Wednesday, March 30, 2016

Preloved Novel Untuk Di Jual

Assalamualaikum..

Okey ini ada beberapa novel yang nak di let go.. 
kalau ada yang berminat boleh whassap yer 0126442604
Harga yang tertera tidak termasuk pos.. boleh pilih pos laju atau flexi pos.


Banyak dah novel-novel yang dah terjual.. Selalunya jual kat Page FB... nie kut² ada blogger² yang berminat nak beli yang preloved punya.. Condition tip-top cam baru melainkan kalau yang murah sikit tuh sebab condition dia dah agak lama so harganya diturunkan.. Sapa yang beli tak rugi sebab novel cam baru.. dan cantik maklum laa sekali baca..


Tuesday, March 29, 2016

Novel ~ Nelayan VS CEO



Arman Zafril dan Tengku Nurul Ain, masing sembunyikan sapa diri mereka.  Terkantoi sebab tangkap basah.. masing² ingat yang seorang tuh nelayan dan sorang lagi anak orang kampung..
Citer yang tak banyak konflik juga.. so masih boleh layansss..

Kredit ~ Aku Beri 4.5/5 Bintang

Sinopsis ~

Seorang nelayan yang hidupnya saban hari diselar mentari. kehadiran Nurul Ain menyebabkan nelayan itu gigih mencari cintanya. Sanggupkah Nurul Ain menjatuhkan egonya demi seorang nelayan kampung bernama Arman Zafril. Mungkinkah seorang Nurul Ain yang sombongnya menongkat langit duduk berdampingan dengan nelayan yang busuk menusuk hidung.

Melihat dari riak wajah Nurul Ain, dia sudah tahu perasaan yang melanda wanita itu.

"Tulah, tadi nak sangat belajar berenang. Baru dia tahu" ~ Arman Zafril

"Orang mandi dulu baru solat, ni awak terbalik. Solat dulu baru mandi. Tak pernah di buat dek orang" ~ Nurul Ain

Arman Zafril yang sudah berdiri tegak dan bersedia untuk mengangkat takbir, berpaling semula kepada Nurul Ain.

"Orang tak pernah buatlah saya buat..lagi pun bukan ada buat apa-apa pun malam tadi. Bukan nak kena mandi wajib pun!"

Baru sahaja dia hendak membasuh mukanya, dia terdengar seperti derap langkah seseorang sedang melalui tepi bilik air tersebut. Dadanya berdegup kencang. Segera dia menutup pili. Dia mendekatkan telinga ke tepi dinding bilik air. Derap langkah tersebut semakin hampir. Sedetik kemudian, dia ternampak pintu bilik air seolah-olah ditolak dari luar. Debaran di dada semakin laju. Tanpa berfikir panjang, Nurul Ain dengan pantas mengambil papan plywood yang kebetulan terletak elok di tepi bilik air. Dengan tiba-tiba pintu terkuak luas dari luar. Kelihatan seorang lelaki yang hanya bertuala separas lutut hendak melangkah masuk ke bilik air. Namun wajahnya tidak jelas. Dengan pantas dia menghempuk kepala lelaki itu sekuat hati dengan menggunakan papan plywood itu.
"Aduh!!" Lelaki itu tidak sempat mengelak lalu jatuh terduduk.


Monday, March 28, 2016

Novel ~ Encik Kutub Utara

Assalamualaikum..


Novel ini okey dan jalan citer yang menarik dan tak banyak sangat konflik


Kredit ~ Aku Beri 4.7/5 Bintang

Sinopsis ~

Bagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia ‘terkahwin’ dengan Benyamin Ziqri a.k.a ‘mamat kutub utara’ (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina.

“Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?” – Nuha Dhamia
“Hah? Apa jenis soalan macam tu?” – Benyamin Ziqri
“Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu.” – Nuha Dhamia
“Dengan sayalah.” – Benyamin Ziqri
“Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya.” – Nuha Dhamia

Nuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula.

“Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?” – Benyamin Ziqri
“Eh, saya boleh buatlah. Bukannya susah sangat pun. Dekat rumah sewa, saya dah biasa buat benda-benda macam tu.” – Nuha Dhamia
“Boleh tak kalau awak jangan buat saya selalu risau?” –Benyamin Ziqri
Nuha tepuk dahi sendiri. Pening betul! Confuse!

Baru sahaja misi mencairkan hati ais encik suami hampir berjaya, datang pula satu demi satu dugaan yang menganggu rumah tangga mereka.

“I am used to living by myself for years until you suddenly came in. I am not used to these sudden changes yet.” –Benyamin Ziqri
“Who messed with whose life in the first place?”- Nuha Dhamia

Masih adakah peluang untuk Nuha Dhamia mencairkan semua 'ais' milik Benyamin Ziqri yang membeku? Mampukah segala dugaan dilalui tanpa merosakkan kepercayaan yang ada? Mampukah bahagia menjadi milik mereka ataukah Nuha Dhamia terpaksa reda dengan segala-galanya?


Friday, March 25, 2016

Good Luck Hubbyku Sayang

Assalamualaikum..

Hari ini hubby aku ada interview kat Unikl Canseleri.. Aku doakan
moga hubby aku dapat menjawabnya dengan yakin.. dan semoga berjaya.. 
In sha Allah..  Aaammiinnnn..



Hahaha gambar gedik laki bini..ahakss..


Thursday, March 24, 2016

Novel ~ Giler Kau

Assalamualaikum..



Novel ini tebal giler lebih kurang 1000 lebih muka surat.. Dah lama aku pending
untuk baca novel nie.. akhirnya aku baca jugak.. Memang best.. 
Tahniah pada penulis..

Kredit ~ Aku beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik.

Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih.

Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua.

Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka. Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya.

Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka. Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu 
dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya
menggilai Shahrul sejak dulu.

Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia. Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan
Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau?

“Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA”

Tuesday, March 22, 2016

Novel ~ Demimu Nazwa

Assalamualaikum..


Gigih cari novel nie bila kena bako.. dan berbaloi laa bila beli.. Geram ngan Nazwa dan Rizwan.. kawin kat oversea.. sebab takut ada hubungan terlarang tapi masing² tak bagi tau mak bapak.. Bila Naz keguguran dia ingat Riz tak sayang dia lagi.. jadi bila grad balik Malaysia.. tanpa pengetahuan Riz.. Selama 4 tahun hidup gantung tak bertali sebab tak de dokumen kawin kalau nak bawa ke mahkamah.. dalam masa 4 tahun tuh Naz telah berkawan dengan Edham.. sampai Ed selalu aje ajak Naz kawin..tapi sebab status masih isteri orang tak dpt laa Naz nak kawin dgn Ed walaupun Ed cuma diberitahu oleh Naz yg dia pernah berkahwin. Bila Riz balik Msia dia ambik alih business keluarga dan juga membeli syarikat yang Naz bekerja tanpa pengetahuan Naz yang Riz masih sayangkan Naz. Naz yang masih lagi sayang dan cinta kan lakinya nie tekejut laa tgk lakinya yg ambik alih syarikat sampai dilantiknya Naz jadi pegawai kewangan dan pembantu khasnya.. iye laa nak ambik balik hati isterinya nie laa..

Riz takut nak bagi tau pada mak ayahnya pasal Naz kerana takut ayahnya tak restu.. tapi sebaliknya berlaku bila diberitahu.. kalau orang nak tau.. kena laa baca.. hehehe..

Kredit ~ Aku Beri 5/5 Bintang

Sinopsis ~

Cinta pandang pertama ketika usia muda menjadikan Nazwa menerima lamaran Ahmad Saifulrizwan walaupun mereka masih lagi menuntut di luar negara. Bagi Nazwa, cinta suami cukup membuatkan dia bahagia sehinggalah peristiwa malang yang tidak disengajakannya telah merentap rasa cinta itu dari hati Ahmad Saifulrizwan. 

Dengan hati yang lara, Nazwa membawa diri pulang ke tanah air. Di dalam kekecewaan, pintu hati Nazwa diketuk oleh cinta Edham, lelaki yang begitu ikhlas dan jujur menerima keadaan Nazwa seadanya. 
Empat tahun kemudian, Nazwa dan Ahmad Saifulrizwan dipertemukan kembali. Hati masing-masing membara dengan rasa dendam kesumat, bagaikan hanya menunggu saat untuk dilunasi. Dapatkah Nazwa lepas dari ikatan yang tidak bertali itu dan berjayakah Edham membina bahagia bersama Nazwa?


Friday, March 18, 2016

Citer Pasal Makan Lagi..

Assalamualaikum..

Gambar dah ambik kan.. so update je laa.. kat sini.. 

Citer hari Selasa lepas.. masa weols laki bini cuti.. so ni masa weols
singgah kat Restoren Rono kat Kajang.. Dulu rasanya restoren nia ada jual
masakan thai tapi sekarang nie.. rasanya dah tukar pengurusan..so dah
tak de makanan tuh.. so aku oder bubur ayam dan hubby makan satay ngan
nasi lemak secoit tuh.. 


Hubby memang feveret dia satay.. suka sangat..

Thursday, March 17, 2016

Jamu Selera Di Zazi's Kitchen

Assalamualaikum..

13 Mac 2016 (Ahad)

Plannya nak gi beli barang dapur.. so sebelum tuh gi singgah kat Sri Gombak nak ambil CellMax kat Dr. Sufi.  Borak² kejap dengan dia dan layan anak bujang makan Nasi Beriani di Restoren Taqwa. Lepas cit chatting ngan Dr. Sufi, so weol ke Zazi Kitchen sebab nak antar CellMax tuh kat Kak Zie so sambil tuh boleh laa try menu kat restoren dia..tapi Kak Zie tak de plak dia gi Oversea.. Cuma juma anaknya jer Zira.. tak pe .. Jom laa layan gambar..

Keadaan dalam Zazi Kitchen 


Ada gak jualan roti.. 


Anak bujang dah kenyang layan telefon aje laa dia.. 


Set Nasi Putih Ngan Asam Pedas Pari 

Mee Kari 

Latte.. 

Terletak di Sri Gombak sederet ngan Restoren Taqwa


Wednesday, March 16, 2016

Dak Kenid Ni Datang Ofis

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, Ann bawa anaknya Danial nie datang ofis.. sebab pengasuhnya
kurang sihat.. dapat laa dok gomol-gomol dak kecik nie kejap sebab Ann half day..
Baik aje dia.. tak banyak kerenah sangat.. 




Friday, March 11, 2016

Novel ~ Bila Kau Kata Cinta

Assalamualaikum..



Kredit ~ Aku Beri 4.5/5 Bintang

Sinopsis~

Dengan izin-Mu aku bertemu, dengan izin-Mu aku bersatu dan dengan izin-Mu jua aku bahagia...

“Sweetheart, I miss you so much. Where have you been?”

Siti Sara, si pramugari jelita menyangka, panggilan sweetheart yang diterimanya daripada Idzham merupakan petanda bahawa jejaka itu ada hati padanya. Namun, saat Iftitah diperkenalkan sebagai bakal isteri Idzham, Siti Sara bingung. Luluh hatinya tika melihat cinta pertamanya menjadi milik insan lain.

Lantaran itu, pabila pinangan yang tidak disangka datang menerpa, dia hanya pasrah dan menerima; dengan harapan nama Idzham dapat dilupuskan dari ingatan.

Akhirnya tanpa dia sedar, dia sudah menerima lamaran seorang duda merangkap penumpang yang pernah memalukan dirinya di kabin!

“Agaknya selain daripada waktu kerja awak yang berembun, waktu sosial awak juga tak kurang hebatnya. Tengah malam macam ni pun, masih lagi berpelesiran. Itu sebab awak ni selalu cuai, macam orang mabuk.” – Khalif Imran

“Excuse me! Siapa awak untuk judge saya? Awak tak ada kena-mengena dengan hal saya!” – Siti Sara

Bagi Khalif Imran pula...Pinangan itu bukanlah ikhlas daripada jiwanya, malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menduakan cinta arwah Zulaikha. Pinangan itu sekadar syarat untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap mama dan papanya. Dia nekad, tiada cinta terhebat selain cintanya bersama Zulaikha.


Thursday, March 10, 2016

Novel ~ Kau Pelengkap Hidupku

Assalamualaikum..



Bertemu ketika masing-masing terikat..Amanda telah bertunang dengan Zayn dan Lufti plak telah pun berkahwin dengan Dayana..  Mereka terpandang antara satu sama lain semasa berehat-renat di tepi pantai dan bertemu sekali lagi di dalam kapalterbang. Masa tuh  Amanda tolong Lufti tenteramkan anaknya yang menangis sebab mummy tak ikut balik sama ke Malaysia sebab masih sambung belajar.  Amanda pandai ambil hati kanak-kanak sampai anak Lufti pun dibiarkan memanggilnya mummy.. Tunang Amanda, Zayn sorang yang kuat cemburu sampai sanggup nak rogol Amanda.. bila tau Amanda rapat ngan Lufti.sehingga mereka putus tunang sebab Amanda tak tahan ngan sikap Zayn.. Lufti plak Dayana minta cerai sebab dah tak de kasih sayang dia pada Lufti.. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana kan.. Jadi beberapa bulan lepas tuh dia orang kahwin.. tapi  hubungan bahagia mereka masih lagi diganggu oleh 2 orang bekas mereka tuh.. 
Kalau nak tau apa jadi so kena laa baca.. 

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Sinopsis ~

“I nak you rasa bagaimana sakitnya bila suami you dirampas orang lain. - Dayana 

“Aku tak akan biarkan kau hidup senang!” - Zayn 

Luthfi Irsyad dan Amanda Qistina. Hubungan mereka tidak mudah. Lebih payah bila orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka kembali menagih peluang kedua. Peluang yang hanya akan merosakkan rumahtangga mereka.

Tapi bagi Luthfi Irsyad, Dayana itu hanyalah sebuah kisah silam yang dia tak mahu ulangi lagi. Masa depannya ialah Amanda Qistina. Bagi Amanda juga, dia tak mungkin akan maafkan Zayn yang telah banyak menyiksanya. Bahagianya kini hanyalah bersama Luthfi Irsyad. Cumanya, kadang-kadang dia jadi hilang sabar dengan kerenah bekas isteri Luthfi. 

“I cuma nak you tahu, sabar I ada hadnya. I takut kalau I tak dapat tanggung semua ni lagi.” - Amanda 
“I boleh kehilangan Dayana... But not you. I can’t imagine the pain of losing you. I boleh lepaskan Dayana... But not you. Not you, Amanda!” – Luthfi 

Wednesday, March 09, 2016

Novel ~ The Enchanting Prince (Limited Edition)

Assalamualaikum..



Sinopsis ~ Seperti di atas.. yer..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang

Monday, March 07, 2016

Novel ~ Ikhlaskahku (Limited Edition)

Assalamualaikum..



Cerita yang menarik bagi aku.. untuk penulis yang baru..  
Kalau sesapa nak beli novel nie..
 cari Ratu Bako..sebab kalau tanya pada penulis.. 
dah kehabisan stok..

Kredit ~ Aku Beri 4.8/5 Bintang


Thursday, March 03, 2016

Makan² Ngan Ofismate

Assalamualaikum..

Aku kalau gi keluar ngan member ofis..mesti nak kena ambik gambar
So gambar makanan laa yang aku ambik..ahakss.. 
Leh di abadikan dalam blog picisan aku nie. 
Layansss kan aje laa yer.. dan cuci mata petang² nie yer..






RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss