Thursday, February 27, 2014

Cerpen Pilihan ~ Takdir Cinta

Assalamualaikum..

Pada yang meminati Cerpen, jom layan cerpen 
karya Hana Efriena.  Suka plak aku layan
cerpen dari beliau kalau tak minat nak baca novel.. laaayyaansssss



Wednesday, February 26, 2014

Dah Seminggu Berlalu, Al-Fatihah

Assalamualaikum..

Khamis, 21 Februari 2014 lebih kurang dalam pukul 9 pagi, hubby call aku, masa tuh aku baru je abis bersarapan pagi dan dia plak baru je sampai ofis.  Dapat panggilan dari kakaknya yang memberitahu bahawa Apak telah meninggal dunia.  Hubby aku datang menjemput aku dalam pukul 9.30 pagi iyelah kena patah balik laa.. ambik aku kat ofis dan balik ke rumah.  Sampai umah terus packing baju. Siap packing terus ke sekolah anak ambik dia kat sekolah plak. 

Memula tuh ingatkan Kak Nyah nak tumpang tapi katanya anak dia pun nak balik sekali jadi weols terus je shoot balik kampung.  Dengan keadaan hubby aku yang masih kurang sihat dan masih batuk².  Oleh sebab nak mengejar masa dan nak sampai sebelum solat Zohor, hubby kena laa speeding lebih kurang 140-150/km.  Haa ambik rasanya 2 kali kena speed trap.  Sabo je laa nak wat cam na kan.

Alhamdullillah weols sampai² jer ngam² azan zohor sedang berkumandang lebih kurang 1.30 petang.  Terus aje ke masjid sebab jenazah dah di bawa ke sana.  Hubby pun sempat laa mengimamkan solat jenazah Apak.  Kawan² hubby dari BMI UniKL juga ada datang dan sama² solat jenazah.

Jenazah telah dibawa ke Bukit Pekan, Kampar sebab Apak dah berpesan kalau dia meninggal dia nak di kebumi sama² dengan mak ayah dan keluarganya yang lain.  Jadi hajat ditunaikan oleh anak².  

Alhamdullillah pengkebumian berjalan dengan lancar.  Hubby aku plak tetiba je pening kepala sampai muntah².  Iye laa pagi cuma sempat minum air sikit dan makan roti pun separuh je katanya.  Jadi perut masuk angin laa.  Balik  tu weols semua pergi makan laa kat Langkap.  Malam tu badan hubby aku panas sungguh jadi tak ikut ke rumah arwah Apak untuk majlis tahlil.  Weols semua tido kat rumah Kak Idah sebab kat rumah Apak dah ramai sedara mara Makcik. 2 kali jugak hubby aku ke klinik dan hospital untuk ambik ubat dan sedut nabulizer (gas) sebab batuk dia teruk jugak.

Weols balik ke KL pada hari Sabtu petang.  Sham yang pandu kereta hingga ke jejantas Sg. Buloh. Iye  la keadaan hubby yang tak berapa sihat tuh.  Aku nie kalau drive long distance dan malam memang tak confident. Terima kasih pada Sham yang sudi membantu. Sampai di KL dalam pukul 10.30 malam.


Hubby sedang menunggu jenazah..


Jenazah di bawa oleh anak² sedara Apak 


Alhamdullillah ramai yang membantu dalam urusan ini


Wancu adik Apak yang bongsu menatap wajah buat kali yang terakhir.  
Sayu dan sebaknya rasa hati 


 Sayu tgk hubby tatap wajah Apak buat kali yang terakhir..


 Tanah telah mula menutupi jasad..


Bacaan talkin oleh semua anak sedara Apak 


 Kak Yang sedang menyirami kubur arwah..


 Hubby dengan Wancu adik Apak yang bongsu.. 


Antara kaum keluarga yang hadir


Gambar kenangan hubby bersama arwah Apak


Al - Fatihah



Tuesday, February 25, 2014

Antara Barangan Dari Mekah

Assalamualaikum..

Dah seminggu hubby balik dari Mekah.. aku tak sempat lagi nak upload gambar² nya dengan akak² ipar ku.. tapi aku tunjukkan apa yang sempat di beli oleh hubby aku yer.  Yang menariknya tak sangka plak hubby leh dapat cari FM dari Arab Saudi. Dulu aku pergi tak jumpa plak.


 Air Zam Zam yang di beri oleh agency 1 botol sorang

 Coklat 

 Coklat lagi.. ada juga hubby beli kurma

 FM dari Arab Saudi.. Unta laa..

Cute je Unta nie..


Ada laa lagi barang yang hubby beli tapi tak sempat laa nak capture gambarnya.. barang biasa² je laa..

Monday, February 24, 2014

Makan² Di Bangkok House

Assalamualaikum..

Hari Rabu lepas aku dan kawan² pergi makan kat Bangkok House di SS2 PJ.  Sedap jugak makan kat sini. Alhamdullillah kenyangnya perut.  Jom layan apa yang weols makan yer.. 

Ayam Pandan

Butter Prawn.. sedap tapi manis skit

Sayur Kailan dan Kangkung Belacan.. sedap..


Ikan Siakap Steam.. sedap.. ada tomyam gak.. tapi tak sempat nak capture gambar..


Bangkok House

p/s : Tekak terasa perit sangat.. nak menelan pun rasa sakit.. Jangan laa batuk.. risau laa plak

Wednesday, February 19, 2014

Makan Sempena Birthday Hubbyku

Assalamualaikum..

Alhamdullillah hubby dah selamat kembali ke tanah air dari menunaikah umrah pada hari Isnin, 17 Februari 2014.  Touch down katanya around kul 1 tengahari. Nasib baik tak delay.  Aku cuti dan jemput dia di airport dalam pukul 2.45 petang. Iye laa kalau sampai awal sangat takut menunggu lama laa plak kan.  Ini just nice aje aku sampai dia orang dah sedia menunggu kat balai ketibaan.  Cuaca agak panas dan hubby aku pun tak berapa nak sihat termasuk laa kakak ipar pun ramai yang tak sihat dengan batuk dan selsema.

Semalam 18 Februari 2014 adalah hari lahir hubbyku.  Jadi malam semalam weols keluar laa makan². Weols pergi makan pizza kat AEON Balakong.  Alhamdullillah kenyangnya perut.. 













Buat hubby tersayang.. 

Selamat Hari Lahir Abang. 
Moga dipanjangkan umur, sihat sejahtera dan hidup diberkati oleh Allah 
serta menjadi suami dan ayah yang penyayang.. Aaammmiinn..


Tuesday, February 18, 2014

Novel ~ Betul, Suami Aku Pelakon!

Assalamualaikum..




Novel yang kurang konflik.. tetapi menarik.
Jom layanzz sinopsis yer..


Kredit ~ Aku beri 4.7/5 bintang

Sinopsis ~

Perkataan ‘sesat’ telah menemukan Irfan Danish, seorang pelakon yang sombong dengan Aliya Marissa, seorang gadis yang cantik rupa parasnya namun garangnya, mengalahkan singa. Insiden pada malam itu telah menyebabkan mereka bertengkar hebat.

“Kau, kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.

“Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!” Aliya bercekak pinggang sambil membesarkan matanya.

Akibat gosip yang melanda Irfan Danish, Datuk Arman memaksanya berkahwin namun Irfan enggan. Oleh sebab itu, Datin Dahlia telah menggunakan kelebihan Irfan sebagai pelakon untuk memaksa Irfan agar dia berumah tangga.

Tanpa pengetahuan Irfan, gadis pilihan Datuk Arman adalah anak kepada sahabatnya Haji Mahfuz, Aliya Marissa!

Aliya tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sudah berkahwin dan yang paling penting, siapa suaminya! Kecoh satu universiti nanti. Apatah lagi rakan-rakannya begitu meminati Irfan.

Banyak perkara yang terjadi setelah mereka berkahwin. Bertengkar, usik mengusik. Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cinta yang sudah menjentik hati
mereka.

“Pelakon tak famous, ‘mulut longkang’… muka ‘jambu batu’, ‘jambu air’… penakut pulak tu!”

“Siapa pelakon tak famous? Mulut longkang? Muka jambu batu, jambu air? Penakut? Awak maksudkan diri awak tu ke?”


Thursday, February 13, 2014

Cerpen Pilihan ~ Please Love Me Back

Assalamualaikum..

Pada peminat cerpen meh sini aku nak share ngan korang
semua cerpen dari blog Hana Efriena

Jom layanzzzz petang-petang gini..kut ada yang boring plak..ahakss.



Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Alhamdullillah hari nie dapat jemputan makan².  Kenyangnya perut..


Ini mee goreng yang aku masak hari Ahad lepas.. 


Monday, February 10, 2014

Novel ~ Dia... Mr. Model

Assalamualaikum..




Hahaha.. memang tahap romantika d'amor betul laa kisah novel ini.
Korang yang suka kisah gini jom laa layan..ahakss.. Tak banyak konflik
Suka dengan watak hero, si Mika nie.. adoiyai..

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael 

Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena 

Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika.

 “Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa “A woman like you!” - Mika. 

Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look’ seperti Mika. 

"Tell me. What's going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!" - Mika 

Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya. "And I think you prefer a hug!" - Mika 

Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa? 

"Suka dengan imej baru saya?" Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk. 

"Suka saya?" Angguk lagi. "Sudi jadi isteri saya?" Masih lagi angguk. 

Namun tidak lama. "Err... apa awak cakap Mika?" 

“Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah."



Friday, February 07, 2014

Hubby Dah Selamat Berangkat Ke Tanah Suci Mekah

Assalamualaikum..

Khamis, 6 Februari 2014

Aku cuti hari nie sebab nak hantar hubby dan kakak² ipar ku ke KLIA.  Mereka semua akan berangkat untuk mengerjakan Umrah.  Weols pergi dengan 4 buah kereta.  Bertolak ke KLIA dalam pukul 10.30 pagi dan sampai dalam pukul 11.45 pagi.  Flight delay laa plak 2 jam yang sepatutnya bertolak dalam pukul 3 petang tangguh ke 5 petang.  Dia orang pun dapat voucher makanan Secret Receipe tapi RM10 je sorang yang selebihnya tanggung sendiri laa..  Mereka pergi melalui Andalusia Travel Agency.

Aku mendoakan hubby dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.. Iye laa hubby kan baru nak baik dari operation tuh.. Doakan mereka semua selamat pergi dan kembali.

Hubby bz cari agent Andalusia


Kakak² ipar ku.. dari kiri Kak Yang, Kak Nyah, Kak Imah 
dan Kak Sal yang tudung merah tu Kak Lah


Posing² manja dengan hubby..


Wif hubby.. tersayang.. moga semuanya selamat


Tu dia beratur dah.. sebelum berangkat.. Mak aku pun ikut turut nak ucapkan
selamat jalan pada mereka semua.





Singgah makan kat SR..

Makan² sebelum berangkat..


Mee Kari..


Tom Yam Kung.. tapi cam tak berapa sedap laa plak.. dulu sedap


Hubby sempat post pic nie kat FB sebelum take off..


Naik kapal terbang Arab Saudi..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss