Friday, June 29, 2012

Menariknya KIDZANIA

As-Salam

Semalam anak aku ikut rombongan sekolah ke KidZania.   
Masa anak aku minta kebenaran nak pergi sini aku tak de 
laa nak kisah sangat apa bendanya KidZania nie.  

Rupanya menarik jugak laa tempat ini.  Kat sini didedahkan
mengenai kerjaya yang bakal anak² kita nak jadi apabila besar nanti.

Anak aku bila balik semalam seronok betul bercerita pengalaman
dia pergi ke sana.  Dia cakap dia sempat jadi Pilot bawa
kapalterbang AirAsia, jadi ahli bomba, jadi pakar bedah.. katanya
bedah pas tu keluar darah.. cam betul jer, panjat bangunan,
 jadi polis pegang pistol, kata pistol cam betul punya.. 
Dia juga jadi Chef buat cupcake, jadi magician 
dan banyak lagi laaa.. 

Dia dah sibuk dok bodek ayahnyaa ajak pergi lagi.  Bayaran
untuk masuk ke sana utk dewasa RM35 dan kanak-kanak RM55
yang ada mykad dan mykid laa..

Kidzania ini terletak dekat The Curve, Kota Damansara.
Pada uols yang ada anak² tuh rasanya tempat ini
menarik untuk dijelajahi bersama mereka... 
Aku pun teruja plak nak pergi tengok tempat ini..

Info selanjutnya klik KIDZANIA




p/s : Gambar anak aku tak de.. cikgu tak bagi bawa kamera...

Thursday, June 28, 2012

Ella Bakal Akhiri Zaman Bujang..

Ella Nikah Juruterbang 7 Julai Ini

Tahniah!.. Dalam diam² dah nak kawin.  Akhirnya bertemu juga
jodoh Ella ini dengan Juruterbang plak tuh..
Jadi, tunggu laa hari bersejarah seminggu je lagi......

Kredit : Murai.com


KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.

Menurut ahli keluarga Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, penyanyi yang baru saja memenangi pertandingan Mentor ini bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.

Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Sebelum menerima khabar gembira ini, Ella telah dikesan menghadiri kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu.

Dari sinilah munculnya spekulasi Ella bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.

Bagaimanapun, ketika itu, Ella enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan dan lebih banyak mendiamkan diri.

Ternyata tatkala itu, Ella mahu fokus mendidik Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Mentor pada 10 Jun lepas.


Cantik FM ini..

As-Salam


FM Vietnam

Seronoknya dapat FM ini 
Terima kasih pada ofismate aku. 

Dia baru je balik dari Vietnam.
Aku nie tak tau laa bila boleh pergi ke sana
Kiranya dah dapat FM nie pun rasa dah seronok sangat.

Teruja juga nak ngumpul FM macam teman² blogger yang
dah mengumpul banyak FM sampai dah tak muat dah peti es tuh.. :)



Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday


Menu meeting pagi tadi...
posted from Bloggeroid

Tuesday, June 26, 2012

Jom Layan SURIA

As-Salam..


Dahulu aku ada pendengar setia ERA dan Sinar Fm.  
Tapi sejak kebelakangan ini aku tersuka plak dengan SURIA.FM ini.  

Sebabnya tak banyak sangat iklan dan lagu² nya pun best dari tahun
90an hingga yang terkini.  Aku dengar kat pc ofis nie haa..

Jom layan.. mana tau korang nak try plak 
dengar canel ini.. SURIA.FM


p/s : Bukan nak promote.. saje je nak bagi tau canel radio mana yang aku suka jer... hehehe..

Monday, June 25, 2012

Penampilan Terbaru Ras Adiba Radzi

Imej Baru Ras Adiba Radzi

Sumber : Murai.com


KUALA LUMPUR, 23 JUN 2012: Inilah penampilan terbaru personaliti TV dan pembaca berita senior, Ras Adiba Radzi yang telah dirakamkan baru-baru ini.

Portal murai.com.my telah dilayangkan dengan beberapa foto Ras Adiba Radzi yang kini memilih imej botak sebagai penampilan terbarunya di kaca TV mahupun dikhalayak ramai.

Difahamkan, Ras Adiba Radzi telah membotakan kepalanya sebagai menyokong usaha Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai Makna menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Apa yang menarik, rambut di kepala Ras Adiba Radzi telah dipotong di salun A Cut Above oleh pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Sumber memberi tahu, Ras Adiba Radzi langsung tidak kisah seandainya tindakannya itu akan menjejaskan kerjayanya kerana apa yang lakukannya itu demi membantu golongan yang di dalam kesusahan.

Kempen Makna itu telah berjalan sejak sebulan lalu dan pihak berkenaan berharap agar kempen Jom Botak itu akan dapat memenuhkan tabung Makna sekitar RM50,000.

p/s : Moga apa yg dikorbankannya itu berbaloi..


Friday, June 22, 2012

Kenyangnyaa Perutku Hari Ini..

As-Salam

Hari ini lambat sikit nak update.. bz plak dari pagi tadi dok uruskan 
tiket kapai terobang utk boss yang nak gi KB dari semalam lagi.
Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.

Hari ini kenyang plak pewut aku.  Pagi tadi dah sarapan meehoon
goreng. Pas tuh tengahari tadi, ada plak orang ngajak makan pulut
kuning ngan rendang.. hahaha dah kenyang makan mata pun kuyu
jerk.. So tido ler kejap tadi.. segar laa sikit badan nie..

Nie sarapan pagi aku..tapi tak abis pun kenyang laa plak...


Tengahari tadi.. makan pulut kuning ngan ayam rendang nie 
share ngan kawan ofis aku.. alhamdullillah kenyang pewut..

Tadi masa tengahari.. ada plak orang ngajak makan lagi.. kul 4 petang.. nanti..tapi tak tau le nak pergi ke tak.  Tak sedap laa plak hampakan jemputan orang kan.. :)



Thursday, June 21, 2012

Novel ~ Pergilah Air Mata




Kredit : 4.9/5 bintang

Novel ini dah lama diterbitkan.  Memula tu memang tak teruja nak membacanya pun dan tak de dalam list.  Tapi bila nampak novel ini kat tempat ofismate dan dia tanya nak pinjam tak, aku katalaa tak nak baca citer sedih² nie.. Pas tuh dia kata memula jek sedih pas tuh bila baca asik senyum² jerk.. So aku pun pinjam laa.. Memang best.. Rugi plak tak baca dulu².  Pada uols yang belum pernah membaca novel ini boleh laa beli atau pun tukar² novel ngan member² yang kaki novel.  Kat ofis nie pun ramai dah member² yang dah jadi kaki novel..

Cerita mengisahkan Sabrina dan Badrul yang ditangkap basah gara² perbuatan kawan baik Sabrina sendiri yang memerangkap Sabrina yang masuk ke bilik hotel Badrul yang lupa untuk mengunci pintu bilik.  Bila dah tertangkap, Badrul anak seorang dato' yang ingin menutup aib malu terpaksa gak laa kawin ngan Sabrina.  Sabrina ini plak lagi sebulan dah nak bertunang.  Memula hidup Sabrina ini asik laa kena maki hamun jek ngan Badrul dan ibu mertuanya.  Nasib baik bapa mertuanya tuh baik hati..  Badrul yang memang tak suka memulanya dengan Sabrina.. berkahwin juga dengan Yana, teman wanitanya.. Tapi disebabkan teman wanitanya ini gila kerja selalu aje laa ditinggalkan. Dalam pada masa tu laa cinta berputik di antara Bad dan Sabrina.. So nak tau lebih lanjut..uols leh baca online atau beli aje laa novel ini.

Sinopsis :

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA

Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Special N3 untuk ending yang tiada dalam novel boleh baca di  SINI

Bakal diadaptasikan dalam bentuk drama..




Wednesday, June 20, 2012

WordLess Wednesday..

As-Salam


Tercabut sudah gigi anakku..malam tadi..

Tuesday, June 19, 2012

Kenduri Doa Selamat di Rumah Pak Ngah Ku

As-Salam

Hari Sabtu lepas dalam pukul 10.30 pagi, aku sekeluarga 
bersama makcik aku ke rumah Pak Ngah di Sg. Way.  
Dia buat kenduri doa selamat.  Weols sampai di rumahnya 
dalam pukul 11.10 pagi.  Majlis belum lagi bermula 
kerana masih lagi menunggu tetamu dan kariah masjid
 untuk sama-sama membaca doa.  Kenduri doa selamat ini 
adalah untuk mengucapkan syukur kerana Pak Ngah aku ini 
baru sihat dari sakit.  Hari tuh dia masuk ICU 
kat Asunta Hospital.  

Alhamdullillah dia dah sihat seperti sediakala.  Kenduri ini juga
untuk arwah Pak Andak aku dan juga mak mertua Pak Ngah.
Majlis berjalan dengan lancar.  Selesai doa selamat, its 
makan time.

Makanan di kater dari sedara Mak Ngah yang diimport
dari Paroi, N9.  Antara hidangannya ada Nasi Putih, Daging
Salai Cili Api, Sambal Udang, Ayam Goreng, Sayur Rampai
Ikan Masin, Ulaman dan Sambal Belacan dan tuan rumah
sempat buat kerabu mangga.  Sedap sungguh
rasanya.  Sebelum balik sempat laa tapau sikit lauk 
untuk buat makan malam.

 Hahahah acara waji bergambar dalam kereta.. 


 Sedang menuju ke Sg. Way... Jalan jem sikit jer nak menuju ke Angkasapuri..


 Doa selamat sedang berjalan..


Hubby dan anak ku.. Di sebelah hubby tuh suami sepupuku, Redza..


 Dah selesai doa selamat.. menjamu selera laa plak..


 Para tetamu sedang menjamu selera..


 Ruang hidangan makanan


Nyum² teringat balik sedapnyaa..


 Aku bersama Pak Lang.. abang mak..


 Aku bersama hubby tersayang..


 Aku bersama Haiqal & Hakimi..


 Bergambar kenangan dengan adik beradik mak..


 Dari kiri : Pak Tih, Mak, Pak Ngah, Pak Lang, Makcik (Indok)
yang tak de adik mak yang bongsu Acik dan Pak Ndak yang
baru meninggal bulan Januari lalu.


Bukan senang nak berkumpul adik beradik gini kalau tak de majlis kerian begini..


Monday, June 18, 2012

Hubbyku Ke Cinta Alam Kelimat

As-Salam

Hari Khamis lepas, hubby aku ngan Ustaz Ramli dan stafnya pergi ke Sg. Siput untuk booking tempat untuk diadakan kursus OC bagi minggu orentasi pada bulan Julai untuk intake baru.  Nama tempat ini Cinta Alam Kelimat.  Sesuai sangat laa untuk buat kursus kat sini.  


 Ada jambatan gantung..





Hubby dan Ustaz Ramli.. Co-ordinator.. 


 Cinta Alam Kelimat.. tu ada nombor telefon sekali.. 
pada yang berminat nak tau lebih lanjut












Ada banyak lagi gambar aku ambik sikit jer.. hijau jer pemandangan.. Nanti bila jadi kursusnya di sini In- Sya-Allah akan di updatekan plak..

Friday, June 15, 2012

Resipi Masak Lemak Cili Api Daun Pegaga

As-Salam

Hari tuh kan aku ada citer yang aku masak gulai lemak cili api pegaga.. jadi ada yang bertanya resipinya.  Jadi aku sharekan resipi yang sangat simple ini.  Selalu orang makan pegag gitu je kan.. Mana laa tau kut nak cuba cara gini plak.. 




Bahan-bahannya..
1.  5 ikat pegaga nak lebih pun tak boleh..
2.  Cili padi 10 biji.. ikut suka laa nak pedas ke tidak (tumbuk lumat)
3.  1 keping (kalau yang besar) Asam Gelugor
4.  1 kotak Santan
5.  Kunyit hidup atau serbuk pun boleh (kalau hidup tumbuk dengan cili api tadi)
6.  Segenggam ikan bilis.. suka laa kalau nak lebih pun boleh.. lagi sedap..
* Kalau masak orang N9 tak de pakai bawang yer..

Cara-caranya.. 
1.  Potongkan laa dulu daun pegaga tuh asingkan daun dari batangnya kalau boleh ambik laa sikit akarnya 
2.  Masukan semua bahan di atas kecuali daun ke dalam periuk termasuk batangnya.. Masukkan garam.
3.  Masakkan hingga menggelegak.
4.  Keluarkan asam gelugor sebab tak nak jadi masam sangat.
5.  Boleh masukkan daunnya plak.. Kacaukan.. hingga ia masak..

Gulai pegaga ini kalau dikeringkan lagi sedap.. macam redang plak rasanya..  Selamat Mencuba yer..

p/s : sorri yer.. tak berapa reti sangat nak tulis resipi nie.. 1st time nie.. hehehe

Thursday, June 14, 2012

Novel ~ Kau DiTakdirkan Untuku



Novel ini aku pinjam dari ofismate aku Jumaat lepas.. 
dan dapat dihabiskan hari Sabtu malam.  Cerita yang best jugak.. tu yang
aku leh abiskan cepat tuh.. sebab tak sabar nak tahu 
apa jadi selanjutnya..  

Kredit : 5/5 bintang

Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.


Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.


Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.


"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram. 



Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri? 


Wednesday, June 13, 2012

WordLess Wednesday


1st time makan.. ada orang yang bagi.. Mee Siput


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss