa mana dia.. rupanya dia dah
terlentang kat tengah jalan betul² depan keta Alphad.  
Masa tuh aku tak leh cakap dah..terkejut, tergamam.  Hubby aku
cepat² turun dari motor.. tengok dia tengah terkejut jugak macam
blur.. pas tuh menangis laa.. Jalan yang tempat dia jatuh tuh betul²
persimpangan trafic light..memang jalan yang orang masuk ke taman²
perumahan dan kebetulan plak trafic light tuh rosak.. so keta sesuka
hati je laa..masuk dan keluar.  Masa tuh banyak laa motor berhenti 
nak tengok kan..  Hubby angkat dia ke tepi jalan.  Tengokkan samada 
ada patah ke, tak boleh jalan ke.. 

Tapi memang syukur alhamdullillah anak aku selamat.  Cuma luka
sikit kat tangan, badan lebam sikit dan benjol di kepala.  Hubby gi
umah makcik aku pinjam keta hantar anak aku gi klinik.. cuci luka dan 
bagi ubat tahan sakit/deman.  Nie pun tengah monitor kalau² ada muntah² 
iye laa takut kan..kut2 benjol tuh ada hal lain.  Hubby pun EL hari nie
jaga dia.. mintak MC sampai Jumaat.

Syukur alhamdullillah.. Allah selamatkan anak aku.  
Ini jugak satu pengajaran pada dia kerana degil sangat.. 
Dah pesan jangan bawak basikal keluar jalan besar nie laa akibatnya.. 
Bila dah kena begini harap dia serik laa..



Tuesday, November 15, 2011

Yang Perempuan Dah Pernah Buat Ke Test Ini?

Lambat betul aku update blog hari nie.. Hari ini bz sikit pas tu plak orang dari Pusat Teknologi Maklumat plak datang nak install Active Drive kat computer.  Selain dari itu bz nak siapkan permohonan jawatan baru laa plak...

Semalam petang aku ada appoinmen kat PPUM.  Aku buat Mammogram.  Iye la aku tak pernah buat lagi test ini.  Biasa laa semalam aku punya appoinmen pukul 2 tapi kena tunggu dekat pukul 3 petang baru dapat masuk bilik.

Mesin Mammogram yang baru sekarang ini tidak laa sesakit mesin dulu².  Mak aku penah guna mesin yang lama dia kata dulu lagi sakit bila ditekannya 'payudara' .  

Prosedurnya yang aku buat semalam sebanyak 4 kali.  2 kali di sebelah kiri dimana depan dan sisi dan juga 2 kali di sebelah kanan depan dan sisi.

Bila dah selesai tu aku pun rasa lega laa..sebab pada aku yang aku buat tuh tak de laa sakit sangat pun.

Lepas selesai tu, aku disuruh tunggu dalam 10 minit dia staff radiology tu panggil.. dia suruh aku masuk balik.. aku dah cuak dah.. nak tengok lebih detail lagik..so aku pun masuk laa.. kali ini dia guna prosedur lain plak.. dia nak aim satu tempat  aje siap tanda lagik..nie..  kali ini memang sakit dia press tuh..aduhai rasa nak kuar dah air mata ni menahan sakit.. tapi ku tahan kan jugak.. 

Dah selesai tuh.. aku tunggu kejap tengok tak de apa dah.. dia orang suruh laa balik.. so aku balik ofis je laa.. sebab mintak izin je keluar kejap.  Akunya appoinmen nak jumpa doktor minggu depan hari Isnin baru leh tahu apa keputusannya..

Masa menunggu tuh ada budak perempuan muda lagik.. dah ada 'lump'.  So, aku  nasihatkan laa pada uols semua yang mana tak pernah buat tuh pergi laa.. buat test ini.  Iye laa.. lebih baik tahu sekarang daripada tahu dah terlambatkan..  Sekarang nie penyakit kanser 'payudara' ini tak kira dah tua atau muda..

Uols tak payah takut laa..tak sakit laa.. rasanya kat luar buat pun tak de laa mahal sangat kalau tak nak menunggu lama kat hospital kerajaan nie.. 

Mesin Mammogram..


Monday, November 14, 2011

Aktiviti Petang Jumaat

Gotong-royong diteruskan semula selepas berehat hari Jumaat lepas sebab masing² ada yang bercuti nak sambut Raya Haji.  Bermula seperti biasa 3.30 petang.  Masa tuh cuaca telah beransur gelap tapi hujan masih belum turun.  Mulakan tugas masing² menyapu daun² kering di hadapan pejabat weols nie.. seperti biasa laa..

Aktiviti berjalan hingga laa hujan turun rintik² terus lebat dengan guruh berdentum².  Berlari laa balik ke ofis.  Sempat laa mengeluarkan peluh dalam 1 jam.  Kiranya abis awal laa dalam 4.30 petang.  Sepatutnya sampai pukul 5 petang.

Balik ke ofis, Linda ofismate weols yang tak turun sebab kena jaga kaunter.. siapkan roti bakar dan air sejuk sarsi..maklum laa masing² dah dahaga dan dapat plak makan.. ngisi pewut masing².  Alhamdullillah .. terima kasih kat Linda laa..   

Minggu ini weols bert'shirt OREN laa plak.. menampakkan cerianyaa.. Masa buat keje nie semua tak terasa lagik sakit kat kaki ni.. tapi masa 2 hari lepas aduhai.. sakitnya pelipat lutut nie..abis camno sabo je laa.. :)



Bersemangat masing² menyapu daun² kering.


Seperti biasa kalau tak bergambar tak sah kan.. posing tetap jugakk..


Tu dia Pn Linda.. bz menyediakan juadah utk teman²


Hujan telah turun.. lariiii...


Sukaanyaa Wani..




Friday, November 11, 2011

Jalan² Ke Giant Cheras

Cuti hari Isnin yang lepas aku sekeluarga ke Giant Cheras yang baru aje dibuka.  Kiranyaa nak merasmikan pertama kalinya laa. sambil² nak membeli barang dapur sekali.  Giant ini terletak di tepi highway Cheras - Kajang bersebelahan rumah yang orang panggil rumah disney tuh..bentuk umah katun..hehehe.. Dalam Giant nie banyak laa jugak kedai² yang lain dan jugak ada kedai makan.  My Mom's Chicken Rice Shop yang Linda Onn punya pun ada bukak francise kat situ.  Sapa² yang berdekatan yang Cheras boleh laa pergi jalan² ke situ plak.


Nak parking pun jem.. maklum laa tempat baru ramai orang yang serbu nak tengok kan..
 nasib baik dapat parking.. 


 Giant terletak di tinggal atas...


 Berdepan ngan Giant ada banyak jugak kedai..


Guardian pun ada.. 


Antara barang² yang di beli.. Kerusi tuh untuk kawan anak aku 
yang datang untuk main game kat umah


Penat membeli belah singgah kat Food Court dia plak.. 
Biasa laa anak aku suka ngan chicken chop..dia.. 


Hubby aku plak ngan Nasi Goreng Ikan Masin... ngan Tomyam Campur.. 
Control hensem ke bangg..!! 

Jemput makan semua.. :)  
Sikit punya banyak makanan nasi jugak yang dicari..


Nasi Goreng Daging.. tah napa suka plak sekarang order.. tapi nasi dia okey² aje.. tak de laa
sedap sangat pun..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss