Monday, September 30, 2013

External HD Game Untuk Anak Ku

Assalamualaikum..

Hari Sabtu yang lepas hubby aku bawa anak yang sibuk sangat nak install program XBox kat kedai sebab sebelum tuh dia ada beli CD game GTA tapi tak boleh main game dan kena install satu program plak. Aku pun ikut laa sekali. Anak aku sempat laa dok bodek hubby suruh beli External HD untuk install game dalam tuh.  Jadi kat kedai game ini ada jual RM180 dengan free 20 game.  Kalau dikirakan 1 game RM8 x 20 leibh kurang RM160.  

Kira berbaloi laa.. next time bila nak beli game bawa je hardisk tuh.  Sebab apa kalau yang cd nie cepat rosak dan calar.  HD plak jangan jatuh nanti rosak laa jugak..kena betul² jaga dan boleh main sampai lebam laa..

 Tengah program kan Xbox..tuh..

 External HD 500GB

External HD.. nipis jer.. boleh install dalam 100 game

Sementara nak tunggu install game.. weols gi makan dulu kat Pak Hailam Kopitiam..Perut pun dah lapar..





Kopi 3 layer, Sirap Bandung, Tea 3 Layer.. 

Mee Kari.. aku punya.. 

Nasi Ayam Hainan.. hubby.. punya 

Spegatti Bolognese dan Sosej..anak bujang..ku yang punya..

Dah selesai segala urusan.. balik umah.. dan lepas solat Asar weols laki bini keluar balik ke Low Yatt.  Anak tak ikut laa.. nak survey² jer.. tapi terbeli laa jugak.. nanti laa aku citer kemudian yer.. 

Friday, September 27, 2013

Novel ~ Bukan Isteri Sempurna

Assalamualaikum..


Novel ini mengisahkan Daniel Arman yang terpaksa kahwin dengan Nina anak pembantu rumah yang telah diperkosa oleh abang kembarnya Danish Arham dan menyebabkan Nina dah termengandung 5 tahun dulu.
Oleh sebab perkara tak diingini.. Nina keguguran dan kerana tidak mahu menyusahkan Daniel Arman dia telah keluar dari rumah dan memasing buat hal memasing. 

Satu hari tuh Syarikat Daniel Arham dan Syarikat dimana Nina bekerja telah berkabung dan masa ini laa Daniel dah terjumpa balik dengan Nina dan terjatuh cinta dengan isteri sendiri. Mula laa buat plan supaya Nina bekerja dengannya dengan menaikan pangkat dari setiausha menjadi PA kepada Daniel.  Dengan cara ini Daniel dapat rapat dan cuba untuk memikat Nina semula.  Maklum laa Nina sekarang lebih cantik dan cun dari dulu... So kalau korang nak tau citer selanjutnya.. sila laa beli buat koleksi yer..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..
Sinopsis.. ~
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Thursday, September 26, 2013

Adam AF2 Selamat Bernikah Dengan Fiza Elite..

Assalamualaikum..

Tahniah buat Adam AF dan Fiza Elite.. Selamat Pengantin Baru..
Akad Nikah yang simple dan menarik.. Tak de gossip tentang mereka
tup² nak nikah.. Sama cantik sama padan.. 


KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2013: Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.

Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.

Sumber dari : Murai.com dan gambar kredit : Cari.com





IMG 20130926 WA0011





Wednesday, September 25, 2013

Mesyuarat JTP, KPT Di UM

Assalamualaikum..

Pada hari Isnin, 23 September 2013 telah di adakan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (KPT).  Memang setiap bulan akan diadakan mesyuarat ini. Pada bulan ini UM plak menganjurkannya. Jadi Bahagian Pembangunan telah diarahkan untuk menjadi Urusetia dan dibantu oleh pihak KPT.  

Aku dan beberapa orang rakan telah dipilih untuk menjadi Penyambut Tetamu. Mesyuarat ini diadakan di Fakulti Perubatan sebab kat sini ada bilik mesyuarat yang boleh memuatkan lebih kurang dalam 80 orang.

Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.



Persediaan sedang dilakukan dan memastikan berada 
dalam keadaan sempurna 


Wanie orang kuat.. sedang bz memasukkan gula-gula dalam piring.. 

Bilik rehat untuk KSU apabila dia sampai.. sebelum masuk bilik mesyuarat.. 

 Ini di depan bilik ruang makanan.. 

Sempat posing ngan Wanie.. 
Beg yang Wenie pegang tuh beg pengawai kewangan weols


Sesi bergambar.. dengan delegasi dari seluruh IPTA  

Delegasi gerak masuk dewan lepas sesi bergambar.. 

Hahaha.. apa yang uols perasan tentang gambar ini.. 

Para delegasi sedang menunggu KSU untuk masuk ke dewan mesyuarat.. 


Ini lah.. KSU KPT YB. Datuk Dr. Madinah Mohamad 

 Masa untuk santap.. laa plak.. kira dah selesai tugas..

Tuesday, September 24, 2013

Sambutan Hari Jadi Ofismate

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, selesai mesyuarat bulanan Bahagian 
diadakan sambutan harijadi untuk ofismate yang lahir 
pada bulan Julai, Ogos dan September.

Selain kek aku oder meehoon goreng dengan ayam goreng
berempah dan air teh o ais.. Alhamdullillah..kenyang..

Cheese Kek 

Choclate Cake 

Ofismate yang diraikan..  


Masing-masing menjamu selera..


Thursday, September 19, 2013

Kisah & Gambar Pertunangan Dazrin

Assalamualaikum

Selamat bertunang pada Dazrin dan pasangannya Amyra Rosli
(Pelakon drama Jodoh)
Moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..

Sama cantik sama padan.. sweet jer couple nie..

Foto ~ Kredit  FB Media Hiburan

Pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia, Dazrin Kamaruddin, 25, sudah pun melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada bulan Ogos yang lalu. Memandangkan tiada hebahan media dibuat sebelum ini, GUA menghubungi Dazrin untuk mendapatkan komen lanjut tentang pertunangannya itu.

“Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan,” jelas Dazrin memulakan perbualan.

Tunang Dazrin, Amyra Rosli, 22 merupakan salah seorang aktres yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan. Gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini pernah membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu di TV Al-Hijrah’ dan ‘Amyra’ juga pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.

Ketika ditanya mengapakah Dazrin tidak menghebahkan cerita pertunangannya, pelakon drama bersiri ‘Adam dan Hawa’ ini punya penjelasannya yang tersendiri.

“Saya merasakan pertunangan ini sebagai salah satu ikatan antara keluarga saya dan keluarga dia. Saya mengikut adat, jadi kalau boleh saya tidak mahu gembar-gemburkan mengenai berita ini. Mengenai berapa lama ikatan pertunangan kami pun saya belum boleh hebahkan kerana semua masih lagi rahsia. Apabila kami berdua sudah bersedia untuk berkahwin, saya akan beritahu kepada semua,” tutur Dazrin lagi.

Sebagai seorang aktor yang sedang mencipta nama, kemungkinan berita pertunangan Dazrin akan membuatkan peminatnya beralih arah. Ketika ditanya mengenai hal ini, Dazrin menjelaskan dia berpendapat, jika peminat betul-betul menghargai bakatnya, pastinya mereka dapat menerima berita ini.

“Kalau betul mereka meminati saya, mereka akan sokong saya kerana apa yang saya buat ini pun adalah perkara yang baik. Kalau ada peminat yang lari, nak buat macamana, saya tak boleh nak cakap apa. Saya menjalinkan ikatan pertunangan, saya melakukan sesuatu yang mengikut adat dan saya membuat perkara yang baik. Saya harap semua akan faham,” ujar Dazrin lagi.

Bercakap mengenai ciri-ciri yang dimiliki oleh Amyra sehingga membuatkan dirinya terpikat, Dazrin menjelaskan Amyra merupakan seorang gadis yang pandai menjaga hatinya.

“Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’.  Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali,” cerita Dazrin lagi.

Dalam perkembangan lain, Dazrin kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri ‘Dia Suamiku’ terbitan MIG. Drama yang bakal disiarkan di Astro Prima itu menggandingkannya dengan Nabila Huda dan Yana Samsudin. Selain itu, Dazrin juga bakal terlibat dengan drama ‘Cinta Pandang Kedua’ yang bakal disiarkan di TV9.

Sumber Kredit ~ Cari.com



Wednesday, September 18, 2013

Nick Sekeluarga Datang KL

Assalamualaikum..

Hari Sabtu pepagi lagi dalam pukul 5 gitu.. hubby dah keluar ke Hentian Putra sebab nak ambil Nick sekeluarga yang datang ke KL. Nick plan nak beli kereta.  Iye la senang dia nak bawa keluarga untuk jalan². Hubby dah jemput dia orang bawa ke Masjid Wilayah dulu untuk solat subuh dan bawa dia orang pergi sarapan.  

Lepas tuh hubby bawa dia orang datang ke rumah weols laa untuk rehat kan badan sebelum hubby bawa dia orang pergi cari kereta.  Alhamdullillah kereta yang di cari dah dapat. Kereta Iswara metallic blue. Tapi biasa laa kalau nak process ambil masa lagi pun kereta tuh nak kena bawa ke Puspakom semalam dan juga JPJ untuk pertukaran nama plak hari nie..Harap semuanya berjalan dengan lancar dan boleh dibawa balik ke Kota Bahru.  Kira rezeki dia jugak laa dapat sewa sebuah rumah kondominum kat KB sebab dapat pertolongan dari kawan hubby yang kebetulan nak balik ke KB hari tuh.

Hari Ahad plak setelah bermalam di rumah weols, hubby bawa dia ke hotel Palmers tempat dia orang pernah bermalam dulu.  Katanya kat sini memang selesa dan harganya pun murah sementara menunggu untuk selesai pembelian kereta.

Keluarga bahagia..


Makan tengahari di Medan Bonus Jalan TAR


Ini laa kereta yang mereka nak beli..


Hubby dengan Yasmin dan Sarah


Sempat makan di restoren Arab

Sempat bergambar sebelum aku keluar dengan makcik..aku

 Mak aku pun nak bergambar jugak..hehehe ngan cucu angkat dia nie..

 Sarah yang gebu.. suka sgt kalau dapat peluk² dia..


Yasmin kalau tengok in real.. pipi merah macam pakai blusher.. 

Jennah.. mata sangat cantik..

Sempat buat mee goreng untuk sarapan.. 

Dominica siap belikan ini untuk aku..katanya sebab bagi layanan
yang sangat baik.. Alhamdullillah.. seronok dia orang..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss