Friday, March 30, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 ~ Mekah 12/3 - 20/3 Part 1

Hari Isnin 12/3/2012, adalah hari terakhir di Madinah.  Pagi subuh tuh telah mandi sunat ihram.  Hubby dan anak bertukar memakai ihram sebelum keluar bersolat subuh.  Weols bertolak ke Mekah selepas solat Zohor dan makan tengahari.

 Berpakaian Ihram.. abaikan katil yang beselerak itu..

 Baju² semua dah siap packing..

 Menuju ke Masjid utk solat zohor.. Cuaca panas..




 Tiga beradik..

 Mengisi perut sebelum betolak ke Mekah yang akan mengambil masa selama 4 jam.. lebih.



 Berhenti Miqat di Bir Ali.. untuk niat Ihram

Sekitar pejalanan ke Mekah.. gunung dan padang pasir

 Ada sikit² je rumput yang tumbuh..

Sempat menhayati matahari terbenam.. semasa dalam perjalanan.. sungguh indah sekali..

Nanti sambung lagi yer... tunggu..


Thursday, March 29, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 ~ Madinah 9/3 - 12/3 Part 3

As-Salam..

Semalam aku MC.. dan anak aku pun masih tak sihat.  Jadi aku dan hubby pun decide nak bawa anak aku ke PPUM.  Iye laa dah dua klinik dan 2 jenis antibiotik yang diberi tapi masih juga panas badan on/off.  Batuk yang berterusan.. kesian plak aku nengoknya.  Tau je laa kalau ke PPUM.. mesti lama punya.  Bila jumpa doktor dan cek.. biasa laa tonsilnya.. bengkak dan menyebabkan dia demam berterusan. Weols sebenarnya risau kut ada virus lain.  Jadi kena ambik antibiotik yang kuat sikit.  So kalau antibiotik yang kuat semestinya Augmentine.. memang ini yang terbaik.  Pagi ini kurang sikit laa batuknya.. Alhamdullillah.  Aku plak lepas balik dari PPUM.. terus ke klinik panel aku.. jumpa doktor ambik ubat jugak.. dan sekali gus ambik MC sekali.  Mintak jugak antibiotik kuat sikit.. sebab batuk dan selsema tak jugak baik² nie..  Hari ini telah kembali bekerja seperti biasa.. 

So kita sambung citer pasal umrah yer....

Ini adalah di dalam Masjid Quba


Hubby dan Ustaz Ramly..


Aku bersama Mak dan Haiqal


Ini laa Masjid Quba.. 
Bersolat di sini boleh mendapat pahala bersamaan 1 Umrah..

Bergambar berlatar belakangkan Bukit Uhud..


Anak aku sedang membaca doa untuk sedekah pada yang gugur semasa peperangan Uhud..

Ini adalah tanah perkuburan.. mereka yang mati semasa peperangan Uhud.. 
Wangi jer.. bau..bila angin bertiup.  Gambar di ambil dari celah cermin yang pecah..

Ini semasa singgah di Pasar Kurma.. Punya laa ramai orang.. berasak²

Tempatnya tak laa berapa besar.. tapi bila dah ramai.. jadi laa bersesak.. nak bayar punya laa lama..

Ini suasana di dalam Masjid Nabawi.. bila ada yang malas nak balik ke.. 
berehat² dulu di sini menunggu masuk waktu..

Suasana sekitar di Masjid Nabawi selepas solat..

Kenderaan yang membawa tong² Air Zam-Zam..

Hari² terakhir di Masjid Nabawi.. sedey sungguh..nak meninggalkan Masjid Nabi ini..



Tuesday, March 27, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 ~ Madinah 9/3 - 12/3 Part 2

Suasana di airport Madinah.. mat² bagla ini sibuk dok offer service 
nak tolong tolak trolley bag.  Dia orang charge laa tapi tak
 tanya plak berapa.  Weols tolak sendiri jerk..


Menuju ke bas yang telah tersedia untuk menjemput ke hotel penginapan.

Ini laa keadaan bilik weols di Madinah.. alhamdullillah agak selesa 

Bilik mandi pun okey jugak.. 

Malam tuh weols tido dengan lenanya.. maklum laa penat.  Pukul 4.15 pagi terjaga terdengar azan dari masjid.  Ingatkan dah masuk waktu subuh.. kelam kabut ler.. bangun.  Rupanya azan itu adalah azan untuk membangunkan dan memanggil ke masjid.  Jadi bersiap² laa.. lepas tuh pergi ke bilik mak dan kak ipar ajak dia orang sekali ke masjid.  Seronok rasanya pepagi berjalan beramai².  Tengok berbagai bangsa tapi satu agama bersama² pepagi tuh berjalan laju jerk.. iye laa.. takut tak sempat plak kan.  

Perjalanan dari hotel ke Masjid Nabawi adalah laa dalam 100 meter.  Subhanallah bila pertama kali menjejakkan kaki ke sana.. Ya Allah cantiknyaa Masjid Nabi ini. Weols solat subuh pagi cuma di luar saja beratapkan payung besar tu..  Sebab kalau lambat kat dalam masjid dah penuh.

Tengahari berjalan semula ke Masjid untuk solat Zohor.  

Pergi awal.. dan dapat laa masuk ke dalam Masjid.  Kalau nak masuk ke dalam masjid henfon dan kamera tidak dibenarkan.  Tapi kalau nak bawa jugak pandai² laa sorok sebab setiap pintu masuk ada polis wanita berpurdah dok cek beg.  




Lepas aje solat.. ramai peniaga terutama orang² dari somalia berniaga kat tepi² jalan depan masjid ini.  Tapi kalau ada polis lintang pukang laa dia orang ini lari.. cam bandaraya laa.. berniaga tanpa lesen.

Lihat laa suasana ramai yang mengerumuni.. peniaga yang menjual..

Ketika payung kuncup.. kalau tak salah masa ini nak gi solat maghrib..

Dua orang kakak iparku..

Bergambar bersama mereka.. berdua..

Gambar ini diambil ketika hubbyku pertama kali masuk ke Raudah.  Memang berebut².  Lepas tu dia masuk kali kedua dengan anak aku sempat laa solat disitu.  Memang rezeki dia dapat ke Raudah 3 kali.

Weols yang perempuan ini memang susah nak masuk ke Raudah sebab ada time². Pada mulanya weols pergi laa waktu pagi tapi tunggu lambat sangat lagi pun nak kena pergi ziarah jadi aku dan kak ipar tak jadi laa nak menunggu.  Masa menunggu tuh sempat laa aku lihat bumbung Masjid Nabawi ini terbuka.. subhanallah.. memang cantik dan menakjubkan.  Teruja melihatnya.

Lepas Maghrib malam tuh, aku beritahu kat mak.. aku teringin sangat nak masuk ke Raudah.. jadi aku pesan kat mak aku.. kalau aku lambat.. mintak mak aku balik dulu.  Jadi aku pergi laa kat ruang masjid yang nak ke Raudah tuh ambik tempat kat situ.. sambil tunggu solat Isyak.. masa tuh aku sorang jerk.. memang aku tawakal laa.. lepas solat tuh.. ada sorang perempuan pakistan sebelah aku beritahu selalunya dia orang akan buka pintu untuk kaum wanita dalam pukul 8 lebih gitu.. aku pun teruja laa kan.. 

Weols yang perempuan ini dikumpulkan mengikut bangsa laa.. jadi aku duduk dengan  yang melayu dan indon sebab ada pintu utk weols masuk.. (susah nak explain..kalau uols pergi sendiri baru tau).. lagi pun tak nak weols nie di himpit² oleh bangsa turki dan arab yang besor² tuh.

Alhamdullillah.. dengan rezeki dan izin Allah dapat jugak aku jejak kaki ke Raudah.. sempat bersolat 2 rakaat.. Memang tak boleh berlama² laa kerana ramai sangat orang.. berpusu² aduhai.. memang tak sabar kalau tak kuat iman.  Dalam pada aku sorang² terserempak jugak ngan kak ipar aku.. dia orang pun rupanya sama gak ngan aku nak jugak sampai ke Raudah.  Iye laa.. kalau tak jejak kaki tah bila laa boleh sampai ke sini kalau diizinkan..memang laa nak pergi lagi.

Bila laa selesai.. on the way nak keluar tuh nak laa ambil gambar kubah hijau tuh.. belum sempat nak snap dah kena halau ngan polis wanita.. iye laa kan dilarang bawa kamera.. sapa² yang bergambar pun kena halau jugak.. sedey laa jugak.. tapi tak per.. redho je laa... aku bersyukur hajat tercapai..


Kalau lapar..boleh gak beli burger.. kat sini...

Nanti sambung lagi yer aku ada meeting... plak..



Monday, March 26, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 ~ Madinah 9/3 - 12/3 Part 1

As-Salam

Hmm.. lama dah blog ini tak berupdate.  Sejak balik tak sempat nak update sebab badan jadi tak sihat.  Sampai sekarang masih lagi batuk dan sikit² selsema.  Anak aku pun masih lagi demam on/off jer.... risau laa jugak.

Okey aku citer serba sedikit mengenai perjalanan umrah aku baru² ini. Sebenarnya aku sekeluarga tak de plan pun nak pergi Umrah.. tapi memang niat tuh dah ada. Jadi tahun lepas dalam bulan 8 gitu, Ustaz Ramli kawan ofis hubby aku ajak join dia sekeluarga pergi Umrah.  Bila hubby bagi tau kat aku.. aku pun bagi tau kat mak aku dan makcik aku.. serta kakak ipar aku..Jadi weols pun booking laa 7 orang semuanya..  tapi last minit makcik aku tak dapat nak pergi sebab dia kena back-pain yang teruk.

Aku tak pernah nak war-warkan kat blog sebab iye laa kita merancangkan Allah saja yang menentukan.. samada kita akan dapat pergi atau tidak.. Nanti beria-beria dok canang sana sini last² tak jadi malu plak kan.  

Sehari sebelum berangkat, masa tuh malam memang dugaan laa plak. Kebetulan hari tuh hujan turun lebat seharian serta banjir dan tanah runtuh. Weols nak keluar laa.. tiba² kat awning rumah berlengkor ular sawa remaja.. aduhai betul² aje kat atas kepala hubby aku masa dia bukak pintu pagar rumah. Call pertahanan awam dan bomba dia orang tak boleh datang.. iye laa sana sini ketika tuh banyak trajedi.. Jadi mintak tolong laa dengan jiran².. terpaksa laa.. di katuk ular tuh sebab takut masuk kat umah orang lain plak.. 

Terima kasih laa pada jiran² yang membantu ...

Patutnya weols nya flight pada pukul 2.30 pagi tapi MAS tunda pada pukul 11.30 pagi.  Pas tu tunda lagik hingga pukul 6.15 petang.  Tapi dalam pukul 12.30 tengahari dah keluar dari rumah naik van yang makcik weols sewakan hantar sampai KL Sentral.. nak naik ERL ke KLIA sebab kena ada di sana dalam pukul 2.30 petang.  Selalu tak de laa jem sangat jalan ke KL Sentral tapi hari tuh jem giler.. memang dugaan betul.. laa

Di KL Sentral.. tunggu 2 orang kakak ipar aku.. dalam pukul 1.45 weols naik ERL ke KLIA dan sampai dalam pukul 2.50 petang dan berkumpul dengan ahli rombongan yang lain.  Dapatkan tag nama, tag bag dan ada taklimat dari pihak travel agency. Dalam pukul 4 dah check-in bagasi dan menuju ke bahagian Immergresian laa plak cek hand-luggage dan bag kecik.. Sapa² yang bawa air mineral semua kena tinggal atau bawa cecair.. kena keluarkan.. Kalau nak bawa juga kena letak dalam bag besar.

1st time naik ERL.. seronok jugak.. 

Laju jugak laa. naik ERL..

Check-in Bagasi  

Dalam ruang menunggu..  

Melangkah untuk masuk ke dalam kapal terbang..

Dalam 6.15 petang.. naik kapal terbang.  Aku ini laa kali pertama naik kapal terbang yang besar dulu pernah laa naik yang kecil jer... kiranya teruja laa jugak. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam. Dapat tempat duduk kat depan pas tuh plak dekat ngan pantry.  Selalu laa terbau makanan yang dia orang panaskan kat situ.. Weolsnya flight kiranyaa best jugak laa, alhamdullillah sebab tak de transit kat mana² direct terus ke Airport Madinah dan sampai di Madinah 10.45 malam waktu Arab Saudi kiranya masa tuh dalam 2 pagi kut waktu Malaysia.  Airport Madinah kecik jerk.. turun dari kapal terbang naik bas bawa ke terminal.. cek dengan imergresen .. cop pasport, cek bag.. alhamdullillah selesai dalam pukul 11.30 malam terus naik bas ke hotel. Kiranya sampai di hotel dalam pukul 12 malam gak laa..
  
Telah berada di awan nan biru..

Amboi seronok 2 beranak nie..

 Posing jangan tak posing..
  
Air Jus Jambu.. sebelum makan malam 

Makan malam.. Nasi Beriani..

Jus yang akan di edarkan pada penumpang..

Lepas makan malam dapat makan eskrem.. ini

Nie makanan lewat malam plak.. kenyang pewut aku... sedap plak tuh..

Sempat lagi hubby aku berposing dekat pantry.. 
steward kat belakang tuh sempat lagi enterprem..

Nanti sambung lagi.. yer..  ada keje.. laa..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss