Monday, September 29, 2014

Novel ~ Cinta Kita

Assalamualaikum..





Aku suka dengan jalan citer novel ini. Duda si Khalish yang mempunyai anak bernama Husna berumur 7 tahun telah kehilangan isteri semasa melahirkan Husna.  Dari itu dia tutup pintu hati untuk berumahtangga hingga laa berkenalan dengan Qistina.  Jatuh hati dengan Qistina yang pandai mengambil hati anaknya.  Bila Qistina pergi mengerjakan umrah dia telah mula rindu dan melamar Qistina. Hidup di alam berumahtangga yang tersangat laa manisnya hingga laa Qistina hamil dan ditakdirkan ngandungkan anak kembar lelaki.  Masa ngandung Qistina mendapat sawan dan ini boleh mengakibatkan kematian pada ibu dan anak.  Khalish terlalu sayangkan Qistina dan meminta Qis untuk menggugurkan kandungan.

Kalau uols nak tau apa kisah selanjutnya.. boleh laa beli novel ini.  
Bila part yang sedih tuh nanges laa jugak.. 


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang


Sinopsis ~

Lama hidup sendirian setelah pemergian Dahlia, Khalish jadi lupa cara bercinta sehinggalah Qistina hadir dalam hidupnya. Qistina yang matang, Qistina yang penuh dengan adab sopan dan yang penting Qistina kaya dengan kasih sayang menarik Khalish untuk jatuh cinta sekali lagi.

“I think I have fallen in love with you.”- Khalish

Qistina angkat muka dan air mata sudah mengalir di pipinya. Sungguh, dia memang mengharapkan ucapan itu dari Khalish.

“Please don't cry, Qis. Marrying me can't be that bad?” - Khalish

Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Khalish yang penyayang, sering buatkan Qistina terbuai dengan setiap perlakuannya.

“Hmm.. bagi abang peluk sayang kejap. I need to recharge my batteries.” – Khalish

“I am truly blessed to have you. Abang tak pernah sangka yang rasa bahagia ini akan jadi milik abang sekali lagi.- Khalish

Namun, bahagia milik mereka hanya sampai dipertengahan jalan. Ujian yang melanda, hampir membuatkan mereka tewas.

“I want you to terminate the pregnancy. Faham tak ni?” - Khalish

“Qis faham. Tapi Qis tak boleh.” - Qistina

“Then you don't love me! It is as simple as that, Qistina.”- Khalish

Qistina sudah mula menggeleng. Tidak mungkin. Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Khalish yang penyayang sanggup meminta Qistina menggugurkan kandungannya? Apa akan jadi bila Qistina tetap dengan pendiriannya dan Khalish mengambil keputusan meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan?

Friday, September 26, 2014

Makanan Je Yang Ada Citer

Assalamualaikum..

Tak de apa nak citer laa lately nie.. tu yang keluar asik citer pasal novel jerk..

Meh laa tengok gambar makanan.. sebab tak de citer menarik sangat laa nak dikongsi kat uols semua.

Sebab gambar dah ambik kan.. so sayang laa plak tak letak kat blog nie..kan
sebelum di delete.. heheh..


Air carrot susu dan tembikai masa makan kat Sg Petani.. 

Masa singgah makan kat Sg. Petani.. 


Singgah makan di R & R Sg. Buluh.. Makan satay Samuri 


 Bersarapan pagi di rumah kakak ipar ku di Sg. Petani..


Makan tengahari sebelum balik di rumah Kak Imah di Sg. Lampam, Perak



Wednesday, September 24, 2014

Novel ~ Kalau Sayang Katalah Sayang

Assalamualaikum..




Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Lelaki yang bernama Abang Joey itu memang Malia tak suka. Kaki buli dan selalu buat perangai tak serupa orang. Kalau tak ikut cakap dia, menjerit macam tarzan.

“Abang kira sampai tiga. Kalau tidak abang angkat.”

Kan dah cakap. Benci! Dari zaman universiti, Malia memang dah jatuh cinta dengan Zakuan. Dan dia berharap lelaki itu juga turut menyintainya. Tapi, luluh hatinya bila tiba-tiba Zakuan memilih rakan mereka, Anna sebagai teman hidup.

Ketika Malia dilanda kecewa, Abang Joey yang dia tak suka itulah datang sebagai hero menghulur tangan. Dan... Malia nekad terima Abang Joey walau tanpa cinta di hati. Pun begitu, saat cinta mula membenih, ada rahsia yang terbongkar. Abang Joey dikatakan penyebab kenapa Zakuan memilih Anna. Benarkah begitu? Jika benar, apakah Malia sanggup berpaling meninggalkan Abang Joey untuk Zakuan?

“Lia ni perempuan bang. Perempuan jarang yang buat perangai.”

“Sebab jarang tu lah abang takut. Takut abang yang terpilih untuk dapat isteri curang.”

Makan dalam juga kata-kata tu. Jadi, aku putuskan untuk tutup mulut saja.

Friday, September 19, 2014

Novel ~ Kerana Satu Janji

Assalamualaikum..





Citer yg ohsome sgt.. Ilham melengkapi dan mengubah hidup hannah yg kekurangan kasih sayang.. walaupun dlm kawin kontrak pada mulanya tapi masing2 datang 'rasa' di hati masing2. Dengan ilham yg nakal dan hannah yg degil dan keras kpala itu membuatkan novel ini sgt menarik.

Kredit : Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak… 

KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan! 
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka. 
KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan? 
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.

MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…

“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya. 

Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda.

Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu. 
“Hannah!” jeritnya melepaskan geram. 

Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham.

Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?” 
Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.

“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang....” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum. 

“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram. 

“Hurm... Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal.

Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…

JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam kekal…

Thursday, September 18, 2014

Novel ~ Tersuka Tanpa Sengaja

Assalamualaikum..




Special N3 yang tiada dalam versi cetak boleh baca di  SINI



Kredit ~ Aku bagi 5/5 bintang

Sinopsis ~

Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

​Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif. 

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.


Wednesday, September 17, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..

Bercuti ke Sg. Petani dan lepas itu balik kampung..

Berselfie ler pulakk.. 









Wajah kesayanganku..


Saturday, September 13, 2014

Cerpen Pilihan ~ Oh' My Darling

Assalamualaikum..

Pada uols yang suka layan cerpen boleh laa
ke blog penulis Nukilan Dari Hati AZIEANA




Friday, September 12, 2014

Cerpen Pilihan ~ He's My Drug And I'm Addicted

Assalamualaikum..

Aku nak kongsikan satu lagi cerpen yang menarik
dari penulis novel Sha Ibrahim..

Peminat Cerpen leh laa ke blog beliau



Thursday, September 11, 2014

Kenyang Perut Suka Hati..

Assalamualaikum..

Selasa, 9 September 2014

Alhamdullillah rezeki.. orang nak belanja..kan.
bersyukur aje laa.. Kenyang perut suka hati.. :))

Moga dimurahkan rezeki pada orang yang belanja weols hari nie..










Wednesday, September 10, 2014

WordLess Wednesday ~ Jalan², Makan² Di NU Sentral

Assalamualaikum..

Jumaat 5 September 2014.

Ronda² Shopping Complexs baru (1st datang sini)
NU Sentral di Brickfields.. 

















RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss