Thursday, March 28, 2013

Layan Nasi Ayam.. Tadi


Tengahari tadi.. aku dan ofismate keluar makan.  Selalunya jarang weols
keluar dari kampus pada hari biasa kecuali hari Jumaat.

Hari ini plak kat ofis cam di landa garuda laa plak sebabnya
sunyi.. ada yang bercuti.. dan ada plak yang pergi berkursus.

Boss aku plak cuti.. so ilex ler sikit..kan.. cuma boss kecik 
je ada..hari ni...

Esok aku plak cuti.. saja jer.. nak berehat.. 

So layankan laa yer gambar nie weols gi makan kat 
Kedai Nasi Ayam Pak Yob Tip Top..  Memang ramai laa
orang penuh sesaja laa.. meja.. kat sini.. Selain dari nasi ayam.. ada gak
Sup bermacam jenis.. oder je laa mana terasa nak makan..kan.. 















Wednesday, March 27, 2013

WordLess Wednesday


Semalam.. Tengahari Di Bangsar..

Lamb Chop Black Paper

Ais Lemon

Mine.. Chicken Chop.. sedap..


Tuesday, March 26, 2013

Kira Okey Laa Tuh..



Pada minggu lepas bermula dari 20 hingga 22 Mac 2013 telah
diadakan Sukan Tahunan sekolah anak aku..

Jadi ini adalah pingat yang dibawa balik laa..
Katanya ada gak yang berkumpulan yang dia menang tapi
Cikgu simpan kat sekolah..

Walaupun tempat ke 3.. tapi bangga laa jugak..dapat pingat..ini..









Monday, March 25, 2013

Harap Tak Bocor Laa Lepas Ini..


Hari Sabtu pagi yang lepas aku ke pasar dengan hubby sebab barang basah dah kehabisan. Balik dari pasar bersarapan roti canai kat umah jerk.  Selalunya sebelum ke pasar singgah laa kedai Maidin bersarapan tapi sebab Abang Uda nak datang jadi weols tapau aje laa makan kat umah jer.. Dalam pukul 10.30, Abang Uda sampai.  Weols panggil dia sebab nak mintak tolong tampalkan bumbung umah weols yang bocor.  

Hari tuh dah panggil Cina yang renovate umah tuh tengok kan balik tempat yang bocor tuh.. dia tampal ngan zink.. tapi masih bocor. Hubby pun bagi tau laa kat Abg Uda masalah weols. Dia kata dia boleh tolong.. jadi hari Sabtu tu dia datang dan tampal kan tempat yang bocor tuh laa dengan sejenis macam Tar.

Alhamdullillah petang tu hujan lebat.. tak de pun bocor dah.. Abg Uda ada bagi tau ada jirannya tampal jugak gitu kena charge sampai RM6 ribu.. adoiyai..  Weols masih tunggu lagi nak tengok beberapa kali ujan nie tengok masih bocor atau tidak.. sebab tempat yang bocor tuh catnya abis dah tanggal.. kena cat balik.. Kalau dah okey baru lah kena cat balik.. Tak elok sangat.. sebab bocor tuh kat ruang tamu plak tuh.. sabo je laa..

Aku masak nie jer... tengahari Sabtu tuh.. 

 Asam Pedas Ikan Kembung..


 Bendir Goreng ngan Telur Asin + Telur Ayam


 Ikan Rebus, Ayam Goreng ngan Ikan Masin..





Friday, March 22, 2013

Novel ~ Hello Mr. Perfect!





Selesai baca novel ini 2 minggu lepas.. 
Cerita yang menarik.. dan korang layan yer sinopsis kat bawah nie..

Pada peminat novel yang belum tau novel apa yang dibeli..
boleh masukkan dalam list..okey.. 

Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang.

Sinopsis ~

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?



Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum

 Comel jek nenas nie.. 

Sedap.. tapi tak leh nak lawan nenas comel dari Hatyai.. 
madunyaa..walawei..




Tuesday, March 19, 2013

Dah Abis Meeting Potong Kek Laa Plak..

Assalamualaikum..

Lemau jek rasa.. nak update blog skrg nie.. cam tak de idea.. plak.. 
Idea tarak mari laa.. 

Okey laah nak citer nie... semalam petang weols ada meeting bahagian
setiap bulan.. tapi tahun ini special sikit sebab weols nak buat
sambutan hari jadi untuk staff 3 bulan sekali.. jadi kiranya sambut
dari bulan Jan hingga Mac.  Kiranya lepas aje meeting then weols
buat laa sekali potong kek..

Semalam ofismate aku beli dua bijik kek.. sedap plak tuh..
jadi layan gambar laa yer.. 


Satu kek dari Resipi Rahsia.. dan satu kek lagi dari Kings




Tu dia besday boy.. semuanya.. 
Dekat bahagian aku nie ramai Juruteknik lelaki.. kalau perempuan
ada laa 3 orang..




 Moga diberkati..

 Dari kiri.. Akmal, AB, Copet (Hasrizal) dan Razi.. cuma Nazrim tak de sebab MC

Makan plak ngan mee kari.. sedapp... menceceh.. air idung pedas..ahakss


Masing² sedang menjamu selera..


Friday, March 15, 2013

Hari ini hari makan²

Assalamualaikum..

Lambat aku update N3 hari nie.. sebabnya hari nie bz sikit.  Hari ini pulak Bahagian aku ada buat majlis makan² sambil tuh meraikan perpisahan untuk Ila..sebelum dia bercuti bersalin hari tuh. Kan hari tuh weols cuma buat kecil²an jer kali ini Bahagian yang buat pulak untuk dia.

Pagi weols oder meehoon goreng dibungkus dengan roti canai.  Pagi aje dah kenyang perut ini.  Tengahari plak weols jamu dengan Nasi Ayam, Laksa Pahang, Pulut Kuning dengan Rendang, Roti Jala ngan kuah kari (Ila yang bawa), Kuih Muih, Air dan Buah²an.

Dah buat makan² nie.. weols jemput laa plak dari Bahagian lain untuk makan² sama.  Iye selalu weols yang dijemput dan sekarang ini weols plak laa yang menjadi tuan rumahnya..

Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar... dan masing² kenyang sampai 2, 3 kali round..


 Pagi weols makan² weols jer.. dengan meehoon dan roti cani..ngan air teh o


Ini laa meehoonnyaa sedap jugak..


Kuih muih ada karipap, kasui dan puding roti


 Laksa Pahang..sedap..


 Ini aku punya Laksa Pahang..


 Antara kawan² yang hadir..makan²


 Kalau dah ramai² tuh macam² cerita laa.. 


 Ila..yang bertudung pink tengah makan..




Thursday, March 14, 2013

Novel ~ Asam Pedas Untuk Dia

Assalamualaikum..




Novel ini mengisahkan Ainin Sofiya.. seorang balu baru 
kematian suami akibat kemalangan.
Oleh kerana kesempitan hidup dia terpaksa mencari kerja untuk 
menyara hidup bersama anak yang masih kecil, ibu dan adik 
yang kurang upaya. Jadi dia bekerja part time di rumah  orang.  
Kebetulan plak dirumah tersebut ada seorang anak 
bujang bernama Mohd Ziyad.

Mohd Ziyad ini cuba membantu dengan memberikan bantuan dari segi
kewangan pada Ainin kerana mendapat tahu yang Ainin nie dah lama tak
bayar duit sewa rumah yang tertunggak selama lebih kurang 5 bulan. 
 Ainin tak suka hendak menerima pemberian Ziyad walaupun ianya 
dari segi pinjaman.  Jadi Ziyad pun melamar Ainin tapi bersyarat.... 

Lagi satu Ainin nie memang pandai sangat masak asam pedas hingga
seluruh ahli keluarga Ziyad memang suka dengan masakannya..

So nak tau selanjutnyaa.. beli laa.. yer.. Citer memang best..
Aku baca kejap jer citer nie.. sebab tak sabar nak tau endingnya.


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku.

Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!




RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss