Wednesday, July 31, 2013

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Baju dan seluar untuk anak aku dah setel.. tinggal baju melayu dia je yang belum..


Tuesday, July 30, 2013

Kesian Anakku..

Assalamualaikum..

Anak aku dah sejak seminggu yang lepas tonsil dia datang
menyerang.  Bengkak laa kan.  Bila dah bengkak mula
laa demam on and off dia.  Jadi pergi laa doktor
dapat satu set ubat ngan antibiotik..

Dah abis antibiotik.. datang balik tonsilnya.. 
Batuk teruk gak.. cam kering je tekak dia..
Jadi semalam MC lagi
Nie doktor bagi lagi ubat.. Antibiotik kuat punya..
Selalu kalau dapat antibiotik yang mild kejap je..
datang balik tonsil dia.. Semalam dapat antibiotik Augmatine nie

Masalahnya anak aku nie susah tul nak suruh berpantang..
Tu yang kadang-kadang geram jer ngan perangainya..
Harap okey laa tonsil dia lepas nie..





Monday, July 29, 2013

Selamat Pengantin Baru Ras Adiba Radzi

Assalamualaikum..

Dah lama tak dengar tentang Ras Adiba, tup² dah nikah..
Alhamdullillah.. Selamat Pengantin Baru..
Moga berbahagia dan kekal bahagia hingga ke jannah.. Aaammiin.



KUALA LUMPUR - Bekas personaliti televisyen tempatan, Ras Adiba Radzi, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak 17 tahun lalu, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan penasihat kewangan, Ilias Yaakob semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat pukul 6.10 petang semalam.

Kedua-dua mempelai itu berusia 45 tahun.








Kredit ~ Forum Cari. com


Thursday, July 25, 2013

Cantik Tak?

Assalamualaikum..

Hubby aku belikan Passhima ini.. dari kawan ofis dia..
Mintak tolong Kak Yong pilihkan katanya..
TQ Kak Yong.. 

Terima kasih Abg.. belikan Ayang..

Esok aku cuti.. ambik cuti sendiri laa.. dah esok Selangor cuti
Nuzul Quran.. Hubby dan anak aku cuti..

So, pada yang bercuti esok selamat bercuti.. 

HAPPY WEEKENDS UOLS..




Wednesday, July 24, 2013

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

Assalamualaikum..



1.   Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2.   Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3.   Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4.   Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di 

      dalam saf).
5.   Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-

      Fatihah.
6.   Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7.   Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8.   Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9.   Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Tuesday, July 23, 2013

Sesiapa Ngantuk Jom Layan Video Ini

Assalamualaikum...

Jangan lupa off kan lagu kat atas tuh dulu yer sebelum layan video ini..

Sesiapa yang ngantuk pepetang nie jom 
layan video ini sekejap heheh

Aku tengok sampai nak tekeluar air mata tak tahan 
dok gelak.. hahahaha..



Monday, July 22, 2013

Fenomena Adik ADI "Tahfiz Muda" Di Indonesia

Assalamualaikum..

Jangan lupa off kan lagu kat atas tu dulu sebelum layan video ini yer..

Beruntungnya.. ibubapa Adi.. nie umur baru 3 tahun dah jadi
hafiz Al-Quran.. 

Kagum dengan ibubapa Adi sebab dapat didik dan buat
Adi ini pandai dan hafaz al-quran.

Cute sangat tengok budak nie. Jom layan Adi dalam program
realiti Thoriq@Hafiz Indonesia.


Friday, July 19, 2013

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Abby Abadi

Assalamualaikum..

Tahniah.. dan selamat pengantin baru... Moga kekal bahagia 
hingga ke jannah.. Ammiinnn..

Dah sampai jodohnya walaupun baru berkenalan selama 2 minggu..

Abby Abadi Sudah 12 Hari Nikah Dengan Farhan?

Kredit ~ Murai.com.my

KL, 19 JULAI 2013: Kalau Ashraf Muslim sudah berkahwin selama 6 hari yang lalu di Bangkok, si pelakon Abby Abadi yang juga bekas isteri Norman Hakim pula khabarnya sudah menikah selama 12 hari yang lalu.

Dengan siapa Murai Batu tak tahu, tapi si lelaki tu khabarnya lebih muda daripada Abby Abadi dan sangat kacak orangnya. Abby sendiri yang maklumkan perkara ini di dalam laman instagramnya.

Pernikahan yang tidak tahu di mana tempatnya itu berlangsung setelah Abby Abadi mengenali jejaka kacak ini selama 2 minggu. Amboi cepatnya! Tapi, barangkali sudah jodohkan dia orangkan.

Apapun, Murai Batu bagi pihak krew portal Murai serta pembaca Murai sekalian mengucapkan tahniah buat Abby abadi di atas pernikahannya dengan si jejaka kacak itu yang bernama Farhan itu. Amboi, patutlah Abby Abady dah makin diam di twitternya sekarang ini ya?

MURAIBATU: Korang semua nak buat persiapan raya tak?



Detik² Terakhir Hayat Rasullullah S.A.W

Assalamualaikum..

Sebelum layan video ini offkan lagu kat atas tuh yer..

Aku sharekan video ini dari FB.. 

Pengorbanan Rasullullah S.A.W pada umatnya.. 

Mari laa kita bersalawat..ke atasnya..


Menangis aku masa aku mula² tengok video ini.  Cuba uols hayati..nyaa..

Wednesday, July 17, 2013

Bubur Lambuk Restoren Cerana

Assalamualaikum..

Weols kan kalau balik setiap petang akan singgah kat Petronas dekat 
dengan Restoren Cerana di Cheras sebab nak ambil bubur lambuk.

Bubur lambuk ini dibuat oleh Restoren Cerana dan staf Petronas akan
bahagi² percuma jer pada orang² yang isi minyak dan 
kalau tak isi minyak pun boleh ambik gak.. 

Rasanya pun sedap.. Tu yang hari² kalau ada rezeki tuh dapat laa..

Jadi pada sesiapa yang lalu kat Petronas dekat ngan Restoren Cerana
tu boleh laa singgah ambik bubur lambuk nie..



Anak aku  dan hubbyku suka makan bubur lambuk nie waktu sahur.. 




Tuesday, July 16, 2013

Novel ~ Cheese



Novel ini sangat santai gaya bahasa dan ada masa asik
tergelak je baca kisah dalam novel ini dan yang sweetnya masa Ashq nak pikat
isterinya Nia yang tiada perasaan dan susah nak luahkan perkataan
sayang dan cinta pada suaminya..

Aku beri 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.

Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!

Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.

Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah.

Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram?

I love you.”

Hurm.”

Hurm aje?!”

Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawan-kawan sekepala!
“Ingat siapa?”

“Makwe lama. Cemburu tak?”

“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”


Monday, July 15, 2013

Layankan Selera Anakku

Assalamualaikum..

Melayankan keinginan anak bujangku yang teringin nak makan pizza, weols
gigihkan juga laa ke BTHO untuk gi beli pizza.  Weols oder 2 jenis pizza nie.
Kalau oder delivery takut lambat plakkan..

Selain dari pizza ada gak laa beli Nasi Kerabu..untuk berbuka pose. 
 Sorri tak de pic laa terlupa nak snap dan terus masuk pewut..hehehhe

Tropical Chicken.. kalau tak silap..

Yang lupa plak namanyaa tapi ada udang, nenas, ketam.. agak pedas laa..

Dua beranak nak jugak laa bergambar depan kedai pizza hut nie.. :))



Saturday, July 13, 2013

Cerpen Pilihan ~ Bukan Kerana Kebetulan

Assalamualaikum..

Pada peminat novel dan cerpen ini aku letakkan link
cerpen yang menarik untuk dibaca.. hasil karya
Hani Fazuha di blog Coretan Rasa

Jom layan cerpen 



Friday, July 12, 2013

Souvenir Dari Kesatuan Kakitangan

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas pada 30 Jun 2013 (Ahad) telah diadakan
Hari Keluarga untuk semua ahli Kesatuan Kakitangan (KKAUM).
Ini kiranya menyambut ulangtahun ke 50 tahun Union ditubuhkan.
Aku tak dapat hadir sebab masa tu kan aku balik 
kampung sebab Apak tak sihat.

Jadi untuk semua ahli dapat laa cenderahati berupa 
T'shirt, Bag Sandang dan Key Chain..

T'shirt  

Bag 

KeyChain


Thursday, July 11, 2013

Waktu² Baik Untuk Berdoa

Assalamualaikum...

Waktu² yang amat sesuai untuk berdoa dan memohon kepada Allah..
Untuk pengetahun dan amalan kita seharian.. Insyallah..


Sumber ~ FB

Wednesday, July 10, 2013

Sempat Lagi Buat Majlis Makan² Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum..

Penutup sebelum menyambut Ramadhan, Bahagian Pentadbiran 
dan QS plak buat makan².  Kiranya 2 hari dari hari Isnin dan Selasa kira save 
bajet laa tak yah kuar duit untuk makan pagi dan makan tengahari.. 
Alhamdullillah rezeki semua tuh..

Terima kasih kerana menjemput weols semua ke majlis makan²
sempena menyambut bulan Ramadhan..

 Ini masa sarapan pagi di Bahagian Pentadbiran..







Tu dia bermacam² ada.. pilih je apa yang nak dimakan..

Ini plak masa majlis makan² Bahagian QS semalam.. 

Mariana dan Adila.. tuan rumah Bhg QS 

Air Cocktail pun ada disediakan.. 

Aku bersama tuan rumah..Mariana dari Bhg QS 



Bersama ofismate yang menjamu selera.. 

Macam² juadah yang disediakan.. sampai laa ke makan tengahari..



Tuesday, July 09, 2013

Makan Tengahari Di Sponsor..

Assalamualaikum..

Minggu ini memang minggu makan² laa.. Iye laa sempena nak sambut 
Ramadhan nie banyak plak laa dapat makan².  Semalam aku dan
ofismate telah dibelanja makan oleh boss² kecik weols, 
Pn. Diana dan En. Edin.  Dia orang berdua kiranya belanja
makan sempena dapat Anugerah Cemerlang dan Sah Dalam Jawatan.

Weols di bawa untuk makan di Restoren Haji Hassan dekat dengan Bandar 
Tun Razak, Cheras (sebelah Stadium Basikal). Besar jugak laa 
Restoren ini sebab weols punya tempat makan siap kena 
naik lif kat tingkat 3.  Kiranya tempat beraircond laa.. Kalau uols 
yang datang biasa² nie boleh makan kat bawah atau ditingkat 2.. 

Antara hidangan yang ada adalah Ayam Kampung, Sotong Sambal,
Gulai Ikan, Sambal Belacan, Ulaman dan Nasi Putih serta Air Sirap.

Terima kasih laa pada bos² weols tuh yang sudi belanja.. 

 En Edin..berbaju hitam 2 dari kiri..

Nyum².. lauk hindangan tengahari..

Sedap ayam kampung goreng nie.. 

Sotong sambal nie pun sedap.. 

 Gulai Ikan Tengiri..


 Masing² yang kekenyangan

 Antara teman² ofis yang hadir.. Boss besar je tak dapat join sekali..


 
Teman² ofismate..

p/s : Aku mengambil kesempatan ini ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan Selamat Menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa pada teman² blogger yang tersayang.. 


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss