Thursday, October 31, 2013

Novel ~ Actually I Love You!!

Assalamualaikum..





Mengisahkan Tengku Amier semestinyaa ensem laa sebab kacukan anak mat salleh gitu yang jatuh cinta dengan kawan baik adiknya Nisreen yang pertama kali jumpa masa dia masuk bilik adiknya.  Kebetulan plak Reen baru keluar bilik air.. tiguda gitu..  Reen pulak di terima bekerja di syarikat Amier sebagai penolong pengurus. Oleh sebab keadaan terdesak sebab nak tuntut balik tanah yang digadai dia telah cuba meminjam dengan Amier. Amier telah bagi syarat kalau nak duit itu dia boleh bagi free tapi kena laa kawin dengan dia..  Reen plak telah bagi syarat.. mereka boleh nikah tapi cuma dua keluarga aje yang tahu tanpa pengetahuan dari kawan² dan jiran tetangga selama 5 bulan baru boleh buat majlis dan tinggal berasingan seperti tiada ikatan suami isteri.  Dalam masa 5 bulan itu laa Reen nie jatuh cinta dengan Amier tapi ada satu jer yang Reen tak berapa berkenan dengan Amier.. nie. 

Kalau nak tau lagi beli laa di pasaran yer.. Kalau nak baca beberapa episod boleh masuk kat blog penulis azieana-karyaku.blogspot.com

Kredit Aku Beri ~ 4.8/5 bintang

Sinopsis ~

Tengku Amier mula tertarik dengan Nisreen sejak pertemuan pertama di rumah orang tuanya. Nisreen kemudiannya bekerja di Dynamic Holdings yang mana Tengku Amier adalah CEO syarikat itu. Terdesak untuk mendapatkan semula tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Nisreen terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Amier. Untuk itu dia telah membuat perjanjian bahawa perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa kecuali keluarga mereka sahaja. Kehadiran Haris, seorang duda anak satu benar benar membuatkan Nisreen buntu untuk membuat keputusan. Apatah lagi bila lelaki itu melamarnya sebagai isteri. Perlukah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Sebenarnya… siapakah yang Nisreen cintai?

“Sebenarnya... cinta itu satu pengorbanan. Kerana aku cintakan dia, aku sanggup lakukan apa saja untuknya.”

P/s : Blog akan bercuti mulai esok sehingga 6 Disember.. Weols sekeluarga nak pergi bercuti.. Tak sabarnyaa..


Wednesday, October 30, 2013

UM Dapat VC Baru...

Assalamualaikum..

Tahniah pada Prof. Datuk Dr. Mohd Amin yang bakal menerajui UM untuk
tempoh jangka masa 3 tahun...



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu berkuat kuasa 8 November ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, tempoh pelantikan itu adalah bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga 7 November 2016.

Menurut kenyataan itu, pemilihan Dr. Mohd Amin berdasarkan pengalaman luas beliau dalam aspek pembangunan akademik di universiti itu.

"Kementerian berharap pelantikan beliau dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan; kualiti staf akademi dan, kualiti mahasiswa; serta kedudukan di peringkat antarabangsa dan penjanaan pendapatan," katanya.

Dr. Mohd. Amin merupakan pakar dalam bidang perubatan 'Head and Neck' dan Otologi.
Dalam pada itu, kementerian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UM sekarang, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon atas kepimpinan dan bakti beliau sejak dilantik pada 8 November 2008.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131030/dn_30/Dr-Mohd-Amin-dilantik-Naib-Canselor-baharu-UM#ixzz2jCLRxDLo
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tuesday, October 29, 2013

Video Lamaran Fizo Omar Kepada Mawar Abd Karim

Assalamualaikum..

Pasangan yang sama cantik sama padan..Sweet sangat plak
tengok Fizo lamar Mawar.. Moga kekal hingga ke jinjang pelamin yang
di rancang pada 10 November 2013 ini.

Off kan lagu kat atas tu dulu yer..


Kredit Link ~ Beautiful Nara
 photo daa6f4f83fa811e3b7ca22000ae80d03_8.jpg

Friday, October 25, 2013

Rezeki Hari Jumaat..

Assalamualaikum..

Dapat jemputan makan dari Bahagian Kewangan.. Rezeki hari Jumaat laa..
Alhamdullillah.. pewut kenyang tak perlu kuar lunch laa..
dok ofis..jerk..






p/s : Tak de idea nak update, nie je yang termampu.. adess.. otak tepu..


Wednesday, October 23, 2013

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Hubby belikan untuk aku.. kat Plaza Low Yatt - 10400mAh
Kalau ada yang nak beli.. Power Bank, beli yang original
sebab ada yang murah tapi tak tahan lama..



Tuesday, October 22, 2013

Ke Madrasah At Tanwiriah Muar

Assalamualaikum..

Ahad, 20 Oktober 2013

Weols sekeluarga bersama dengan anak sepupu aku Faris Hakimi ke Muar.  Weols ke sekolah Tahfiz Al-Quran At Tanwiriah kerana ada sesi temuduga kemasukkan.  Cadangnya nak masukkan Haiqal ke situ. Kalau ada rezeki insyallah laa.

Sampai di sekolah tuh lebih kurang pukul 10 pagi.  Ke pejabat dan isi borang permohonan.  Dah selesai ke bangunan sebelah plak untuk sesi temuduga.

Memula ustaz minta Haiqal baca satu helai dari Surah Al-Baqarah dan selesai baca tuh, kena menghafal plak.  Jadi diberi masa selama 1 jam untuk menghafal.  

Hampir sejam di panggil semula dan diminta untuk membaca tanpa melihat Al-Quran.  Anak aku cuma dapat hafal sikit jerk.. lebih kurang setengah aje rasanya. Tension pun iye gak tuh.. Lepas tu macam² laa ustaz tuh soal.

Selesai temuduga, weols gerak ke pekan Muar gi cari Mee Bandung plak. Set kat Waze dapat laa jumpa restoren Mee Bandung Abu Bakar Hanifah.  Kira fames gak laa yer.. sebab tengok ramai yang popular bergambar dengan tokeh mee bandung nie.  Memang pekat dan terasa gak laa udangnya.. sedap..  

Dah makan singgah kat masjid yang tepi muara sungai Muar tuh.. Anak aku terjumpa plak tokeh mee bandung sempat plak bergambar dengan beliau.. Selesai solat gerak balik KL. Lepas Isyak hantar Hakimi balik ke Setapak..

Banner di depan sekolah.. Ada satu lagi interview hari Ahad 27/10/2013

Ini bangunan sekolah yang baru siap dibina..

Mengisi borang..permohonan

Ini bangunan sekolah rendah..

Sedang membaca Al-Quran



Di surau sekolah.. ada sorang pelajar pun sedang menghafal

Restoren Mee Bandung Abu Bakar Hanifah

Pekat kuah mee bandung nie yer.. terasa udangnya..

Banyak gambar dipamerkan disini.. kiranya terkenal gak laa yer Mee Bandung kat sini

Muka kekenyangan

Di tepi sungai Muar






Monday, October 21, 2013

Novel ~ Terukir Cinta

Assalamualaikum..



Dapat buku yang ada tandatangan penulis..

Aku oder buku nie online dari Ideakreatif.net.  Tirguda nak beli sebab terbaca beberapa episod dalam blog Anna Lee.

Mengisahkan tentang Nadia yang telah bercinta dengan Imran seorang Jurutera di tempat kerja yang sama. Dia orang nie dah bercinta agak lama juga.. 5 tahun. Abis tuh bila dah lama bercinta nie tentu laa keluarga Nadia dok bising bila laa si Imran nie nak masuk meminang.  Imran nie plak cam acuh tak acuh aje bila ditanya tentang kawin, ada banyak je alasannya.  Satu hari tuh sedang dia orang berdua nie berbincang dan tak de kesudahannya, si Nadia siap ugut laa Imran kalau dia tak nak masuk meminang dia akan tarik aje sesiapa yang untuk jadi suami dan dicabar plak oleh Imran. 

Tah macam mana Nadia terlanggar seorang jejaka nie di tarik dan ditanya depan Imran samada lelaki tuh sudi tak nak kawin dengan dia tanpa berfikir panjang. Khalif Aufa lelaki yang dilamar oleh Nadia pulak pernah berjanji dengan mamanya yang dia hanya akan berkahwin jika ada perempuan yang melamarnya. Mama Khalif risau sebab Khalif nie dah berumur 39 tahun tapi masih lagi belum berkahwin. Masa Nadia jumpa Khalif, yang baru pulang dari luar negara dengan keadaan yang kusut masai dah tu plak dengan mata merah, Nadia nie ingat yang Khalif nie penyangak. Tapi semestinyaa happy ending laa antara  Khalif dan Nadia.

Banyak laa adengan yang sweet, yang romantik.. jugak yang sedey.. Kalau nak tau dapatkan di pasaran yer.. 

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. 

Jawapan Imran buat hatinya naik geram. “Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran “Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ. “Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia “O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’. “Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif “Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. 


Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?


Friday, October 18, 2013

Aidil Adha 2013..

Assalamualaikum..

15 Oktober 2013 (Selasa)

Hari Raya Aidil Adha disambut secara sederhana.. Aku sekeluarga tak balik kampung beraya kat sini jerk. Pepagi singgah kat umah makcik aku.. bawa keta dia.. sebab tak muat naik keta aku.  Jadi bawa 2 keta laa.. Alhamdullillah selesai solat sunat Aidil Adha singgah umah makcik makan² kat situ.  Pewut dah kenyang balik umah laa.  Ahaks mata plak dah kuyu.. layan tido laa kejap.  Lepas solat zohor siap² ke rumah Pak Teh di setapak katanya ada buat makan² sikit.  Sepupu aku ada buat akikah untuk 3 orang anak dia. Anak aku tido kat umah Pak Teh untuk beberapa hari nie.

Kenyang di rumah Pak Teh.. gerak plak ke rumah Kak Yang di Keramat.  Sampai kat situ dalam pukul 5.30 petang.  Kak Yong sekeluarga pun ada. Antara menu yang dimasak ada Nasi Dagang ngan ikan tongkol, Lasagna, kek, triple (ini Kak Yong bawa), nasi impit, kuah kacang, rendang ayam.  Kenyang pewut aku asik makan jerk.

Lepas solat Maghrib weols pakat plak ke rumah Kak Nyah di Bandar Tasik Selatan. Meriah laa rumah.. Makan lagi masak lodeh, rendang, nasi impit dan air sirap..sambil layan citer Cinta Mat Semperit.. Sampai kat umah dalam pukul 11 malam.  Penat seharian berjalan raya..

Balik dari solat singgah umah makcik.. sempat posing kejap..ahakss.. 

Hubby pun minat bergambar jugak.. 

Hubby sedang menjamu selera..

Di rumah Pak Teh di Setapak Jaya 

Hidangan menu di rumah Pak Teh 

Leka hubby dengar Pak Teh berborak..

Posing laki bini 

Nasi dagang.. dan ikan tongkol

Angah buat lasagna.. sedap.. 

CD dan Sham dok layan Lasagna panas².. dok dengar hubby ku berborak..

Mak² dara sedang posing.. 

Ada plak ironman sesat kat belakang tuh.. 

Apa laa yang aku dok citer ngan Sham nie.. 

Sambil menjamu selera.. 

Di rumah kak Nyah 

Nyum² sedapnyaa.. juadah.. 

Sebelum makan.. wajib ambil gambar dulu.. laki bini suka sgt bergambar.. 
kalau tak..nanti blog.. tak meriah..ahakss..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss