Monday, January 30, 2012

Menghadiri Majlis Kahwin

Sabtu,28 Januari 2012

Hari ini aku memenuhi jemputan walimatulurus dari Kak Mon yang aku kenal masa aku bekerja di Syarikat EAC dulu.  Bila aku kena VSS, ingatkan terputus laa hubungan tapi tak sangka plak aku jumpa balik Kak Mon ini bila dia jugak bekerja di UM.  Ini adalah majlis perkahwinan anak lelakinya.  Aku pergi berdua jer ngan hubby.  Sekarang ini susah betul laa nak ajak anak aku tuh kalau nak gi berjalan ke mana².

On the way ke rumah pengantin di flat Taman Bukit Angkasa.. 


Tu dia pengantin di arak.. siap dijunjung lagi...curlast..gitu.. 


Sama cantik sama padan.. pink karer... 


Sebenarnya pengantin menggunakan perkhidmatan dari Cik Mell dan ibunya..


Makanan yang dihidangkan ada rebung, ayam golek, daging rendang, kerabu kacang botol.. 


Pengantin tersenyum di atas pelamin 


 Okey masa nie dah beransur nak balik...


Sempat lagi bergambar dengan Kak Mon.. tuan rumah.. 
Kak Mon maintain jer dari dulu sampai srkg tak de berubah pun.. 


Sebelah petang plak Odie kawan lama aku singgah ke rumah.  Dia pun peminat tegar membaca novel.  Sempat lagi bertukar novel dengan dia..


Thursday, January 26, 2012

Hari Tu Aku Beli......

Hari Sabtu lepas aku ke Pasar Tani di Kajang Prima Saujana.  
Aku suka kalau pergi ke PT nie sebab kalau nak cari bahan²
 untuk masak lauk-pauk kampung nie senang nak dapat.. 
 Meh tengok apa yang aku beli.. jom layan..yer.. 

Ini Daging Salai..  

Ikan Pekasam 

Ikan Keli Salai (ada 8 ekor)
Dah masak 4 ekor buat gulai lomak cili padi dengan belimbing buluh.. 
terasa laa jugak ikan ini di salai ngan sabut.


Ikan Terubuk Asin Sarawak.. memang sedap.. 


Wednesday, January 25, 2012

WordLess Wednesday..

Nyum² sedapnyaa..

Friday, January 20, 2012

Selamat Pengantin Baru Ally Iskandar & Farah Lee




Tahniah dan Selamat Pengantin Baru di ucapkan pada Ally Iskandar dan Farah Lee yang selamat diijabkabulkan pagi tadi di Masjid Kristal, Terengganu.  Moga perkahwinan yang dibina ini 
akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat... Amin


Gambar Kredit : Beautifulnara.com & OhBulan.com

farah lee
Akhirnya bertemu jugak jodoh Ally Iskandar setelah putus tunang tahun lepas..


farah lee




farah lee


farah lee
Pasangan yang cantik dan sepadan jer..

farah lee

SONY DSC

p/s : Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti pada semua teman².  Pada yang akan berjalan jauh sila laa pandu dengan cermat dan berhati² di jalanraya.. yer..

Thursday, January 19, 2012

Sambutan Birthday Anis

N3 yang tertangguh.. layan kan je laa yer.. :))

Sabtu, 14 Januari 2012

Pagi lagi aku dah bangun sebab aku sekeluarga, termasuk mak aku, Kak Yang dan Kak Nyah akan menghadiri kursus kat Ampang dalam setengah hari gitu.  Sebelum kursus singgah bersarapan dengan restoren disitu.  Kursus bermula dalam pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang.


Nasi Lemak ada sotong seketul dan ayam goreng share ngan anak aku.. pilihan hati.. 


 Pewut tengah lapar.. tapi posing itu mesti.. hehehe..


Amboi tersenyum hubby aku.. apa laa yang mencuit hati tuh

Abis dari kursus weols ke Keramat hantar Kak Yang balik.  Kat rumah Kak Yang plak ada Enda Kak Sal sekeluarga datang dari Sg. Petani.  Dia orang tido di Keramat semalam dan petang dah nak balik ke Perak rumah mentua dia di Sg. Sumun.

 Muka² orang yang kekenyangan


Makan tengahari cum petang.. Nasi Beriani dengan Rendang Daging, Ayam Goreng 


Sempat lagik Angah posing.. ngan CD dan Ahmad


Petang tu di adakan sambutan hari lahir untuk Anis.  Angah siap buat kek special lagi.  Cantik kek Barbie nya.. tu. Kek cam beli kat kedai laa plak..

Kek Coklat Barbie 


 Besday Gal potong kek Barbie dengan mamanya.... MakNgahnya buat special utk dia..


Anis bergambar ngan keluarganya.. terselit plak Ahmad, Umar dan anak aku Haiqal 


Penuh rumah bila dah ramai ahli keluarga berkumpul 


Sempat plak hubby snap gambar nie.. :) 


Bergambar dengan Umar Raziq.. dulu tak nak kat orang skrg nie dah okey dah.. 

HAPPY BIRTHDAY ANIS. MOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI 
DAN MENJADI ANAK SOLEHAH YER.. 


Wednesday, January 18, 2012

Takziah Untuk Keluarga Ayah Andak

Al-Fatihah

Selasa, 17 Januari 2012

Pada hari Isnin aku ada lihat status sepupu aku Imah kat FB yang mengatakan Ayah Andak aku dimasukkan ke hospital.  Jadi aku pun tanya laa khabar kat dia pasal keadaan kesihatan Ayah Andak.  Dia bagi tahu Ayah cuma sakit perut dan keadaan dah okey lepas doktor masukkan ubat dan air.  Katanya dah boleh buang air besar pun.  Jadi tak de laa nak merisaukan.  

Dalam pukul 12.30, Imah telefon katanya ayah sedang tenat.  Aku terkejut laa kan.. iye la dimasukkan ke hospital cuma masalah sakit perut tiba² dan nazak. Dalam pukul 1.30 tengahari, Imah telefon lagi.. katanya Ayah dah meninggal. Aduhai sebak betul rasa hati ini.  Iye laa tak sempat nak melawat, arwah dah pergi .  Sakit kejap aje.  Walaupun sedih tapi syukur alhamdullillah kerana dia pergi dalam keadaan yang senang tanpa sakit yang teruk.

Aku telefon hubby aku memaklumkan pada dia.. masa tuh hubby ada kat luar sebab pergi kedai motor nak tarik rantai.  Jadi dia kena balik ofis dulu maklumkan kat ofis dan hubby sampai kat ofis aku dalam pukul 3.30.  Balik umah amik mak aku dan anak aku plak.. bertolak balik ke kampung.  Imah bagi tahu yang arwah nak dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah atuk dan uwan.  Jadi dari hospital Kuala Pilah dah siap kapan terus di bawa ke surau dekat dengan kubur.

Aku terkilan sebab tak sempat nak tengok dia.  Weols sampai dalam pukul 6 petang.  Arwah baru lepas kebumikan dan sedang baca talkin.  Mak aku plak masa nak bertolak tu tiba² rasa nak demam.  Bila sampai di tanah perkuburan itu, mak aku tak turun pun sebab badan mak aku panas sangat.  Takut plak dia pengsan sebab katanya kepala pening.  Jadi lepas dari kubur tak de singgah ke rumah arwah kat Bukit Rokan sebab kalau nak ke sana ambil masa 1 jam.  Weols terus balik lagi pun masa tuh dah nak dekat Maghrib.  

Dalam perjalanan nak balik tuh, aku cadang cari klinik dulu sebab risau sangat. Cari laa klinik kat pekan Kuala Pilah.  Jumpa doktor, dapat ubat 3 jenis. Charge dia mak oii punya laa mahal.. RM80 sebab agaknya doktor (Cina) tu ada tanya dari mana.. so cakap laa dari KL dah tentu tak de follow-up kan.. ambik kesempatan ler charge mahal gitu.  Sabo je laa.. harap ubat nie boleh buat mak aku sembuh.  Mula tu cari klinik doktor melayu tapi doktor tak de plak masa tuh dan doktor masuk klinik dalam pukul 8 malam, cam na nak tunggukan.  Tu yang cari klinik lain.

Aku mendoakan semoga arwah Ayah Andak aman di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Al-Fatihah...


Monday, January 16, 2012

Aktiviti Hari Jumaat Lepas

Jumaat, 13 Januari 2012

Hari ini aku cuti.  Hubby aku pun cuti jugak.. tapi dia dapat cuti tanpa rekod laa ganti dia keja hari ahad lepas.  Anak aku pun tak gi sekolah hari ini takut tak sempat nak balik umah tengahari.

Pagi keluar dalam pukul 8.45 pagi.  Singgah makan sarapan dulu.  Aku dan anak order meehoon soto, hubby plak roti telor dan mak aku makan nasi lemak.  Anak aku 2/3 hari susah nak makan kerana mulut dia kena ulser.. kesian laa plak.. asik meragam aje laa perangai dia.. 2/3 hari ini sebab susah nak makan.

 Tengok muka budak sakit mulut... meehoon tuh tak abis makan aku jugak tolong abiskan..

Meehoon Soto.. aku punya

Lepas bersarapan, weols terus ke PNB sebab aku dan emak nak keluarkan duit sikit.  Urusan di situ adalah dalam 45 minit.  Dah kebetulan sebelah PNB plak ada bangunan Tabung Haji.  Jadi aku pun ambik kesempatan laa bukak akaun.  Dah lama aku nak bukak akaun tapi tu laa ada je tak berkesemapatannya.  Hubby pun dulu ada akaun tapi dah lama tak aktif so bukak jugak laa akaun baru.  Dalam pada tuh buatkan jugak akaun bersama hubby ngan anak aku.  Jadi weols bertiga dah ada laa akaun Tabung Haji.  Jadi duit dari ASB tadi aku masukkan laa sikit dalam TH.  Mulanya fikir nak daftar haji tapi hubby plak tak cukup lagi sumber dalam akaun yang boleh melayakkan untuk mendaftar jadi kena tangguhkan laa dulu sebab kalau daftar sama boleh pergi bersama.

Hubby sedang berurusan buka akaun TH untuk anak aku.

Sekarang ini urusan TH lebih mudah sebab kemudahan itu telah disediakan oleh Maybank (sesiapa ada a/c MB senang berurusan) di ATM.  Antaranya :

1.  Pengeluaran wang tunai daripada akaun Tabung Haji
2.  Pemindahan wang - daripada akuan maybank ke akaun TH (sendiri atau pihak ketiga)
                                 - daripada akaun TH ke akaun Maybank (sendiri atau pihak ketiga)
                                 - daripada akaun TH ke akaun TH (pihak ketiga)
                                 - daripada akuan TH ke akaun TH Amanah (sendiri)
3. Pertanyaan baki
4. Pendaftaran haji
5. Pendaftaran akaun TH (sendiri atau amanah) dengan ATM Maybank


* Caj RM1 dikenakan (seperti yang tercatit dalam brosur TH)

Selesai aje berurusan di Tabung Haji, weols gerak ke Setapak plak rumah mak aku. Sebelum tuh singgah makan tengahari dulu.  Weols makan Nasi Ayam.  Naik umah mak aku, rehat kat sana kejap sementara tuh hubby dan anak aku pergi solat Jumaat.  Weols gerak balik ke rumah dalam pukul 5 petang lebih lepas segala urusan selesai.

Nasi Ayam Ku.. sedap..  



Air buah.. aku punya Fresh Oren dan hubby pun jus mangga



Thursday, January 12, 2012

Bayar 2 Hengget Jer

Alhamdullillah.. rezeki lagi hari ini.  
Tengahari tadi weols kat ofis nie makan Domino Pizza.
Semalam ofismate mintak kat weols RM2 pada yang nak makan pizza.
So weols apa lagi.. bagi je laa RM2.

Tadi Cik Mell tolong oderkan.  Oder 5 kotak semuanya.. tapi 
untuk Bahagian weols 4 kotak jerk yang sekotak lagi bagi
kat Bahagian Kewangan.

Ofismate aku Linda yang tolong bayarkan balance duitnya..
TQ laa pada Linda.. Masing² dapat laa makan 2/3 keping sorang
kenyang gak tuh.. iye laa makan pizza nie cepat muaknya.. 

 Linda yang belanja weols makan..pizza hari nie.. 






Sorri laa gambar blur laa plak.. masing² dok berebut le plak..hehehe.. ambik gambar guna hp jerk..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss