Thursday, August 30, 2012

Beraya Ke Rumah Kak Nyah

Assalamualaikum

Ahad, 26 Ogos 2012

Hari Ahad lepas weols ke rumah Kak Nyah untuk
beraya dan dalam  masa yang sama nak melawat 
anak dan cucu barunya, Nur Iman Damia.

Dah berjanji dengan Kak Yang, Angah 
dan Kak Yong sekeluarga.  Sampai di 
rumah Kak Nyah dalam pukul 4 petang. Weols dijamu 
dengan laksa dengan nasi impit dan rendang ayam.

Jom kita layan gambar je laa yer.. 


















Beransur pulang ke rumah sebelum Mahgrib.. 
Okey tu jer..
Sekian.. :))


Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum

Kerabu Jantung Pisang.. Dapnyaaa..nyum²

Tuesday, August 28, 2012

Hari Raya 2012 - Part 2

Assalamualaikum

Okey meh disambung kembali kisah raya yer..

Lepas balik dari beraya ke rumah mak/ayah Ninie.. weols meneruskan perjalanan ke rumah Wanchu di Ipoh.  Iye laa dah sekali jalankan. Masa dalam perjalanan tuh tak de plak hujan tapi bila sampai jer kat rumah Wanchu hujan dah turun rintik² terus jadi lebat laa plak.

Seperti biasa hidangan lemang dan  rendang menjadi juadah weols.  Anak aku memang peminat lemang betul.  Mana² pergi mesti makan lemang dengan rendang. Berborak² dan bertanya khabar.. weols plan plak ke rumah dua pupu hubby dekat² situ jugak laa.  Di situ weols semua makan meehoon sup.  Memang kenyang laa perut.

Weols gerak dari rumah sepupu hubby dan terus ke masjid berdekatan untuk solat Maghrib.  Selesai solat weols pun balik laa.  Malam nie tido kat umah Kak Imah. Sampai di rumah Kak Imah makan kuih laa plak. Pas tuh abang ipar dok keluarkan doyan sebiji besor.  Dek sebabkan kenyang.. aku makan seulas jerk.. tuh pun rasa jenuh nak abiskan.. Kalau tak kenyang mau 2/3 ulas aku makan.. heheheh



 Tengok anak aku dah basuh tangan nak makan lemang laa tuh..

Tu dia makan doyan malam² 

Hubby, Abg Usop, Abg Ijai 

Haa tengok 2 beranak nie sampai ke malam berbaju melayu..hehehe.. 
Doyan tuh Elly tolong abiskan..


Isnin, 20 Ogos 2012

Hari Raya kedua, weols plan nak ke Bota laa plak melawat kubur arwah mak hubby aku.  Lepas dari melawat kubur weols ke rumah pak sedara hubby, Acik Rahim. Tapi dia tak de kat umah cuma makcik aje yang ada.  So borak² aje laa ngan makcik.. Lepas dari rumah Acik Rahim, weols balik laa ke rumah sebab nak gi jalan² rumah orang lain takut tak de kat umah.  Sampai umah Kak Imah, siap² packing baju angkat bag masuk keta.. pergi laa plak laa rumah Kak Idah.. tido semalam kat sana sebelum weols balik ke KL esoknya.  Tahun ini raya tak berapa nak seronok sangat sebab kurang jalan beraya.  Aku ni suka jalan² hehehe.. 

Bersarapan pagi dengan beseleranyaa disediakan oleh Kak Imah.. 

Makan beramai² memang seronok..

 Dah siap² tuh apa lagik posing² ler kejap..dengan Kak Sal dan anak² nya


Nak abiskan mercun yang dibeli oleh anak ku.. ngan hubby² aku sekali kena main.. 

Sebelum gerak ke Bota singgah kat umah Kak Idah kejap.. 


Di tanah perkuburan di Bota.. 

Di kubur arwah mak.. 

Singgah di rumah pakcik Rahim.. 


Makciknyaa je yang ada..

 Sempat laa posing dlm keta..


 Makan tenghari yang simple..

 Kak Idah rajin dok membersihkan kebun kelapa sawitnya..depan umah jerk

Nie masa singgah kat R&R Ulur Bernam..
Punya laa ramai orang.. nak masuk toilet pun beratur..dan nak 
membeli pun beratur gak..

Pada hari raya ketiga.. weols dah balik KL.  Bertolak dari Perak dalam pukul 5 petang dan sampai di rumah dalam pukul 9.30 malam lepas hantar Kak Yang balik ke Keramat.  Okey tuh jer kisah raya di kampung..

Monday, August 27, 2012

Hari Raya 2012 - Part 1

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya.. pada semua teman².  Hari ini rasanya ramai yang telah mula bekerja semula.  Sama laa ngan aku pun.  Seminggu bercuti raya cam tak terasa jerk.. Pepagi plak hujan.. sejuk jerk..kalau dapat tido alangkah seronoknya.. kan.kan kan.. hehehe..

Ramai blogger telah mula meng update citer pasal raya.. aku nie baru nak citer.. maklum laa bila mood raya, blog pun jadi lemau je laa.  Macam mana sambutan hari raya uols semua.. tentu meriahkan.. debaboom gitu.. 

Weols sekeluarga balik ke kampung pada petang hari Sabtu tuh.. Sebelum tuh weols singgah umah makcik aku untuk bermaafan ngan mak dan makcik.  Lepas itu baru ke Keramat untuk ambil Kak Yang untuk balik bersama.  Tahun ini Angah dan Kak Yong balik ke rumah mertua masing-masing.  Singgah di pasar ramadan di Keramat beli laa sedikit juadah untuk berbuka sebelum weols singgah di R&R Rawang untuk makan dan bersolat.  Weols sampai di rumah Apak dalam pukul 10.30 malam.

Ahad, 19 Ogos 2012

Pepagi raya dah bangun.. menyiapkan sarapan dan menyiapkan diri untuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya.  Tahun ni nasib baik pergi cepat.  Dapat laa solat kat dalam masjid.  Kalau tak mesti weols kena solat di luar aje.

Weols baru balik dari solat hari raya.. 

Aku dan Kak Yang..

Balik dari masjid, bersiap-siap plak untuk ke Bukit Pekan, Kampar melawat kubur. Memang menjadi kebiasaan akan ke sini setiap tahun bawa Apak.

Kubur arwah abang hubby ku..

 Kubur arwah opah hubby.. 

Kubur arwah atok hubby..

Lepas melawat ke kubur, weols pergi ke rumah mak sedara hubby aku, adik apak. Sekarang adik beradik apak tinggal wanchu aje laa.  Kak Sal sekeluarga jumpa weols kat rumah Wanchu aje laa..




Amboi berselera anak bujang ku dapat makan laksa..



Lepas beraya ke rumah Wanchu weols balik semula ke rumah Apak.  Acara bergambar² kejap  laa seperti biasa kan.  Lepas bersolat, bersiap² packing baju masuk dalam kereta.  

Gambar raya weols sekeluarga.. 


Gambar raya Kak Sal sekeluarga

Acara seterusnya ke rumah besan Kak Yang di Batu Gajah.  Selalunya weols melawat pada Hari Raya kedua.. tapi sebab tak de nak pergi ke tempat lain jadi ke sana laa.  Weols telefon laa dulu.. dan kedua ibubapa Ninie ada kat rumah. Kenyang perut makan² raya nie.  Lepas makan sempat laa Skype dengan Zaid dan Ninie kat UK.





Nyum² sedap hidangan di rumah Mak Ninie 

Sempat laa Kak Yang berskype dengan Zaid dan Ninie.. 
sambil tengok cucu Fahim Zidane yang dah masuk 4 bulan dah.. 
Cute Fahim dengan baju melayunya..

Sambil berskype..nie hujan turun dengan lebatnyaa.. tapi weols terpaksa laa redah jugak sebab lepas ini akan ke Ipoh pulak rumah Wanchu, adik arwah mak kat Ipoh.

Kita berehat sebentar..yer..nanti sambung lagi...



Sunday, August 26, 2012

Kad Raya Pengganti Diri

Sticky N3.. New N3 Sila Scroll Ke Bawah Yer

Kad Raya Pengganti Diri

Hari ini telah masuk 25 Ramadhan kita berpuasa. 
Tinggal 5 hari saja lagi kita akan menyambut
hari lebaran yang bakal tiba.

Dengan itu aku ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jika aku ada terkasar bahasa di dalam blog
aku ini yang tak seberapa ini aku
mohon ampun dan maaf

Kepada teman² blogger yang ku sayangi
jika balik ke kampung nanti 
korang berhati² laa yer di jalanraya
dan selamat sampai di kampung halaman
dan dapat menyambut hari raya ini
dalam suasana yang gembira bersama
kaum keluarga yang tersayang.

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss