Friday, August 28, 2015

House Warming Ofismate di Cyberjaya

Assalamualaikum..

21 Ogos 2015

Aku dan ofismate perempuan dapat jemputan ke 'house warming'.
Rumah ofismate aku dari Bahagian Arkitek.  Dia baru je pindah masuk
rumah barunya sebelum puasa hari tuh.. 

Rumahnya terletak kat Cyberjaya.. Cantik rumahnya..

Ramai gak laa ofismate yang hadir.. 

Macam² makanan yang ada.. Nasi Putih, Nasi Beriani, Botok², 
Mee Rebus, Roti Jala, Kuih Muih dan macam² lagi

Alhamdullillah..kenyang perut weols hari tuh

Terima kasih laa pada Kak Salmi.. 






 Makan² laa dulu yer..

 Botok-botok

 Bersila masing² menjamu selera.. lapo laa katakan..hehehe

 Ikan bakar..kembung..

 Sempat capture gambar rumah Kak Salmi sebelum balik..

Posing² dulu.. 




Thursday, August 27, 2015

Hubby Di Acara Sukan Staf UniKL BMI

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas hubby aku hadir wakili untuk permainan Takraw..
Aku jarang tengok dia join mana² game.. tapi kali ini dia join plak
sukan Staf UniKL.. yang di adakan di UnikL (Malaysian Spain) di Kulim..
Kira okey gak laa dia main.. hehehe.. 
Overall Unikl BMI dapat no. 3.. Tahniah pada semua pemain..

Bersama teman² yang hadir di acara sukan 


 Memberi semangat.. pada pemain yang lain sambil
 menjadi pengulas di FB.. heheh rajin betul dia

 Team yang bermain..



Ahakss.. aksi nie yang paling 'WIN' sekali.. caya laa.. bang.. 


Monday, August 24, 2015

Jemputan Makan² di Bahagian Mekanikal

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas bergedik² dok berwefie.. weols pun naik laa ke atas.. atas 
jemputan makan² majlis perpisahan cum jamuan raya.. yang tak
sempat dia orang buat..

Buah² dan pencuci mulut.. yang ada.. 

Meehoon Soto dan Nasi Ayam hidangan utama


Ofismate dari Bahagian lain pun turut hadir.  


Muka memasing dah kekenyangan.. Alhamdullillah

Friday, August 21, 2015

Wefie Weols Sebelum Gi Makan²

Assalamualaikum..

Semalam dapat jemputan untuk makan² kat Bahagian Mekanikal.. 
On the way nak ke sana.... tengok² katerer makanan baru je sampai.. 
so weols pun decide untuk tunggu laa.. dalam 15 minit 
sebelum naik ke tempat dia orang..

So untuk mengisi masa lapang.. apa lagi gedik2 wefie laa ngan adik² nie semua..
ahakss.. akak pun nak join jugak.. adoiyai..

Dah lama tak wat gini.. bergambar².. 

Layan je laa yer gambar² nie dulu yer.. 








Thursday, August 20, 2015

Sedapnya Laksa Pahang

Assalamualaikum..



Alhamdullillah ini rezeki juga.  Minggu lepas ofismate bawa Laksa Pahang
 jamu geng² kat ofis nie..Sedapnyaa.. suka ngan laksa nie.. 



Wednesday, August 19, 2015

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..


Alhamdullillah rezeki di pagi Rabu ini.. ofismate bawak
 Pulut Kuning & Rendang Ayam



Novel ~ Ku Pilih Untuk Setia

Assalamualaikum..




Sebab x sabar nak tau kesudahannya.. kul... 3 pagi tamat laa sudah.. Suka sgt... ngan Ku Ariff walaupun pada mulanya sgt laa kerek.. masa Dania keje jadi org.gaji kat umahnyaa.. tapi lama2 jatuh cinta.. Bila kawin tersangat laa caring nya.. caior.. tapi napa laa bodoh sgt Ku.Ariff nie buat keputusan ceraikan Nia bila dia lumpuh.. Adoi mmg sedeh laa... bergenang air mata..

Walau apa pun thumbs up tuk penulis.. mmg best.. kalau baca mmg susah nak letak.. at last still happy ending...

####################***************####################

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang



Sinopsis ~

“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila

Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!

"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff

Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.

Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?

"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff

Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.

Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?


Tuesday, August 18, 2015

Novel ~ Misi Mencari Pengantin Lelaki

Assalamualaikum..





Kredit ~ Aku beri 4/6 Bintang

Sinopsis ~

'Bila nak kahwin?’ 

Soalan sebegitu, sering diperdengarkan ke telinga Naurah. Soalan yang dia sendiri tiada jawapan. Dan masih, dia perlu maniskan senyuman. 

Tahun ini dia nekad, segalanya bakal berakhir tak lama lagi. Dia mula mencipta misi untuk menjawab soalan-soalan tadi. Misi mencari pengantin lelaki! Dan, pilihan jawapan Naurah ada 4: 

A) Abang Bidin – Satu-satunya lelaki di pejabat yang masih bujang. Bukan kerana tak kacak, tapi Abang Bidin punya tanggungjawab sendiri. 
B) Benjamin – Mualaf yang baru memeluk Islam. Dengan rupa persis Alex Yoong, mampukah dia menjadi satu-satunya wanita dalam hati Benjamin? 
C) Che Faisal – Client yang sangat suka menyakat. Kehadiran satu nama membuatkan hatinya berbelah bahagi. Siapakah orang ketiga dalam hubungan mereka? 
D) Danny - Bos di tempat kerja yang sudah mempunyai isteri. Sanggupkan Naurah jadi isteri kedua? 

A, B , C dan D, siapakah yang bakal dipilih oleh Naurah? Dalam menentukan pilihan yang terbaik, dia terlupa rancangan Allah lebih hebat berbanding segalanya. 

Kemunculan calon terakhir yang bernama Z membuatkan misi Naurah menjadi tunggang terbalik. 

“Mina rakastan sinua.” 
“Awak maki saya eh? Baik awak cakap dalam bahasa yang saya faham supaya saya boleh maki awak balik!” 
“I love you.” Lelaki itu sengih lebar. “I love you… faham kan? Sekarang ‘maki’lah balik.” 

Sedikitpun dia tak menyangka jawapannya tersasar dari pilihan. Dan akhirnya, siapakah pengantin lelaki pilihan Naurah?

Monday, August 17, 2015

Teman & Saudara Datang Beraya..

Assalamualaikum..

Belek² henfon ada banyak gambar.. yang aku ambik.. masa kawan² dan sedara mara datang beraya ke rumah aku hari tuh.. so aku letak aje laa kat sini..buat kenangan

Ini masa Kak Ramlah ofismate lama datang beraya ke rumah aku..  
dengan anak dan menantunya

Wani ofismate datang beraya ke rumah aku.. 










Ini masa kakak ipar dan anak buah serta cucu datang beraya ke rumah.. meriah..


Thursday, August 13, 2015

Novel ~ Pemilik Hati Encik Doktor

Assalamualaikum..



Kredit : Aku Beri 4/5 Bintang

Sinopsis ~

Siapalah yang tak nak jadi kekasih encik doktor? Dengan karisma dan paras rupa Dr Irfan, sudah pasti ramai perempuan yang tergila-gila, mengimpikan untuk menjadi teman hidup si doktor. Malangnya, Dr Irfan sukar meninggalkan cinta lamanya, lantas menjadikan Edlin sebagai eskapisme.

Edlin, gadis sempoi dan selamba, sering kali mencuit hati lelaki si doktor. Aura gadis itu menghangatkan dan Dr Irfan sangat selesa apabila bersamanya. Mereka berkawan tetapi Dr Irfan lupa, tiada istilah berkawan baik antara lelaki dan perempuan.

Edlin seperti gadis-gadis lain juga, ada hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Angan untuk menjadi pemilik hati encik doktor itu umpama mimpi ke bintang. Edlin tahu sangat hati doktor itu untuk siapa. Puas dilarang hatinya tetap degil juga menyimpan rasa.

“Please stop calling me... doctor! Call abang pun sweet, kan sayang?” – Dr Irfan
“Doktor Irfan, jangan panggil saya dengan panggilan yang awak tak maksudkan apa-apa. Tak bagus untuk hati orang! Sebab hati saya hati orang, manusia... bukan hati unta!” – Edlin

Terima kasih kepada Iqzal Iqbal, seorang yang misteri, kurang ramah orangnya dan perasan macam bagus-bagus. Pertama kali berjumpa, menyakitkan hati. Setelah mengenali, lelaki itu punyai kebaikannya yang tersendiri. Iqzal Iqbal mula mewarnai kehidupan Edlin. Bukan hanya ada Dr Irfan sahaja.

“Cik kak, telefon jatuh ni.” – Iqzal Iqbal
“Hah!” - Edlin
“Wangi bau cik kak. Rasa nak kunyah macam chewing gum!” – Iqzal Iqbal

Segalanya menjadi keliru! Dr Irfan mula pandai cemburu. Hati Edlin yang jadi libang-libu, terpaksa bersabar dengan perangai pasang surut Dr Irfan. Lelah mengharap kasih yang tak kunjung tiba, Edlin nekad mengakhiri segalanya. Cinta seharusnya bukan menyakiti hati. Cinta adalah penyatuan hati. Kalau tiada cinta di hati, apa gunanya lagi menyimpan hati.


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss