Monday, November 30, 2015

Novel ~ Yang Bermukim Di Hati

Assalamualaikum



Aku telah mula ikuti citer nie di FB group Lyn Safiya.. tapi mesti laa tak abis kan.. 
so kena laa beli.. jadi minggu PB1M kat PWTC dapat laa aku beli novel ini.. 
dan dah abis pun baca.. memang puas hati.. 

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Disebabkan semangat yang membara mahu menyambung pelajaran ke luar negara, Aina Yasmin (Min) terpaksa akur pada syarat bapanya untuk bertunang dengan dua pupunya, Ameer Aazad (Aazad), lelaki yang ego, perasan bagus dan jelas membencinya. Lima tahun bertunang, tidak pernah sekali pun mereka berhubung. Pertunangan atas dasar terpaksa dan demi sebuah janji semata-mata tidak mungkin menjanjikan bahagia.


Maka Min nekad memutuskan pertunangan mereka sebaik pulang ke tanah air. Sangkanya tentu Aazad tidak akan membantah kerana sedar lelaki itu amat membenci dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Aazad mengenakan syarat sebelum bersetuju. Syarat yang membuat Min tersepit dan keliru.


Aazad yang pernah hanyut dalam keasyikan dunia suatu ketika dulu, kini telah berubah 100%. Dia kini mahu memburu cinta Min. Mahu berpegang pada janjinya kepada bapa gadis itu. Namun bukan mudah untuk Min menerimanya setelah kata-kata hinaan yang pernah dilemparkan dulu masih memberikan kesan yang amat mendalam di hati.


“Badan kurus sekeping macam jantan, kulit pulak berkilat semacam je, macam terbakar. Eee… aku langsung takde selera nak pandang… Kau tengok aku! Takkan pompuan macam tu layak nak berdampingan dengan orang macam aku ni?” – Ameer Aazad

Sukarnya melenturkan hati seorang Min. Sukarnya menagih peluang kedua daripada gadis yang pernah dilukainya dulu. Namun sukar lagi bagi Aazad untuk mengaku kalah. Gadis itu harus dimiliki walau dengan apa cara sekalipun. Itu tekadnya.


Dalam misi memburu cinta Min, hubungan mereka dilanda dugaan yang hebat. Min begitu mudah mengaku kalah kerana tidak sanggup lagi dilukai oleh lelaki yang sama berulang kali. Cukuplah peluang yang telah diberikan kepada Aazad. Tiada lagi!


Masih adakah peluang bagi Aazad untuk meraih cinta Min? Bisakah dia merawat hati Min yang sudah retak seribu? Benarkah tiada lagi ruang dalam hati Min buat Aazad?




Thursday, November 26, 2015

Novel ~ Keisha Imanina (Limited Edition)



Best citer nie.. Aisy Khalish yang sangat sweet.. Bayangkan dia melamar Kiesha di lapangan terbang. Yang bestnya pergi honeymoon ngan private jet lagik.. selama sebulan plak tuh..

Selain sweet muit Aisy Khalish ada juga kisah sedih Kiesha dan keluarga serta hasad dengki kakaknya sendiri yang tamakkan harta hingga sanggup bomohkan ibubapa sendiri..


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Hanya kerana salah faham Keisha Imanina dihalau oleh keluarganya. Dua tahun ditempat baru mengubah cara hidup seorang seorang gadis yang kesepian dalam menempuh dugaan hidup.

Dengan satu perlanggaran kecil membawa cinta pada Aisy Khalish seorang juruterbang di kedai makan dan seterusnya membawa pelanggaran di Merah Group ketika dia menolong abangnya menjaga syarikat buat sementara waktu.

Hati Keisha Imanina yang keras tidak dapat terima mana-mana lelaki pun setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Aisy Khalish tetap mengejar walaupun Keisha Imanina rimas dengan sikap lelaki itu.

“PAPA, sebelum Aisy berangkat ke Italy ni. Papa suruh abang berhentikan Keisha dan bagi surat permindahan dia ke Skyfly Air.” Pinta Aisy Khalish dengan mata redup.

“Ini surat permindahan kerja awak ke Skyfly Air mulai minggu hadapan. Sebenarnya saya masih perlukan staf yang berdedikasi macam awak, tetapi Dato’ Paduka yang mahu awak pindah ke sana. Tetapi bukan sebagai akauntan,” Syarif Hafuza.

Kerana ingin mengejar cinta Keisha Imanina, Aisy Khalish sanggup melepaskan cita-citanya dan mengambil alih SkyFly Air milik keluarganya hanya mahu berada disamping gadis itu.

Apa yang akan terjadi apabila tindakan Aisy Khalish itu diketahui oleh Keisha Imanina? Adakah cinta boleh membawa Keisha Imanina pulang kembali pada keluarga kandungnya?






Friday, November 13, 2015

Berjumpa Dengan Novelis Acik Lana

Assalamualaikum..

7 November 2015 (Sabtu)

Memang nak dikatakan rezeki kut nak jumpa ngan novelis Acik Lana nie.. iye laa tak sangka plak dia nak buat lagi sesi jualan novel dan bertemu dengan pembaca tegar novel beliau sebab minggu lepas dia dah buat sekali...  Dah kebetulan plak hari Sabtu tuh aku gi ambik anak aku kat sekolah seksyen 7 tuh.. so masa tuh dah nak dekat kul 12.30 so apa lagi ajak laa hubby gi area kat Old Malaya Kopitiam.  Sempat laa menjamu selera dulu kat situ.

Dalam pukul 1.10 tengahari gitu baru Acik Lana duduk kat tempat yang telah direservedkan untuk dia.  Ramai gak laa yang datang dan beratur nunggu nak membeli novel terbaru dari dia..dan sambil tuh boleh laa bergambar sekali.

Masa nie Acik Lana baru sampai.. so kenal beratur.. ikut giliran.. 

Hoyehh..dpat laa hug² ngan dia..  

Beli 2 buah..sekali untuk ofismate aku Shaza.. 





Ramai lagi dok beratur..tunggu giliran.. 


Ini laa novel terbaru Acik Lana.. memang best.. aku dah abis baca.. 

Dapat laa cop kiss dari Acik Lana..


Wednesday, November 11, 2015

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..


Pandai laak Encik Hubby belikan isteri tersayangnya nie.. masa dia ke Kota Bahru.
Beli kat Wakaf Che Yeh katanya.. TQ Cayang...

Friday, November 06, 2015

Novel ~ Bukan Kerana Benci

Assalamualaikum..



Novel ini adalah Limited Edition dan ia adalah bacaan untuk 18 tahun ke atas..
Sesiapa yang berminat kena laa cari.. kat agen² yang dilantik.. atau pun
tunggu orang jual novel terpakai.. Untuk novel seterusnya korang join laa
Group Teratak SheIsBell


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang


Thursday, November 05, 2015

Makan-Makan Di BoatNoodle

Assalamualaikum..

3 November 2015

Aku dan ofismate ke Jaya One untuk makan BoatNoodle.. 
Kiranya nie 1st time aku laa... nak merasa plak.. 
Tengok ramai yang dah makan.. so nak laa try..

Weols sampai kena beratur plak sebab tak de meja kosong
Jadi kalau korang nak gi makan situ..kena laa gi awal.


 Suasana dalam restoren BoatNoodle..


Menu yang sempat aku snap.. Weols oder N01 hingga N04 
Jadi seorang makan 4 mangkuk laa 


Ini menu baru.. korang leh tukar kalau nak guna Egg Noodle..


Seciput jerk.. adalah 2x suap.. 



Thai Teh Ais  (ini aku punya)

Thai Green Tea Ais 

Alhamdullillah kenyang.. mangkuk bertingkek tingkek


Wednesday, November 04, 2015

Wordless Wednesday..

Assalamualaikum..

Jualan Novel dan buku² di Gudang Karangkraft di Shah Alam..

Paling murah novel berharga RM3 dan RM5..

Akan berlangsung hingga 8 Nov 2015







Monday, November 02, 2015

Novel ~ Jodoh Daripada Dia (Limited Edition)

Assalamualaikum..



Novel ini di oder dari penulis sendiri.. 2 bula jugak laa menunggu
baru laa buku nie tiba.. So aku ambil masa 2 hari je abis dah.. 
Tidak mengecewakan.. Korang kalau ada yang berminat boleh laa usha penulis
itu sendiri atau cari ejen yang menjual novel ini..sebab kat kedai rasanya tak der.. 


Kredit ~ Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis ~

Tekad Harris Danial untuk menambat kembali hati Nur Indah, isterinya yang dikahwini lima tahun lalu dan ditinggalkan selepas bersama untuk tempoh satu malam. 

Berpisah tanpa perlu ada rasa tanggungjawab yang perlu dipikul kedua-duanya.Itulah yang berlaku antara mereka. Mereka melakukan eksperimen bodoh hanya mahu merasai kenikmatan seperti orang lain lakukan tetapi dengan cara lebih berhemah. 

Akad dan nikah.Ijab dan Kabul.Namun eksperimen bodoh itulah akhirnya menjerat Harris Danial ke dunia penyesalan. Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segalanya.Hanya untuk satu malam tapi mengubah segalanya. 

Namun kala itu dia sudah pergi jauh dari sisi Nur Indah tanpa mengetahui gadis yang dinikahi untuk satu malam itu melahirkan zuriatnya. Selepas lima tahun dia mendapat tahu Nur Indah hamilkan anaknya. Dosa dirasakan kian menghimpitnya. Pertemuan tidak disangka dengan Nur Indah di Cherating membuatkan dia bersemangat untuk memikat kembali Nur Indah. 

Dia mahu mengembalikan status isteri disandang Nur Indah yang dinafikan haknya oleh dirinya selama ini. 

“Jangan panggil saya sayang.Saya bukan sayang awak, Encik Harris Danial. Awak tak kenal saya, saya pun tak pernah kenal awak. 

Jadi, jangan sewenang-wenangnya panggil saya macam tu, sebab panggilan sayang tu khusus untuk suami saya,” – NUR INDAH 

“Hish apa pulak..abang akad sayang jadi isteri abang lima tahun lalu. Abang tidak pernah lafazkan talak.In juga tidak pernah ke pejabat 

Agama minta fasakh. Jadi In masih lagi isteri abang,”- HARRIS DANIAL 

Bagaimana akhirnya kisah Harris Danial dan Nur Indah. Segalanya terjawab dalam Jodoh daripada Dia.


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss