Wednesday, December 31, 2014

Jalan-Jalan Ke I-City - Part 2

Assalamualaikum..

Okey kita sambung yer.. tengah ada mood nie aku update lagi..

Lepas mandi² dan makan.. weols teruskan lagi..jalan ke..

RED CARPET@WAX MUSEUM

Seronok laa plak dpt bergambar kat sini.. 

Bila naik jer tangga tuh.. patung² akan tunduk hormat.. kat weols..nie 


 Cantik patung penyambut tetamu nie..ada plak negro kat belakang tuh..












 Amboi beraksi manja plak hubby aku tuh..











Micheal Jackson dan Elvis Presley pun ada.. 

Actually ada banyak lagi gambar kat muzium nie..tapi nie je laa kut.. yg aku letak.. kang muntah plak uols nengoknya..heheheh

Jalan-Jalan Ke I-City - Part 1

Assalamualaikum..

Rabu, 10 Disember 2014

Hari ini aku cuti sebab dah set untuk bawa anak gi jalan² ke ICity.  Angah ada call bagi tau dia dapat harga diskaun untuk masuk beberapa tempat dalam ICity. So aku dan hubby pun setuju laa.. Seorang kena bayar RM70 hengget sahaja dan merangkumi Waterpark, RedCarpet, SpaceMission, Tornado, SFX Studio. Kiranya berbaloi laa.. dpt masuk semua tempat tuh dengan RM70. 

Jom layan gambar yer..

Waterpark.. 


 Sebelum masuk dalam.. tuh weols bentang tikar kat parking 
lot tuh apa lagi makan sarapan laa dulu..

Harga tiket untuk masuk ke Waterpark.. 

Weols sekeluarga..

 Masih pagi orang tak ramai sangat..


 Seronok laa masing² dapat mandi manda..

Cuaca panas.. pagi tuh..

 Lepas mandi manda dan solat.. weols bentang tikar.. makan sebab perut lapar

Ini bukan dalam waterpark.. yer.. sebab makanan tak boleh bawa masuk dalam.. so weols bentang kat luar waterpark.. tuh..sebelum gi jalan² kat tempat lain.. plak


Jap lagi sambung yer.. tunggu..

Tuesday, December 30, 2014

Cerpen Pilihan ~ Cinta Secret Recipe

Assalamualaikum..

Phew lama betul blog ini bersawang.. banyak N3 tertangguh.. mood tara mari laa..

Meh sini nak share cerpen yang best dari Anjellayan.blogspot.com


Selamat Membaca..



Friday, December 19, 2014

Novel ~ Dia Sebelum Aku

Assalamualaikum..



Apa yang boleh aku kata aku suka jalan citer novel ini walaupun ia mengenai
berpoligami..  Agak sedih tapi pada aku best laa.. Apa² pun still happy ending..
Jom layans sinopsis.. okey..

Sinopsis ~

Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal.

"Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah

Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah? 

Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah?

“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan
“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim

Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu.

Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?


Wednesday, December 17, 2014

Cerpen Pilihan ~ Encik Candy Crush

Assalamualaikum..

Untuk uols yang suka membaca cerpen boleh laa layan
hasil tulisan Anjel dari blog Anjellayan.blogspot.com.

Meh sini korang baca cerpen ini.. yang best pada aku laa..


Antara novel dia yang aku suka Eksperimen Cinta dan 
Suami Ku Paling Sweet


WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas aku dan ofismate, Shaza dan Wanie ke
Pesta Buku 1 Malaysia kat PWTC..

Jom layan apa yang aku dah beli..


Ini la hasil tuaian aku.... novel yang paling atas tuh dpt percuma
sebab katanya ada printing problem.. so ambik je laa..

Monday, December 15, 2014

Novel ~ Main-Main Cinta

Assalamualaikum..




Kisah yang tak de konflik.. tetapi masih lagi best.. 
Perkahwinan antara pensyarah dengan pelajarnya.. yang pada mula hanya
nak main² tapi last² jatuh cinta real punya..

Kalau uols tak suka konflik citer nie.. boleh layannsss.. okey..

Kredit : Aku Beri 4.9 Bintang


Sinopsis ~

Mulanya, sekadar main-main. Lama-lama, hati terasa lain. Memenuhi permintaan seorang sahabat untuk menundukkan player terhebat, akhirnya Shazia Thahirah terjerat.

Kata Qalsum Annur, Raed Zayaz a.k.a sepupunya dan juga merangkap bakal pensyarah ganti mereka adalah buaya darat yang harus diajar agar lebih menghargai wanita.

Tapi persoalannya, puas Shazia cari dari mana datang perwatakan buaya darat itu pada Raed Zayaz, namun tidak ditemui. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki Melayu-Arab yang selalu bikin dia hilang punca. 

“Dr. Raed nak beli apa?”- Shazia
“Beli hati you, boleh tak macam tu?” – Raed

Mengenali Raed, banyak budi yang lelaki itu hulurkan. Terasa diri dijaga rapi bak puteri. Cumanya, Raed Zayaz itu sangat perahsia orangnya dan penuh kejutan. 

“Kan I tak benarkan?” - Raed
“Dr. Raed bukan suami saya. Jadi, Dr. Raed tak ada hak nak arahkan saya macam tu.” - Shazia
“Jadi, beri I hak tu. Boleh kan? I nak jadi suami you. Bukan sebab I nakkan hak tu aje. Tapi, sebab I nak jaga you.”- Raed
“Untuk kali ke-6, I nak lamar you jadi isteri I.” - Raed

Terlalu banyak andaian muncul di benak Shazia. Benarkah apa yang Qalsum khabarkan padanya selama ini? Kalau benar, kenapa dia rasa seperti dia yang sedang dipermainkan? 

Bila ditanya, jawapan Qalsum sangat mudah, semuanya kerana sebuah rancangan. Tapi, hati Shazia kata ada sesuatu yang aneh. Apa sebenarnya rancangan Qalsum? Dan benarkah lamarann Raed yang kononnya kali ke-6 itu bukan sekadar mainan?


Tuesday, December 09, 2014

Majlis Perpisahan Untuk Staf Yang Bersara dan Bertukar..

Assalamualaikum..

Selasa, 2 Disember 2014

Dalam pukul 12.30 tengahari telah di adakan jamuan perpisahan untuk staf yang bersara dan juga staf yang bertukar ke jabatan lain. Selain dari itu meraikan juga staf yang mendapat Anugerah Cemerlang peringkat Universiti..

Kambing Golek dah tinggal rangka..jerk.. ahakss.. 


Kuih muih.. ngan kerepek.. serta Ayam Golek


Nasi Ayam dan Laksa in the house.. 

 Antara staf yang hadir memeriahkan majlis


Staf yang menyampai amanat masing² 

Penyampaian cenderamata kepada staf yang akan bertukar dan bersara.. 


 Tu dia ayam golek ngan kambing..


 Laksa..


Kuih muih yang diambil untuk dimakan bersama kawan²


Aku dengan Kak Bitah.. 



Bersama dengan Ija, Kak Bitah dan Shaza..

Majlis berakhir dalam pukul 2.30 petang..

Monday, December 08, 2014

Aku Tolong Promokan Jer..


Assalamualaikum..

Ada sesiapa yang berminat atau selalu ke gym boleh laa join gym ofismate aku nie.
Dia joinventure dengan pelakon Fatah Amin.. kut² mana laa tau korang
boleh plak terserempak dengan dia..kan.. :))

Bermula dari 8 - 14 Disember nie ada free trial.  So apa lagi gi laa 
terjah.. ke sana... Macam² ada..


Friday, December 05, 2014

Balik Kampung, Bermalam di Bukit Merah dan Makan Nasi Ganja Lagi

Assalamualaikum..

14 November 2014 (Jumaat)

Lepas balik dari ofis bersiap² dan pack bag nak balik kampung. Jemput Kak Nyah dan Kak Yang yang join sekali balik. Bermalam di rumah Kak Imah dan esoknya aku ke Sg. Petani lepas Subuh.

15 November 2014 (Sabtu)

Singgah ke Pantai Merdeka.. Dulu pergi sebelah malam nie baru la nampak pantai dan laut.  Ramai orang buat aktiviti berkhemah dan juga hari Keluarga.

Ini masa singgah makan di R&R Juru makan tengahari.. 

Di Pantai Merdeka..


Lepas tuh weols teruskan perjalanan ke Bukit Merah Lake Town Resort.  Hubby dah booking bilik untuk bermalam. Weols guna Agoda. Kiranya bagus jugak laa booking melalui perkhidmatan nie.  Plan nak mandi manda tapi cuaca tak mengizinkan sebab hujan turun lebat.. so weols lepak aje laa dalam bilik berehat.

Sebelah malam weols keluar ke jalan besar dan dekat dengan resort nie ada kedai makan. Not bad laa harga makanan kat situ berbaloi..

 Bilik weols booking Superior je.. tak de breakfast.. 
Weols bawa laa Maggie Cup ngan Roti..
untuk sarapan pagi esoknya..

Bilik selesa.. sebab ada dah disediakan extra bed kat tepi tuh...
dan kat bawah bed single tuh ada lagi
tilam.. so kalau anak ramai masih lagi berbaloi
 laa duduk kat bilik nie..  


Bilik mandi ada bathtub.. 


 Almari baju..


 Weols makan malam kat luar dari resort.. 2 orang makan RM32 
(Ikan Siakap sweet sour, daging 
goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam campur dan nasi putih)


Anak aku makan chicken cop..

Esoknya weols check-out.. weols terus ke Ipoh sebab teringin lagi nak makan nasi ganja.. So singgah laa di sini untuk makan tengahari.. Masa sampai je ramai dah beratur.  Kalau uols tak nak beratur pun tak per.. masuk kedai cari tempat duduk.. nanti dia orang akan datang ambik oder.  


Kedai Nasi Ganja Yong Suan..


Berselera yer bang.. sedap ekk.. 


Nasi Ganja.. main menu nya.. ada ayam goreng merah, 
sambal kelapa, telor asin.. 


 Paling aku suka Teh Ais nya.. sedap..


Dah kenyang makan weols terus kembali ke kampung.. dan tido lagi 2 malam di sana. sebelum balik ke Kuala Lumpur.

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss