Monday, March 31, 2014

Hadir Majlis Kahwin Di Dewan TMCC

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari tak update apa² N3, aku bercuti dari hari Khamis lepas sebab balik kampung.  Itu nanti aku upkan N3nya kemudian.  Ada beberapa N3 yang tertangguh so aku citer yang tuh dulu laaa yer..

22 Mac 2014 (Sabtu)

Aku dan hubby ikut Makcik aku ke majlis perkahwinan anak kawan usrah dia.  Majlis ini di adakan di Dewan TM Convention Centre. Weols sampai² jer, pengantin baru nak masuk ke dalam dewan. Dewannya agak besar tapi cam tak cukup tempat plak. Weols pun kena tunggu giliran nak cari tempat duduk. Memang ramai gak yang datang laa.  Dewan TMCC cantik dan terletak dalam Bangunan Rebung TM.  Parking pun banyak dan free jer.


 Pengantin sedang bersanding di atas pelamin..


Layan teh tarik.. sedap..


 Di hiburkan oleh kumpulan musik..


 Baru lepas makan..kenyang..alhamdullillah


Me & hubby..

 Makcik ku ngan maid dia.. Tiah

 Tiah, Makcik, Mak Aku


 Pengantin sedang santap.. hubby tolong ambikkan gambar.. jauh nun kat depan..


 Pelaminnya cantik..

 Bersama cenderahati.. dlmnya ada coklat dan surah yasin


Ini laa kawan usrah mak cik aku.. mak pengantinnya..


Posing laa kejap yer..

Wednesday, March 26, 2014

23 Mac 2014 Hari Mengundi

Assalamualaikum..

Hari Ahad, 23 Mac 2014, telah di adakan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri
bagi kawasan Kajang.  Jadi aku dan hubby pun terlibat laa kena 
keluar mengundi sebab weols duk kat daerah Cheras.  Alhamdullillah walaupun 
cuaca panas tapi sebab tak ramai sangat orang.  Tak payah beratur, 
terus je masuk dengan tunjuk kad pengenalan.  Sebelum tuh kena celup 
laa dulu jari telunjuk kiri.

Punya laa lama nak tanggal hingga sekarang masih lagi tak hilang². Memang
dia orang nak buat untuk kekal lama tak macam dakwat masa
Pilihanraya Umum dulu dakwatnya cepat tanggal.

Keputusan telah diperolehi dengan kemenangan berpihak kepada
Datuk Sri Wan Azizah.  Moga Datuk Sri akan dapat menjalankan
amanah yang diberi dengan bijak dan saksama.

Ini memula..warna cam pepel sikit.. lama² jadi hitam plak.. susah nak tanggal
plak tuh.. sabo je laa..


Ramai betul polis dan FRU dok standby..


Kaunter tempat semakan Daftar Pemilih.  So dia orang akan bagi
slip no saluran.  Aku di saluran 4.


Ini laa sekolah tempat aku mengundi.. Sekolah Agama Rakyat Bt. 10 Cheras


Sebelum pergi mengundi, kita makan dulu.. 
Alhamdulillah kenyang pewut.

Tuesday, March 25, 2014

Takziah #MH370

Assalamualaikum..


Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.  Selepas pencarian selama 17 hari, malam tadi dalam pukul 10 malam, Perdana Menteri telah membuat sidang media khas memaklumkan tentang perkhabaran yang amat mendukacitakan bagi seluruh rakyat Malaysia dimana pesawat MH370 dikatakan terhempas di lautan Hindi.  Kita mengharapkan ada berita baik tapi kalau sudah ditakdirkan oleh Allah begini pengakhirannya maka kita hanya mampu redha. 

Takziah diucapkan dan kepada keluarga mangsa nahas banyak²kan bersabar menghadapi dugaan ini. Aku mendoakan moga mereka yang terlibat (beragama Islam) ditempatkan bersama² dengan orang² yang beriman, beramal soleh serta dicucuri rahmat hendaknya.

Jauh disudut hati masih lagi berharap agar mereka semua selamat di suatu tempat yang tidak kita ketahui. Masih lagi #DoaUntukMH370




Thursday, March 20, 2014

Meraikan Hari Jadi Ofismate

Assalamualaikum..

Setiap 3 bulan sekali weols akan buat sambutan hari lahir untuk
staf di Bahagian weols.  So lepas mesyuarat bulanan bahagian, weols
sambut laa hari jadi dia orang... lepas potong kek, makan nasi kerabu
sedappp plak tuh.. :)

Kek Karot dari Resepi Rahsia..



Yang di raikan..

Menjamu selera.. laaa

Nasi Kerabu.. dengan Ayam goreng dan teh o ais

Nie aku punya.. Nasinya sikit jer..sayur je banyak..heheh


Wednesday, March 19, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Kawasan perumahan aku sekarang nie tengah perang poster sana sini..

Pertembungan 2 penjuru antara PKR dan BN..

Agak² la sapa leh menang kali ni.. ????







Tuesday, March 18, 2014

Novel ~ Suamiku Mr. Blind

Assalamaulaikum..



Ain Syuhada yang amat membenci akan Aidil Zafran sehingga tak sengaja telah menyembur racun ridsect pada Aidil sebab terlampau marah kerana telah ditolak oleh Aidil ke dalam lumpur sawah.  Aidil ni kiranya baik gak laa  sebab tak bagi tahu pada keluarga dia yang Ain telah menyebabkan dia buta. Aidil telah dibawa keluarga ke luar negara dan tinggal di sana selama 10 tahun.

Ain Syuhada plak telah tak sengaja bekerja sebagai PA kepada Aidil ini yang buta tapi tak beritahu tentang siapa dirinya. Dia kelentong yang dia berasal dari negeri lain.  Ain Syuhada banyak membantu Aidil hingga laa Aidil telah terjatuh cinta tapi nasib tak baik belum sempat nak luahkan perasaan Ain telah dilamar tetapi oleh sebab satu perkara yang tidak disangka dan lagi 2 minggu nak kahwin, keluarga tunang datang untuk memutuskan pertunangan.

Aidil mengambil kesempatan ini dengan meminta keluarganya melamar Ain. Masa nak pergi akad nikah baru dia tahu yang Ain ini lah yang telah membuat matanya buta. Tapi dia tetap meneruskan perkahwinan ini dan ingin membalas dendam dengan membuat hidup Ain nie kira cam huru hara laa..

Lepas nikah Aidil ada tugas di UK selama 6 bulan. Dia beritahu semua keluarga yang dia akan bawa Ain bersama. Rupanya Ain di tinggalkan dan selama itu, Ain yang kebetulan mendapat tawaran menjadi guru untuk sekolah khas telah mengambil peluang ini. 

Rupanya masa di UK dia telah menjalani pembedahan mata kerana telah didermakan oleh kawan baiknya yang telah meninggal dunia.  Dia pun balik laa ke Msia dan terus nak cari Ain yang pada ingatan dia mesti gemuk sebab dulu Ain nie gemuk dan dalam masa yang sama nak settle aapa yang patut dalam perhubungan dia orang.  Aidil call Ain.. ajak nak jumpa. Terkejut dia tengok yang Ain sekarang sangat cantik macam anak mammy.. terkedu dia.. tapi dia tak bagi tau laa kat Ain yang dia telah boleh melihat.  Saja dia arahkan Ain untuk pindah balik ke rumah mereka.  Hahaha masa nie memang kelakar laa, iye laa Ain nie kat rumah selalu pakai seksi sebab dia ingatkan si Aidil nie masih buta lagi.. 

Okey.. sampai sini laa.. kalau uols nak tau cam na endingnya kisah dia orang nie beli laa.. novel ini.. buat koleksi.

Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis ~

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? 


Monday, March 17, 2014

Hadir Ke Majlis Perkahwinan Fizah Dan Rafi

Assalamualaikum..

Ahad, 16 Mac 2014.. Aku dan hubby menghadiri majlis perkahwinan ex-ofismate aku, Fizah.  Dia dulu setiausaha pengarah di jabatan aku nie.  Sekarang dia dah bertukar ke Fakulti lain.  Weols masih lagi contact dan selalu jugak laa keluar makan tengahari bila hari Jumaat.

Majlis di adakan di Dewan Perdana, Keramat Mall.  Besar jugak laa dewan nie.  Aku sampai dalam pukul 1.30 tengahari ketika kedua mempelai sedang menjamu selera.

Jom layan gambar yer..

 Selamat Pengantin Baru Fizah dan Rafi.. Moga perkahwinan 
kalian kekal bahagia hingga ke Jannah..Aaaammmiinn

Sesi acara berucap antara kedua mempelai..
Ada yang kata Fizah cam Diana Amir laa.. comell....


Ciskek betul.. rupanya selama ini Wanie dok simpan rahsia yang 
Fizah tuh bertunang dengan adiknya.. Sabo je laa aku..
Pandai betul korang simpan rahsia yer..


 Bersama adik beradik Rafi..


Aku bersama Wanie dan kedua mempelai..


Ibu Tari dari Indonesia tempat weols bertandang masa ke 
Bandung dan Jakarta juga ada.. 


 Sebelum balik sempat jumpa Ann dan baby Danish.. gerammmm nyaa ngan Danish.. 


Ahakss.. tuan tanah kedaung nak posing² jap


Thursday, March 13, 2014

Novel ~ Hati Perempuan

Assalamualaikum..




Kredit ~ Aku beri 4.5/5 bintang

Sinopsis ~

Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?



Wednesday, March 12, 2014

Danish In The House

Assalamualaikum..

Tu dia budak gebu ini singgah kat ofis aku semalam.  Semalam mummy dia bawa kat ofis kejap sebab baby sitternya ada medical checkup dan daddy nya ada keje kejap.  Dibawa laa oleh mummynya ke ofis tengahari semalam. Lepas sorang² dok dukung dia.. Nasib baik tak buat ragam.  Seronok kut ramai yg dok gomol² dia. Geram sungguh dengan budak kecik nie.. Namanya Amirul Danish, 4 bulan, berat 7kg.. hehehe.. kang ada plak tanya.. aku bagi tau siap².. :)

Tengok pp saya gebu kan?...

Elok plak dia dok dendiam atas pangku orang..yer.. hehehe

Ada rupa mummynya tak?

Alololo..cenyum.dia yer.. rasa nak gigit² pp gebu tuh..


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss