Thursday, December 31, 2015

Novel ~ Suamiku Ketua Gengster

Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2015.  Esok kita akan 
menyambut tahun baru 2016. Moga tahun baru akan datang ini 
akan lebih bermakna dan hidup akan lebih bahagia dan juga 
dilimpahi dengan rezeki serta diberi kesihatan yang lebih baik. Insyallah.
Aaaaammmiinnn..



Tengku Ishaan ketua gengster tapi yg jenis baik laa.. suka dan cinta giler ngan cikgu tuisyenya Sarah.. Sanggup caras Sarah dari tunangnya.. mcam2 cara dia buat utk dptkan buahatinya tu.. TI nie mmg romantik walaupun gengsternya tu menyerlah..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!

“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish

Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya?

“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah

Dellina Datuk Mokhtar. Lapan tahun dia menunggu Tengku Ishaan Danish. Mampukah dia menerima hakikat apabila Tengku Ishaan Danish memilih Nurul Sarah sebagai isteri dan bukan dirinya? Rahsia apakah yang wujud antara Dellina dan Tengku Ishaan Danish hingga Dellina sukar melepaskan lelaki itu pergi begitu saja? Manakala Dahlan, bekas tunang Sarah, mampukah melihat Sarah hidup bahagia di samping Tengku Ishaan Danish setelah Sarah menjatuhkan maruah dia sekeluarga?


Friday, December 25, 2015

Novel ~ Love Letter

Assalamualaikum..



Jalan citer yang menarik..
Nelissa yang jatuh cinta ngan Hadif seniornya tapi
 di caras oleh Tengku Awina..
Sweet jer Hadif kejar cinta dari Nelissa..
Tapi kalau dah jodoh tak kemana kan.. walau dielak
 sekali pun bertemu juga jodoh itu..


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?”
“No... Saya yang tak layak berkawan dengan awak!”
“But why?”

Tak ada siapa yang tahu kenapa Nelissa takut untuk menerima cinta. Semenjak surat cinta itu tidak dapat disampaikan kepada empunyanya disebabkan peristiwa hitam itu, Nelissa percaya yang lelaki semuanya sama saja. Lelaki takkan memandang dirinya kerana cinta, tapi sekadar ingin mempermain-mainkan perasaannya. Baginya, dia tidak layak untuk sesiapa.

Bertemu dengan Hadif, menambahkan luka yang pernah bersarang dalam hatinya. Namun tak dapat Nelissa nafikan, ada cinta buat si dia. Adakah Hadif sudah berpunya? Jika sudah berpunya, kenapa perlu hadir dalam hidupnya? Adakah takdir juga sedang mempermain-mainkan dirinya?

Sibuk ke? I miss y...

Dek SMS yang tak sengaja dihantar kepada Hadif, Nelissa malu sendiri. Pasti Hadif fikir dia juga sukakan lelaki itu, cuma sengaja jual mahal. Oh My God… Malunya!!!!!

“Ermmm... Saya nak hantar dekat Hariz tapi tersalah send dekat Hadif pula....”
“Lis... It’s not funny at all, seriously I don’t like it!
“Fine! Mesej tu saya memang nak hantar dekat awak sebenarnya! Saya nak padam tapi tertekan Send. Puas hati?”
“Haha... I knew it! Lain kali kalau mengaku aje terus, kan senang...”

Dengar saja jawapan naif daripada Nelissa, Hadif kini sudah pasti. Sebenarnya, ada rasa yang sama dalam diri Nelissa. Tapi kenapa gadis itu enggan berterus terang malah mengelak daripadanya meskipun sedaya upaya dia cuba mendekati?

Hari ni, saya beranikan juga diri saya untuk bagi surat ini untuk awak. Saya tak nak jadi hipokrit, saya suka awak. Itu hakikat.


Thursday, December 24, 2015

Novel ~ Kasihi Aku Cintai Aku

Assalamualaikum..



Memang best dan terbaek laa..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

ISSABELLA Fedriz, pewaris kekayaan datuknya, ahli perniagaan dari Perancis. Bernikah dengan pilihan neneknya, Puan Sainon seorang warga Malaysia namun dia hilangkan diri selepas bernikah. Setahun kemudian dia kembali semata-mata untuk menolong Magritha Group, syarikat datuk suaminya.

ENGKU Khairuz Mujahid panasaran apabila bertemu kali ini. Hatinya ada ‘rasa’ namun sayang isterinya berhati kering, garang, dingin, kurang ajar dan terlalu ‘menonjol’ sebagai ahli perniagaan sedangkan dia hanya seorang doktor yang sayangkan agamanya, sayangkan kehidupan normal untuk berkasih sayang... ISSABELLA kabur lagi... MUJAHID kecewa dan marah!

BERPISAH dan bertemu, itulah mereka... namun PERTEMUAN kali ketiga segalanya berubah... SEGALANYA tidak diduga...
“Awak rehatlah kejap, awak pasti tak nak kan Isha dan Izrai tengok muka awak yang pucat tu.”
“Turunkan payung tu. Kalau tunang Engku nampak saya dan Engku duduk macam ni pasti dia akan merajuk dengan Engku,” tuturnya lemah.
“Saya lebih suka kalau awak panggil saya Muja. Engku ni terlalu formallah.”
“Turunkan payung tu.”
“Saya lebih suka sikap awak yang hari ini, bukan yang lapan tahun lalu tapi nada-nada sekejap tadi macam lapan tahun lalu. Hurm...tak elok untuk anak-anak kita dengar.”
Mujahid senyum. Issabella ketap bibir.
“Turunkan payung tu Muja...”
Namun Mujahid berlagak seperti tidak mendengar apa yang Issabella katakan, malahan mulutnya rancak bersiul kecil dan matanya sekejap melihat ke arah Issabella dan tidak lama selepas itu dilarikan ke arah lain

KECOH apabila bekas pasangan suami isteri mula menyimpan ‘rasa’ lagi. Tambah parah apabila anak-anak ‘mengajar’ si mummy dan daddy ini bercinta secara terbuka pula…

“Tengoklah pejabat saya ni, macam hutan belantara. Sini bunga, sana bunga. Semua... bunga!”- Issabella

“Kenapa, sayang tak suka ke? Tak apa, esok abang suruh tauke buah hantar buah pulak. Kalau sayang lapar boleh makan kan?”- Mujahid

Apa sebenarnya yang berlaku hingga mereka bernikah lagi sedangkan Mujahid sudah bertunang ketika itu? Bahagiakah mereka sedangkan Engku Zaiton, ibu saudara Mujahid sentiasa mencari ruang untuk membinasakan Issabella, yang dianggap pembunuh bondanya, Engku Badariah…

Tuesday, December 22, 2015

Novel ~ Jabbar Muqrish (Limited Edition)

Assalamualaikum..



Sweet betul Jabbar nie..seorang lelaki bujang yang meminati seorang janda..


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang




Monday, December 21, 2015

Novel ~ Sakitnya Tuh Di Sini (Limited Edition)

Assalamualaikum



Seperti biasa karya Hani Fazuha memang tidak mengecewakan..


Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Tenangnya perkahwinan mereka buat Aleeya tidak percaya wujudnya orang ketiga yang memusnahkan segalanya dalam sekelip mata.

“Tolong jujur dengan Leeya, bang.” ~ Aleeya Irdina

“Kami sudah terlanjur...” ~ Zariel Ikhwan

Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta.


Tatkala dia hampir mahu mengalah, ada tangan yang menghulur. Benar, takdir itu tidak kejam. Yang kejam adalah manusia di dalam takdir tersebut.


“Kalau I berjaya pujuk dia lepaskan you, I boleh dapat apa-apa rewards tak?”~ Hariz Ilham

“You nak apa?”~ Aleeya Irdina
“I nak you.” ~Hariz Ilham.

Persoalannya, masih adakah ruang di hati Aleeya untuk yang lain selepas Zariel?


“I pernah minta satu bilik di hati you, yang belum pernah ‘dia’ jejak. Tapi malam ni I dah tahu, semua ruang yang ada di hati you memang ada jejak ‘dia’.” ~ Hariz ilham.

“Hariz, I minta maaf...” ~ Aleeya Irdina.
“Tolong bersihkan semua jejak tu dan kosongkan dulu semua ruang di hati you, baru I akan masuk”~ Hariz Ilham.

Mampukah Aleeya lakukan seperti yang diminta Hariz? Jika tidak, adakah dia akan kembali pada Zariel yang telah insaf akan khilafnya? Atau... terima lelaki yang bernama Zafri untuk membalas rasa sakit di hatinya.




Sunday, December 20, 2015

Novel ~ Kalau Sayang Jangan Marah

Assalamualaikum




Memula memang Naqib nie seorang yang sangat romantik dan loving..orang kata sweet tahap manis gula tapi bila dah berkahwin dengan Yani baru laa terbongkar satu rahsia. Dalam hati sebenar sayang sangat ngan Yani tapi sebab dendam yang teramat dia menjadi ego dan tidak mahu mengakui yang dia sayangkan isterinya Yani.  Perangai yang kejap okey kejap tak okey..tuh buat Yani merajuk dan menjadi keras hati.. Kalau nak tau napa Naqib berdendam korang kena laa baca yer..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Ramai yang ingin menghulurkan cinta kepadanya tapi hatinya terkunci rapat. Dia hidup sendiri dengan kenangan yang masih tersimpan rapi. Namun, pertemuan pertama dengan Naqib sudah membuatkan hatinya berdetik tidak tenang. Apatah lagi, ada pertemuan seterusnya yang tidak dijangka. Sikap Naqib membuatkan Yani sesak. Naqib suka menakluki dirinya menjadikan Yani bertambah benci padanya. Lelaki perasan bagus! 


“Berani kau tampar aku?” - Naqib
“Beranilah. Dah awak tu gatal. Saya dah tolong awak tadi dah cukup bagus tau. Orang dah tolong, boleh pula nak ambil kesempatan. Saya tak suka, awak tahu tak?”- Yani



Naqib selalu membuat tindakan tanpa diduga oleh akal fikirannya. Hingga mereka berdua terikat sebagai suami isteri. Segalanya Naqib aturkan sendiri dengan tindakan segeranya.

“Nanti kita kongsilah. Mak kau akan jadi mak aku juga. Mummy aku, jadi mummy kau juga”- Naqib
“Tak kuasa!”- Yani
“Aku kuasa nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar… Garang… Aku suka!- Naqib

Hari kedua perkahwinan mereka, Yani dikejutkan dengan kisah sebenar yang disimpan oleh Naqib selama ini. Hatinya bagai diragut sekelip mata. Kerana dendam, Naqib sanggup memperjudikan cinta Yani. Dia mahu Yani menangis sepertimana dia menangis. Dia berjanji akan membuatkan Yani merana. Tetapi, telatah dan sikap Yani yang tidak rebah dengan layanannya membuatkan Naqib pula yang sakit kepala. Dirinya pula digoda oleh si isteri. Ada sahaja sikap Yani yang sengal-sengal ubi buatnya terkena kembali. 



“Dia jodoh istikharah aku. Aku yakin dengan ketentuan Tuhan. Jika dia sudah dijodohkan dengan aku, aku akan buat dia tunduk pada aku. Tak kisah dikatakan perigi cari timba. Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku” - Yani



Demi cinta yang mula mekar di hatinya, Yani berdiri dengan senyuman paling manis. Halangan dan dugaan tidak dapat menafikan dia sebagai pemilik cinta Naqib. Demi mematikan sebuah janji, Yani bangkit. Apa yang dilakukan Naqib, sesekali tidak membuatkannya putus semangat. Yani percaya ada cinta yang mewangi dalam hati Naqib. Lalu, bermulalah misi mengejar cinta suami. Mampukah Yani mencuri hati suaminya? Atau Naqib akan terus menyalahkan dirinya dan korbankan cinta itu? Bagi Yani, kalau benci lepaskanlah. Kalau diam siapa yang tahu. Tapi kalau sayang jangan marah!



Saturday, December 19, 2015

Novel ~ Rule Nombor 1

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong.... see Rule Number One. – Hezree

Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang kadang-kadang beratnya berpuluh kilo.


“Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.” Hezree menyergah.

Aduh ayat menanah telinga.

“Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?”

“Ada saya suruh masuk?”

“Encik kata lepas siap sebut harga terus hantar pada encik.”

“Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.
Bosan betul. Sentiasa mencari salahku.


Tapi, bila bicara Hezree berubah rentak jadi manis bergula, hati Amanina pula bagai diserang penyakit gelabah. Semuanya jadi serba tak kena.


“Siapa suruh awak ambil hati saya?”- Hezree

“Saya tak pernah ambil hati sesiapa. Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada Encik.” – Amanina.

“Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”- Hezree.


Dia mahu lari dari Hezree kerana jalan yang mereka lalui tidak sama. Hezree sudah bertunang dan dia juga akan jadi milik orang. Tapi, masa yang sama dia sangat perlukan kerja tersebut. Dan masa yang sama juga, hati Hezree bagai magnet menarik hatinya.


“Kalau saya tanya, jawab!”

“Nak suruh jawab apa? Kalau tak sakit tak adalah pergi klinik. Saya patut minta doktor bagi ubat tahan sakit untuk hati sekali.”

“Kenapa pula awak yang sakit hati? Saya ni yang patutnya sakit

hati. Seronok sangat berpeluk dengan lelaki tu.”


Apa yang akan berlaku bila mereka tahu sebuah kebenaran? Akan adakah sebuah magis untuk menukar rasa sakit di hati masing-masing menjadi bahagia yang diimpikan?




Friday, December 18, 2015

Temankan Hubby Ke Terengganu

Assalamualaikum..

5 Disember 2015 (Sabtu)

Hari Jumaat tuh hubby tetiba bagi tau yang dia kena ke Terengganu wakil untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya.  Oleh sebab hubby kena gi sorang so dia ajak laa aku sekali temankan dia.. sekali bawa anak bujang ku.  Pagi Sabtu tuh weols ke ofis hubby sebab weols ke sana gunakan keta ofis dia.  

Perjalanan sejauh lebih kurang 400 km lebih.. Sampai di Terengganu lebih kurang pukul 3 petang. Perut dah lapar so search laa En. Google.. terjumpa laa tempat makan yang dia orang kata sedap tuh.. Gigih laa weols ke sana.. Nak merasa jugak laa.. Weols ke Ikan Celup Tepung Warong Pak Nong.. 

Memang kena kuat semangat laa kalau nak makan kat sini sebab korang kena beratur untuk ambil makanan tuh.. Masa weols sampai tuh belum mula lagi sebab dia orang akan start dalam pukul 3.30 petang. Makanan yang ada adalah ikan, udang (3 ekor RM5), sotong (ini ikut harga), Kalau nak makan nasi adalah nasi lemak atau juga korang boleh makan meehoon atau mee goreng.  Selain dari tuh ada jugak pulut mangga.

Dah kenyang makan, aku cadangkan ngan hubby supaya weols ke rumah keluarga pelajar tuh..yang tinggal kat Besut,  Hubby memula cadang weols pergi esok tapi takut sibuk plak urusan kebumi sebab pelajar nie orang Siam. Weols ke Besut memang guna Waze aje laa.. sebab tak pernah sampai kan.. so bila sampai baru laa weols tanya orang-orang yang ada di situ cam na nak pergi rumah keluarga pelajar nie. So orang kat situ bagi tau weols kena ke Kuil Siam yang ada kat kampung tuh.. 

Sampai je kat kuil tuh kebetulan plak ayah mendiang nie ada kat luar kuil siam.. So untuk menjaga adab weols pun masuk laa tapi cuma kat bahagian luar kuil laa.. Ayahnya ajak laa hubby masuk bagi penghormatan pada anaknya.. Lepas tuh baru weols bagi sumbangan pada keluarga mendiang. Dalam pukul 7.30 baru weols gerak ke Kuala Terengganu.

Tak de buat booking, weols terjah je hotel kat Kuala Terengganu.. memula weols ke Grand Continental tapi mahal sangat laa plak.. so weols cari laa hotel lain.. so jumpa laa Hotel Tanjong Vista. Bermalam di sana semalam.. Weols check-out dalam pukul 12 tengahari pas tuh ke Pasar Payang.  

Tak dapat nak jalan² sangat di Kuala Terengganu sebab hujan aje sepanjang hari.  Di Pasar Payang sempat laa beli keropok dan beli sourvenier sikit..  Bertolak dari Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang.

Singgah di R & R Temerloh tuh yang makan nasi ngan ikan patin tempoyak.. Sampai di ofis hubby dalam pukul 11.30 malam dan alhamdullillah sampai di rumah dalam pukul 12.15 malam

Masa nie tak ramai sangat orang bila dah mula dalam 3.30 petang orang makin ramai
 nak amik lauk² tuh pun cam berebut sikit.. penat gak laa nunggu.. Ada orang  bagi tau kalau nak makan gak korang kena gi dalam pukul 6.30 gitu sebab masa tuh dah tak ramai orang katanya.. sebab warong nie tutup dalam pukul 8.30 malam

Weols kena bayar RM48 untuk semua makanan ini.. 


Sempat posing² kejap.. ramai orang dan banyak kereta.. 


Nie makan malam weols.. kat sebelah hotel.. Hubby makan mee kari, aku meehoon 
sup dan anak aku makan nasi goreng ayam..  


Nie bilik weols ambil superior dan ambil extra bed.. 

Ada kemudahan sterika, sejadah dan iron board.. 
Kolam renang ada dalam bangunan hotel


Juadah untuk sarapan banyak jugak.. laa  


Time to check out.. 


Hubby dan anak bujangku.. susah betul nak bergambar..


p/s : Panjangnya aku membebel dalam N3 nie.. dah lama rasanya aku tak bercerita dlm blog aku nie.. Ada lagi N3 aku yang masih pending.. Nanti laa kalau ada mood aku up N3 tuh..

Thursday, December 17, 2015

Nasi Ayam Penyet Braga

Assalamualaikum..

Kalau korang suka makan ayam penyet.. nie aku nak rekomen kat korang tempat yang sedap laa pada tekak aku.. Ayam Penyet Braga.  Kedai nie dekat Medan Selera Bangsar (bumbung hijau) belakang ngan Station 21.  Pernah makan Ayam Penyet di tempat lain tapi tak leh lawan laa ngan Ayam Penyet Braga nie sebab yang buat sedap tuh sambal dia.. Pedas Menyegat gitu.. Korang kalau tak tahan pedas mungkin tak suka laa.. Pada aku dan geng ofis suka Ayam Penyet nie.. 

Kalau nak oder dan delivery pun dia orang boleh.. Sebab weols dah 2x laa oder untuk makan² masa meeting Bahagian.  Setakat ini semua orang yang makan akan cakap sedap..

Nasi Ayam Penyet Braga RM7.50

 Korang boleh mintak nak peha atau dada

Nampak cam tak pedas kan tapi memang pedas.. 

Thursday, December 10, 2015

Novel ~ Tulip Merah Untuk Dia

Assalamualaikum..




Tamat sudah novel ini ku baca.  Novel ini mengandungi 
1303 muka surat..paling tebal
yang pernah aku baca.. tapi ku gagahi jugak sebab best.. 
dan tak rugi membelinyaa..
Aku beli masa PB1M dan kebetulan plak tinggal 1
 buah aje yang ada kat rak tuh.. so apa lagi
terus aje laa grab.. sebab ofismate aku pun rekemen jugak novel
 nie..dan memang berbaloi-baloi..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

KATA QASEH… Zafril tu... macam angin. Kejap O.K dan kejap K.O. Bila datang mood tsunami. Main bedal aje. Bukan reti nak jaga hati dan perasaan orang lain. Cakap ikut sedap mulut dia aje mengalahkan Mak Enon hilang gigi palsu! Kalau hilang semua lelaki kat dunia ni, jangan haraplah dia nak pilih Zafril!

“Cik kak oiii! Lain kali... bila berjalan pandang depan. Jangan pandang bawah! Jangan kelam-kabut! Jalan pakai mata, jangan pakai kepala lutut! Kan dah terlanggar. Nasib baik tak jatuh lagi. Kalau tak... mahu bengkak dahi tu pula. Luka yang ada pun belum sembuh betul-betul... nak tambah luka lagi? Tak serik ke?” ~ ZAFRIL AMSYAR

KATA ZAFRIL… Qaseh tu... nampak aje muka nerd, sopan dan lembut! Tapi bila dapat menjawab dan melaser orang... Hesy! Boleh tahan berapi. Hilang semua ayu. Panas aje telinga ni. Terbakar hati. Rasa nak tenyeh aje mulut yang comel tu dengan kapur barus. Jangan haraplah budak kampung yang tak lulus SPM tu menjadi pilihan hati! Memang taklah.

“Encik Zafril mana tahu saya ikhlas ke tidak? Kalau saya tak ikhlas, saya iron aje semua kemeja Encik Zafril tu sampai terbakar. Biar berlubang. Itu baru betul-betul tahu saya ikhlas atau tidak, kan?” ~ QASEH CHINTA SARI

TAPI…

Siapa mereka untuk melawan takdir Tuhan?


Dalam ikatan ‘paksa-rela' mereka bersatu.


Mampukah cinta antara gadis kampung tidak lulus SPM ini berputik dengan si bakal CEO?


Mampukah mereka mengecapi bahagia atas kedukaan dan kehilangan insan tersayang?


Siapakah dalang sebalik ‘tragedi' yang berlaku?


Siapa pula Amriza, Fatihah, Naufal dan Achap dalam hubungan mereka?


Berjayakah mereka si amatur cinta?





Wednesday, December 09, 2015

WordLess Wednesday

Assalamualaikum..

Ikan patin Sangkar RM10


Makan masak tempoyak ikan patin.. 
masa singgah di R & R Temerloh.. Sedapnya


Tuesday, December 08, 2015

Novel ~ Cik Calla Lily Dan Encik Boss

Assalamualaikum..




Satu lagi karya dari penulis Airisz.. tidak mengecewakan.. dan tak banyak konflik.. 
tapi yang tak berapa nak bestnya.. bila ending cam tergesa² jer..
Jalan citer dah best.. so masih boleh dilayansss...

Kredit ~ Aku Beri 4.5/5 Bintang

Sinopsis ~

Seperti awak mencuri calla lily, seperti itulah awak curi hati saya. 

AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni. 


Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali.


“Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?” 


“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!” 


“Enjoy kepala hotak korang. Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?” 


“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?” 


“Fast and Furious!” 


Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka. 


Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily? Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda. Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda. 


Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?




Friday, December 04, 2015

Novel ~ Encik Suamiku Hipster

Assalamualaikum..



Novel yang menarik.. jalan ceritanyaa.. dan tak banyak sangat konflik.. 
dan juga tak la berat.. so boleh laa layannss..


Kredit ~ Aku Beri 4.9/5 Bintang

Sinopsis ~

Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.

“Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”~ Hania


Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan.


“Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?” - Saffarin


Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap ‘sesuatu’ itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!


“Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba.


Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli dengan duit hasil jual baju-baju dia tu.


Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu.” - Hakem


Bisakah Hania menerima encik suami hipster sebagai teman sehidup sematinya.





Wednesday, December 02, 2015

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..


Hasil tangkapan dari PB1M

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss